Semalam tular satu filter di sebuah laman sosial media yang mampu mengubah wajah seseorang menjadi tua. Kebanyakan yang menggunakan filter tersebut meluah rasa sebak apabila wajah yang dipamerkan itu sama seperti wajah yang dirindui, iaitu ibu atau bapa yang telah lama meninggalkan mereka.
Tidak lepaskan peluang turut serta menggunakan filter yang sama, Usahawan Terkenal Datuk Seri Aliff Syukri tampil berkongsi momen dirinya bermain filter tersebut bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan.
Yang menjadi perhatian dalam video tersebut, melihat perubahan wajahnya yang semakin dimamah usia menggunakan filter tersebut menyebabkan dirinya sendiri sebak dan terus mencium pipi anaknya itu.
“Semua orang akan tua dan akan pergi, hargai orang tersayang anda. Abah sayang amayan (Ammar Ahyan) sampai mati,” tulisnya di ruangan kapsyen perkongsiannya di laman Tiktok itu.
@abangterlajaklaris Abah sy amayan sampai mati❤️❤️ #madinah #haji #son ♬ Somewhere Only We Know – Zerua
Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut meluahkan rasa sebak melihat reaksi Aliff yang tiba-tiba bertukar sedih itu. Malah, ada yang akui filter tersebut memang mengundang rasa sayu bagi sesiapa yang mencubanya.
Sumber : @abangterlajaklaris