Susulan daripada kenaikan harga sayur hingga ada yang dilapor mengalami kenaikan dua kali ganda seperti kubis bunga daripada RM7 kepada RM16 sekilogram, sawi pendek RM3 kepada RM9, brokoli RM8 kepada RM20 dan sawi RM5 kepada RM8 dan beberapa sayur-sayur lain adalah lebih baik kita menanam sayur bagi menjimatkan kos perbelanjaan barangan dapur.
Buat yang pertama kali ini mencuba menanam sayur, apa kata baca perkongsian daripada Nur Zaliana, berkongsi cara untuk menanam bunga kobis dan brokoli. Bolehlah dijadikan panduan.
“Hi Assalamualaikum semua saya nk share cara saya tanam Caulyflower dan Brokoli,Nak kata bijak pandai tu tidak lah cuma saya nak kongsi kan apa yang saya tahu serba sedikit,” tulisnya di group Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri.
Cara Tanam Cauliflower dan brokoli
1:Menyediakan medium.
Penyediaan tanah semaian menggunakan tanah cocopeat ataupun peatmoss. Basahkan medium terlebih dahulu sebelum menabur benih.
2:Menyemai biji benih.
Tabur biji benih dalam tray semaian, 1 biji benih dalam satu petak semaian. Tunggu sehingga benih bercambah dalam jangkamasa 12-15HSS. Tray semaian hendaklah diletakkan di tempat teduh dari hujan tetapi masih dapat cahaya matahari.
3:Memindahkan anak semaian.
Setelah semaian mengeluarkan 3-4 helai daun baru pindahkan ke pasu besar atau polibeg 16×16 yang bersesuaian. 1 anak pokok 1 pasu. Medium yang digunakan adalah campuran tanah baja/sawit/5in1
4:Pencahayaan matahari.
Anak semaian yang baru pindah jangan terus dedahkan pada matahari selama 1 minggu. Selepas seminggu baru perlahan-lahan sedikit demi sedikit dedahkannya pada cahaya matahari. Anak pokok Caulyflower dan brokoli memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya 5-6 jam sehari untuk membesar. Kaedah green house sangat sesuai untuk tanaman.
Ads
5:Menyiram.
Pokok kobis memerlukan banyak air, siram kobis sekurang-kurangnya 2-3hari sekali bergantung kelembapan medium. Kaedah siraman Manual, fertigasi,pasu nutripot.
6:Membaja.
Penggunaan baja mempengaruhi tumbesaran pokok. Dengan kata lain Caulyflower, brokoli, kobis kuat makan baja. Baja kompos tinja ayam ,jenis butir,cecair atau baja larut air pun boleh sesuai digunakan untuk menambah nutrien kepada medium tanaman.
7:Kawalan serangga.
Aphid, ulat pengorek batang dan looper adalah musuh utama. Gunakan pesticide organik seperti cuka kayu,neem oil etc seminggu sekali untuk mencegah musuh merosakkan tanaman.
8:Masa Menuai. boleh dituai sekitar +-3-4 bulan selepas di tanam.
Selamat mencuba
Gelaran ‘wira negara’ yang diberikan oleh sejumlah pihak terhadap Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bukanlah perkara utama baginya, apatah lagi di tengah-tengah krisis Covid-19 yang melanda seluruh dunia kini.
Mengenali lanjut figura hebat ini, apa kata kita baca perkongsian ini.
Manusia paling popular di Malaysia
BELIAU bukanlah penyanyi terkenal, beliau juga bukanlah bintang ternama, namun tiada siapa dapat menafikan beliau ialah antara manusia yang paling popular di Malaysia ketika ini.
Sejak lebih empat minggu lalu, wajah figura ini hampir saban hari menghiasi kaca televisyen, muka depan dada akhbar, malah meniti di bibir rakyat Malaysia.
Kemunculannya amat dinanti ramai, malah akaun media sosialnya diserbu ratusan ribu pengikut. Setakat semalam laman Facebooknya sahaja sudah memiliki lebih 375,122 orang pengikut.
Bagaimanapun, ternyata bukan populariti yang dicari oleh pemilik wajah yang tenang ini. Di atas bahunya kini terpikul beban, ibarat batu besar yang sangat berat.
