Sebelum ini pasangan selebriti popular, Ozlynn Wati dan Johan mendapat perhatian ramai apabila membuat kejutan buat anak sulungnya, Ahmad Ariq Hanania dengan melawatnya di Dublin, Ireland.
Baru-baru ini, mereka sekali lagi berkongsi video di laman instagram miliknya yang memaparkan momen-momen perpisahan antara dia dan anaknya sebelum berangkat pulang ke tanah air.
“Anak yang mengajar kami banyak perkara, menjadikan kami lebih sabar dan terus mengharungi hidup.
“Anak yang merasa kesusahan ketika kami tiada rezeki untuk disuapkan. Anak yang tenang dan tidak pandai meminta-minta. Anak yang tahu hidup berdikari dan anak yang tidak pernah membantah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Mengaku Ariq merupakan anak yang menyenangkan, Ozlynn turut menitipkan doa agar anaknya itu sentiasa dalam lindungan Tuhan dan berjaya di dunia dan akhirat.
“Wahai anak semoga hidupmu dalam lindungan dan kasih sayang Allah, semoga keimananmu membawa keberkatan dan kejayaan besar dalam hidupmu.
“Papa Mama pulang dulu menyambung kudrat dapat mencari rezeki untuk mu dan juga adik-adikmu. Papa Mama love you,” jelasnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut pasangan itu suka melihat keakraban hubungan ibu ayah dan anak keluarga mereka. Tidak lupa juga ada yang mendoakan yang baik-baik untuk mereka sekeluarga.
Sumber : Instagram Jozlynnhanania