“Sayu Muka Tapi Tetap Hargai Parent Bagi. Pandai Jaga Hati.” Niat gurau, Reaksi Reda Yusuf Iskandar Dihadiahkan ‘Lilin’ Undang Sebak!

Share

3 jun yang lalu genap usianya 5 tahun, seorang anak yang baik dan cukup sopan santun. Perwatakannya yang penyayang lebih-lebih lagi pada adiknya membuatkan ramai kagum dengan cara didikan ibu bapanya.

 

Yusuf Iskandar, anak sulung kepada pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini sememangnya anak yang baik dan nampak matang dari usia sebenarnya.

Dalam perkongsian ayahnya semalam, Yusuf diraikan dalam suasana yang cukup sederhana. Namun apa yang menyentuh hati, sikapnya yang tidak memberontak apabila tiada kek mahupun hadiah cukup membuatkan ramai kagum dengannya.

Hampir seharian menunggu, namun ‘hadiah’ yang diberikan si ayah jelas membuatkan Yusuf kecewa, namun dia tetap cuba menyembunyikan rasa kecewa itu dan masih selamba melayan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Menurut Hairul, kejutan itu sengaja dibuat untuk melihat reaksi anak sulungnya itu. Dalam video yang dimuat naik menerusi instagram, Hairul menghampiri Yusuf sambil menyanyikan lagu hari jadi dengan membawa satu kotak hadiah.

Rupa-rupanya di dalam kotak itu hanya mengandungi lilin dan pemetik api. Walaupun nampak perubahan pada wajah Yusuf tetapi dia masih tersenyum dan menyucapkan terima kasih kepada ayahnya, siap meminta ayahnya menyanyikan lagi sekali lagu hari jadi buatnya.

Sikap matang dan tenang Yusuf membautkan ramai tersentuh hati. Bahkan, memuji cara Hairul dan Hanis mendidik anaknya itu menjadi seorang anak yang penyabar dan tidak meminta-minta.

Rupa-rupanya itu bukanlah kali pertama hairul berbuat demikian, bahkan sebelum ini dia pernah ‘mengenakan’ isterinya ketika sambutan hari lahir Hanis. Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Hairul di ruangan komen.

hairulazreen Dulu birthday mommy first time pun daddy buat mcm ni, mommy pun muka redho sama macam awk 🤣 cc @haniszalikha
Dalam pada itu, Hanis turut memuat naik ucapan hari jadi yang cukup menyentuh hati sambil menitipkan doa  buat anak sulungnya itu.
MasyaAllah Yusuf Iskandar bin Hairul Azreen, lima tahun dah hadir dalam hidup Mommy Daddy. Anak soleh yang sentiasa menyejukkan hati, kami sangat cinta dan kasih akan mu sayang @theyusufiskandar ♥️
Sumber: hairulazreen

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club