
Umum tahu semalam (11 Januari) merupakan hari kelahiran penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Untuk sambutan ulang tahun yang ke 44 tahun ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan gelaran TokTi menyambut hari istimewanya itu di Turkiye bersama suami dan anak-anak.
Dalam pada itu, TokTi juga ada berkongsi sebuah video di laman instagram miliknya, di mana anak-anak di Gaza turut menyambut hari ulang tahun kelahirannya.
Anak-anak kecil yang merupakan pelajar di tadika Afwa Al Aafiyah kelihatan sangat gembira tatkala menyambut ulang tahun kelahiran TokTi. Mereka turut menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan sebelum upacara memotong kek berlangsung.
“Alhamdullillah. Anak-anak saya di Gaza meraikan hari lahir saya. Seramai lebih kurang 60 orang anak-anak ini, yang belajar di sekolah atau tadika Afwa Al Aafiyah. Sayunya hati saya. Ya Allah lindungilah mereka semua di sana. Amin.” tulisnya di perkongsian tersebut.
Terdahulu, pelantun suara ‘Mikraj Cinta’ ini memberitahu kepada umum bahawa sekolah tersebut diuruskan oleh sahabatnya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang menetap di sana.
Sumber: Instagram Siti Nurhaliza
https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s
Tugas Suami Ringankan Tekanan Isteri Tu. Buat Kerja Sama-Sama, Rehat Pun Sama-Sama. Sweet Kan!

Siap pasangan suami isteri inginkan sebuah perkahwinan bahagia supaya mereka dapat menjadi sebuah keluarga sakinah dan berkekalan hingga jannah!
Namun, untuk bahagia, setiap pasangan harus saling melengkapi antara satu sama lain.
Suami harulah membantu isteri supaya dapat meringankan kerja rutin menguruskan rumahtangga.
Akan wujud konflik apabila suami tidak mahu membantu isteri. Hakikatnya suami yang ringan tulang akan memberikan kebahagian. Ikuti padangan saudara Mohd Fhais di laman facebooknya.
Jangan Biarkan Isteri Stress Seorang Diri Buat 5 Tugas Suami Ini
Zaman sekarang kalau isteri tak bekerja ramai yang akan mengata. Tapi bila isteri dah bekerja, kerja di rumah masih isteri kena buat juga.
Double penat, double stress jadinya.
5 tugas suami yang selalu buat isteri stress.
1 – Stress mendidik anak-anak. Jangan biarkan isteri urus anak sorang sorang dan jangan lepas tangan. Anak ni tanggungjawab bersama, amanah sama-sama. Kena sama-sama jaga.
2 – Isteri mudah stress bila nampak kerja bertimbun kat rumah. Walaupun penat kerja di pejabat balik rumah tetap kena buat kerja rumah.
Tugas suami ringankan tekanan isteri tu. Buat kerja sama-sama, rehat pun sama-sama.
3 – Kos sara hidup makin hari meningkat. Sardin setin dulu boleh dapat 2-3 ringgit tapi sekarang setin 5-6 ringgit. Kalau suami tak usaha tambah pendapatan memang benda ni akan buat isteri sakit kepala. Suami tahu bagi duit je, cukup atau tak cukup tu isteri yang kena buat kira kira. Isteri ibarat menteri kewangan keluarga.
4 – Isteri dah kerja lebih masa. Setiap hari buat overtime, double duty semata-mata nak dapatkan duit lebih. Suami ada timbang rasa la. Bila tak bertimbang rasa tu yang isteri stress. Isteri kerja lebih di pejabat, di rumah pun isteri yang buat kerja lebih. Suami lebihnya memantau sahaja.
5 – Kena layan diri sendiri. Ini antara stress paling berat yang terpaksa para isteri tanggung. Dah la stress kat tempat kerja, beban kerja rumah, layan kerenah anak-anak suami pula tak ada untuk membantu. Bukan badan je down, tapi mental dan emosi boleh down juga. Risiko meroyan tu jadi tinggi bila mental dan emosi kerap down.
Tak salah isteri bekerja dengan niat nak bantu ringankan beban kewangan suami.
Tapi suami pun kena ada toleransi juga, kalau isteri boleh keluar bekerja maka suami pun boleh juga bantu isteri buat kerja di dalam rumah. Ini baru sehati sejiwa.
Badan kalau penat rehat lama sikit boleh hilang tapi kalau hati dah penat melayan sikap ego dan tak bertimbang rasa suami tu lama-lama boleh jadi pencetus bergaduh.
Wallahu A’lam,
Ini Memang ‘Real’, Ibu Dalam Lembut Ada Garangnya. Namun Tetap Jadi Pujaan Hati Setiap Anak. Sungguh!

