Bila memasak, kita mak-mak ni memang mementingkan aspek pemilihan bahan-bahan masakan yang segar agar hidangan dimasak bukan sahaja sedap malah dapat membekalkan nutrisi buat ahli keluarga.
Terutamanya bila memasak hidangan berasaskan sayur-sayuran. Tidak puas hati kiranya jika masak sayur yang sudah layu, dan tidak segar lagi.
Tidak mahu berdepan dengan masalah itu, pelbagai cara penyimpanan sayur dipraktikkan untuk pastikan stok sayur yang dibeli boleh disimpan lama dalam keadaan segar.
Salah satu cara adalah seperti yang dikongsikan ini.
Tips Simpan Sayur Tahan Lebih Seminggu
Saya dah cuba macam-macam cara untuk simpan sayur supaya tahan lama.
Keluarkan dari plastik la. Potong masuk dalam bekas la. Tapi kalau sayur hijau selalunya tak tahan sangat. 2-3 hari dah busuk.
So far, cara ni paling berkesan untuk saya. Cuma perlu aluminium foil dan ada juga yang letak tisu. Tapi saya tak guna tisu pun. Hehe.
Caranya:
1. Sayur baru beli, jangan basuh
2. Potong aluminium foil ikut saiz dan jumlah sayur
3. Lipat elok2 dan labelkan
4. Bila nak guna baru basuh, lebihan simpan semula dalam tu
Insyaallah tahan lebih seminggu dan segar. Cuba lah. Semoga bermanfaat!
Sumber : Eyfa Emir