Melawan musuh halimuman bernama Covid-19, beliau bagaikan ‘panglima’ di medan perang yang kini mengepalai ribuan doktor, jururawat dan kakitangan kesihatan Malaysia.
Hari ini, ramai yang mula membuka mata dan memuji kecekalan beliau, siang malam bersama barisan hadapannya.
Walaupun dihambat penat, namun wajahnya tetap serius dan tenang. Setiap butir bicaranya tersusun, tanpa tinggi suara dan tanpa putus asa.
Ketika diberi kata-kata sanjungan sebagai wira negara, dalam kerendahan hati Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengakui, “Ini bukan tentang saya, tetapi apa yang kita boleh lakukan bersama-sama untuk memerangi Covid-19.”
Mungkin ramai yang tidak menyedari ketika ketiadaan menteri dan timbalan menteri sewaktu peralihan kuasa kerajaan baru-baru ini, Dr Noor Hisham tetap cekal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.
“Pada saya, tak penting (gelaran wira negara) tetapi apa yang penting adalah perkhidmatan kita,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 pada 29 Mac lalu.
Anak Kelahiran Sepang
Berusia 57 tahun, Dr Noor Hisham sebenarnya seorang pakar bedah terlatih. Anak kelahiran Sepang, Selangor itu berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Beliau mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perubatan pada Ogos 1988 yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembedahan Global, Persatuan Pembedahan Antarabangsa.
Menyingkap kembali kisah hidupnya, laman web bekas pelajar Sekolah Menengah Methodist Kuala Lumpur (MBSKL) pernah membicarakan mengenai Dr Noor Hisham melalui sebuah entri pada tahun 2019.
Melalui perkongsian itu, Dr Noor Hisham digambarkan sebagai seorang yang sentiasa merendah diri sejak di bangku sekolah dan seorang yang aktif dalam sukan olahraga.
Zaman kecil
Kehidupan zaman kanak-kanak Dr Noor Hisham bukanlah semewah yang disangka dan mungkin kekuatannya hari ini terasuh sejak beliau kecil lagi.
Laman web bekas pelajar MBSKL itu memaklumkan bahawa beliau dibesarkan di sebuah flat kecil di Kuala Lumpur iaitu Flat Loke Yew oleh seorang ibu tunggal.
Malah, ibunya hanya bekerja sebagai seorang tukang cuci dan terpaksa berhempas pulas membesarkannya bersama seorang lagi kakaknya.
“Mereka tinggal di Flat Loke Yew dan dia terpaksa berjalan kaki ke sekolah. Ibunya juga memberi kebenaran kepada guru untuk merotannya jika perlu,” singkap perkongsian itu.
Ternyata gaya tenang Dr Noor Hisham bukan sahaja disenangi rakyat Malaysia, bahkan kumpulan wartawan yang bertemu mata dengannya dalam sidang media setiap hari.
Wartawan Sinar Harian Putrajaya, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan menggambarkan Dr Noor Hisham sebagai seorang pemimpin yang lembut tutur bicaranya.
Tuan Buqhairah turut mengakui Dr Noor Hisham tidak pernah sekali pun menunjukkan rasa bosan menjawab soalan yang diajukan para wartawan walaupun soalan itu mungkin mengulangi pertanyaan pada hari sebelumnya.
Keperibadian seperti itulah yang digemari pengamal media di Putrajaya dalam memastikan mereka mendapatkan maklumat yang tepat untuk disajikan kepada pembaca.
“Pada saya beliau sangat lembut dalam bicaranya. Jawapan beliau menggunakan bahasa yang mudah membuatkan wartawan dan orang ramai yang menyaksikan sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia secara langsung faham.
“Setiap soalan yang wartawan ajukan, dijawabnya dengan penuh teliti. Sebolehnya beliau menjawab semua soalan kami. Beliau seorang yang free and easy,” kongsi Tuan Buqhairah yang hampir setiap hari membuat liputan sidang media Dr Noor Hisham.
Sebelum bergelar Ketua Pengarah Kesihatan, beliau juga sebenarnya menjawat tugas penting dalam KKM antaranya Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya.