Lumrah membesarkan anak dilakukan oleh isteri. Biarpun ada yang kata, suami isteri kena saling membantu menguruskan anak-anak. Namun hakikatnya, isteri menjadi tonggak utama kepada anak-anak.
Tidak dinafikan bergelar ibu sungguh besar cabarannya. Jika dulu sebelum ada anak, nak jerit pun susah nak dengar. Bila ada anak, jeritan boleh dikatakan saban setiap jam pun ada.
Begitulah apabila membesarkan anak-anak lincah dan pelbagai peel. Menarik dengan perkongsian coach parenting ini, Mohd Fhais, bahawa dalam lembut seorang isteri itu ada garangnya.
Namun katanya lagi, segarang mana seorang ibu, dia tetap menjadi penyejuk hati anak. Malah anak akan mencarinya jika mempunyai masalah. Tidak salah untuk menganggap ibu itu pujaan hati anak!
Nak tahu lanjut kisah yang memang real berlaku kepada suri rumah, ikuti perkongsian ini.
Isteri. Dalam lembut ada garangnya.
Jangan di sangka air yang tenang tak ada piranha. Sekali ngap, semua diam.
– Anak nak makan, lembut je siapkan makanan, panggil anak makan, kadang siap suap guna tangan lagi.
– Tapi masa makan jangan la berlari-lari, gerak kaki sikit je memang keluar la suara jantan.
– Tu belum lagi kalau makan tumpah, memang bebel non stop la sampai bersih.
– Time belajar pun sama. Masa panggil anak belajar lembut je. “Kakak mari sini mama nak ajar”
– Sekali kalau tersilap jawab, dengan meja meja kena lepuk, bergegau meja tu.
– Jangan la main-main masa belajar, silap sikit buku boleh terbang. Adui..
– Bukan anak je kena, laki pun selalu kena. Huah..
– Baju dah siap lipat, susun cantik jangan la pungah memang kena basuh kaw kaw.
– Kadang time ambil baju tu bergalih sikit susunan, saya dah betulkan pun. Itu pun dia perasan lagi baju dah bergalih. Aduhai..
– Kita selalu dengar orang cakap jangan jadi pembaris lurus sangat tapi dengan isteri memang kena jadi pembaris. Salah kemas katil pun kena marah. Haih..
Kadang lembut, kadang garang.
Lembutnya itu sifat semulajadi wanita, garang pula sifat semulajadi bila dah jadi ibu.
Garang mana pun ibu tetap jadi pujaan hati setiap anak. Sungguh!
Sumber: Mohd Fhais Salim
Bacaan lanjut:
Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!
Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.

“Semalam Abah, Kini Isteri & Anak Pula Diangkut.” Lelaki Ni Ambil Alih Jaga Bayi Kerana Isteri Positif Covid-19. Sebaknya!

Allahu, berat mata memandang. Berat lagi bahu yang memikul. Hati suami mana yang tak dilanda gundah, jiwa ayah mana yang tak dirundung pilu bila mana insan-insan kesayangan satu persatu disahkan positif Covid-19.
Demikianlah jua yang berlaku pada saudara Mohd Imran Ramdan. Belum sempat rasa sedih hilang dek kerana ayahnya disahkan postif covid, tiba-tiba dia menerima panggilan dari KKM mengatakan anak dan isterinya juga turut positif.
Tinggal lah dia kini bersama bayinya yang baru berusia 9 bulan. Lebih memilukan si anak kecil itu masih menyusu badan sepenuhnya. Ikuti perkongsian dari fb Mohd Imran Ramdan.
Allahuakbar!!! Harapanku…. ini bukanlah lambaian terakhir daripada isteri dan anakku.. ujian ini terlalu berat buat ku sebagai ketua keluarga…
Tak ku sangka malam semalam abah ku diangkut, malam ni isteri dan anak ku pula diangkut.. setelah di siang hari tadi bertalu-talu panggilan dari pihak KKM yang membuatku jadi huru hara Dan haru biru…
Kesudahannye isteri Dan anak lelaki ku positif.. aku negatif. Allah dah aturkan semua ini untuk aku.. maka tinggal lah aku disini menggalas tugas sebagai ibu kepada anak yang lain khususnye Yusuf Arjuna yg berusia 9 bulan yg menyusu badan sepenuhnye… Tadi dah training guna susu botol.. harap tak meragam lah Yusuf ni… Allah..rabbi yassir..
Bila Dr dr KKM tepon nk jemput ke hospital anak lelaki aku ni…
Muhammad Rayyan Danish… Kau baru 6 tahun nak…..
Masuk tandas pun nak berteman….Mandi pun nak diperhatikan….
Ayah redha dengan ujian ini nak…. ayah mesti ada sifat seperti atuk yang dah diangkut malam td.. atuk senyum aje… Tp ayah tak sekuat tu nak….
Ayah dah deal dgn doc supaya abg danish diletakkan sebelah katil atuk.. mudah2an atuk dapat tgk2 abg danish…
Airmata ibu dah berjurai-jurai sejak pagi tadi… Tp nak buat mcm mane.. dah ketentuan Allah.. harap ibumu tabah.. ayah doakan abg Rayyan Danish cepat pulang…
Tggu ambulan dtg jemput abg Rayyan Danish mlm nanti..
Mohon semua rakan2 doakan isteri Dan anak serta keluarga saya tabah hadapi ujian ini.. assalamualaikum
Sebelum itu, Mohd Imran turut memuat naik kisah ayahnya yang cukup tenang menerima dengan baik berita dirinya disahkan postif covid-19.
Ahad 5/4/2020.. jam 545pm.. abah dapat call dr pihak KKM.. Positif katanya… abah dengan senyuman dan menadah tangan ucapkan alhamdulillah…
Abah memang seorang yang sangat penyabar dan sentiasa redha dengan ketentuan Allah.. semoga abah cepat balik..
Aku pula bagaimana?? Semoga aku punya sifat seperti abah.. abah dah diangkut ambulan pada jam 1030pm.