Beliau juga menjadi Pakar Perunding Bedah Kanan Hospital Putrajaya pada 2007, Pegawai Perubatan Pakar Bedah Umum Hospital Putrajaya (2004) dan Pakar Bedah Umum (1994).
Biarpun diberi gelaran wira, namun beliau sedikit pun tidak melupakan tenaga kerja bawahnya yang bertungkus lumus berjuang dan berkorban.
Setiap hari Dr Noor Hisham tidak pernah ketinggalan merakamkan penghargaan kepada semua kakitangannya.
“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua doktor yang bekerja siang dan malam, menggalas tugas yang amat berat dan terus berkhidmat untuk negara.
“Sedarilah kita adalah benteng pertahanan terakhir untuk negara. Sesungguhnya kegagalan bukanlah satu pilihan,” katanya.
Fb: Ariel Shah III
PROFIL
Nama: Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Tarikh Lahir: 21 April 1963
Tempat Lahir: Sepang, Selangor
Pengalaman:
* Ketua Pengarah Kesihatan bermula 1 Mac 2013
* Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) bermula 29 Januari 2008
* Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya bermula 16 Ogos 2002
* Ketua Unit Pembedahan Payudara Endokrin, Jabatan Pembedahan, Hospital Kuala Lumpur bermula 16 Januari 1998
* Fellowship in Endocrine Surgery, Royal North Shore Hospital, University of Sydney Australia 1997-1998
* Fellowship in Breast Endocrine Surgery, Royal Adelaide and Queen Elizabeth Hospitals University of Adelaide Australia 1997
* Pakar Pembedahan Am, Hospital Kuala Terengganu bermula 1 Julai 1994
* Master of Surgery Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Kuala Lumpur (1990-1994)
* Medical Officer Accident and Emergency Department, Hospital Kuala Lumpur bermula 2 Oktober 1989
* House Officer, Hospital Universiti Kuala Lumpur bermula 1 Ogos 1988
Sumber: Portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mencungkil kisah seorang isteri dan juga ibu yang telah melalui proses pembedahan membuang cyst pada penghujung tahun lalu memberi suatu kisah yang berbeza tentang bagaimana dirinya mengetahui disahkan ada cyst oleh doktor.
Siapa sangka perancangan awalnya untuk menambah zuriat, menemukan sesuatu yang tidak dijangka. Untuk ketahui lanjut, jom kita baca perkongsian daripada Puan Safiyyah Osman ini.
Selamat pagi uolls! Pagi ni nak cerita pasal macamana aku boleh tau diri sendiri ada Cyst.
Aku kan plan nak pregnant lagi. Macam boring pula tak dak baby. Aku pun tak tau kenapa ada perasaan nak ada anak lagi, maybe trauma aku dah hilang kot, sebab start Adelia lahir, aku kalau boleh memang tak nak dah baby or anak.
Aku beranak senang giler dekat Adelia, yang buat aku trauma adalah start kena jahit sampailah habis pantang – peristiwayang jadi masa pantang n masa jahit tu buat aku jadi trauma n tak nak ada anak dah.
Tanda-tanda yang dirasa
Nak jadi cerita, aku hold pasai nak p jumpa doktor untuk buat kesuburan. Baru-baru ni, aku bleeding lepas make love. Bleeding yang banyak giler. Scary oi!
Sebelum tu, aku dah rasa tanda-tanda ni : – cramp area perut n bawah perut. – perut kembung gila sampai tak boleh tidur. – period jadi gila. Hari ke3 dh habis tapi mai hari ke 5-6 banyak balik. – lenguh pinggang macam nak mai period setiap hari. – sengugut teruk kawkaw. Padahal sebelum ni tak ada sengugut. – cepat rasa letih walaupun tak buat kerja banyak. – badan rasa bisa, rasa lenguh, rasa sakit. Seksa woo masa p IMKK & Jogja.
Banyak lagi la tanda dia. Tapi aku ingat sebab stress or faktor umur. Bongok gila. ?
So disebabkan bleeding, lepas 3hari baru aku p check. Aku sebelum ni dok buat pap smear tiap tahun since hujung tahun 2015. Memang tak ada detect Cyst ka apa. Pernah di katakan Pcos. Tapi bila p scan kali kedua, tak ada.
Kira tanda tu aku rasa dalam bulan 9-10 tahun 2018 gitu dan makin hari makin rasa kuat tanda-tanda tu.
So bila check, memang nampak la ketulan Cyst tu. Sedih gila. Aku memang lepas lahir Adelia tak ada makan apa-apa ubat perancang ka apa..Doktor kata, aku terlalu terlampau stress + pemakanan memang tak jaga sangat la.
Kemudian Cyst y doktor keluarkan tadi, dah hantar lab. Doktor nak check n confirmkan sama ada cyst tu endometriosis ke idok. Doktor suspek endometriosis sebab masa pecahkan cyst tu ada chocolate blood.
Kalau endometriosis, nak kena stopkan period 3 bulan. Omg. Scary. Tak terpikir akan dapat cyst ni weh.
Jenis endometriosis ni juga, dia akan repeat jadi berkali-kali. Ni aku 1st time jadi. Sebelum ni tak pernah jadi langsung.
Kalau bukan endometriosis, dalam 2 bulan doktor kata confirm mengandung dah.
Aku xtau la nak fikir n rasa apa. Hahaha.. Allah dah tentukan semua.
Kalau endometriosis, adalah hikmah dia tu. Kalau bukan endometriosis pun ada hikmah dia. Allah dah atur cantik dah. Aku ada juga zuriat. Orang lain, terus dapat endometriosis n tak ada zuriat. Sedih kan. Setiap yang jadi ada hikmah dia. Ada zuriat, tak ada zuriat, struggle dia tetap ada. Hikmah pun tetap ada.
Lepas ni aku kena banyakkan lagi makan sayur. Padahal aku ni memang hantu sayur.
Lepas ni aku kena bffffff dengan sayur hijau. Brokoli, sawi, avocado… makanan bersusu, cheese kena elakkan terus. Red meat pun kurangkan or terus xambl lgi bagus.
Aku gila susu juga. Tapi cheese memang aku tak makan sangat. Memang aku xsuka cheese. So senang la nanti tinggal terus.
Berbudi dengan tanah ni, banyak kebaikannya. Bukan sahaja boleh merasa hasilnya bila dah cukup waktu, malah boleh mengisi masa lapang dan menjimatkan kos tak perlu berbelanja dah, petik je bila nak gunakannya!
Misalnya tanaman cili, jika dilihat harga di pasaran agak mahal. Jadi, tak salah kalau nak mencuba untuk tanam sendiri di rumah, dapat hasil kita yang untung. Walaubagaimanapun, untuk menanam pokok cili bukanlah satu perkara mudah kerana pelbagai teknik dan petua perlu dipelajari supaya pokok cili hidup merimbun.
Kalau nak pokok cili menjadi lebat walaupun hanya dalam polibeg, ikuti 5 tips yang dikongsi oleh Harun Arun di laman Facebooknya.
5 TIPS PENJAGAAN POKOK CILI SUPAYA TUMBUH GEMUK & SIHAT
Ramai yang bertanya cara penjagaan cili, ini cara saya:
1. Pokok cili ditanam dalam polybeg size 16×16, ada yang tanam 1 pokok dan ada yang 2 pokok.
2. Medium yang digunakan ialah tanah sawit sisa boiler 80%, cocopeat 20%. Baja asas baja kopi 888, lebih murah. Seminggu letak 1 sudu besar, bergantung pada usia dan besar pokok.
3. Selain itu, buat juga foliar feeding dengan calcium boron dan hormone ikan seminggu 1 kali. Apabila pokok dah mula berbunga dan berbuah buat seminggu 2 kali.
4. Calcium ni penting untuk pembentukan sel buah dan pucuk baru. Selalunya dalam perebutan ni buah akan kalah, jadi timbul laa simpton buah jadi busuk pada bahagian hujung cili, mengerekot,pendek, pecah & tak berapa nak handsome.
5. Boron pula tugas dia facilitate/mudahkan pergerakan calcium kebuah. Untuk kawalan serangga saya guna cuka kayu sahaja seminggu 2 atau 3 kali, tengok pada keadaan cuaca.
Selamat bercucuk tanam, memang merimbun dan menjadi!
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...