Sayangnya Anak Pada Ibu Ayahnya, Sanggup Berhabis RM180,000 Transform Rumah Lama Jadi Banglo Dua Tingkat. Terharunya!

Share

Berbuat baik, memuliakan dan berbakti kepada ibu bapa adalah menjadi kewajipan anak-​anak. Malah Allah akan memperbanyakkan rezeki kepadanya.

Sesungguhnya ibu bapa merupakan insan yang telah menjaga dan membesarkan kita dengan pelbagai karenah tanpa mengeluh penat dan lelah. Ibu sanggup berkorban menanggung sakit saat melahirkan anak. Manakala jasa seorang ayah yang bekerja penat lelah menjaga dan menyara keluarga.

Justeru, sebagai seorang anak haruslah menghargai pengorbanan mereka.

Nak hargai ibu bapa dengan pelbagai cara sama ada mendoakan kesihatan, menghubungi bertanya khabar, santuni mereka, mengingati hari jadi, memberi hadiah, memberi wang setiap bulan untuk perbelanjaan harian dan pelbagai lagi. Apa yang pasti ia mengikut kemampuan anak itu.

Nyata, banyak cara untuk menggembirakan ibu ayah kerana kasih sayang dan perhatian adalah perkara yang paling diharapkan.

Jangan sesekali menganggap ibu bapa sebagai bebanan. Bagi yang mampu, tak salah berhabis ratusan ribu. Ikuti kemampuan masing-masing. Yang penting sentiasa berbakti kepada ibu ayah sementara mereka hayat masih ada.

Bagi Puan Seri Wahyuni binti Khaidir ini, ibu ayah tiada galang gantinya. Kurniaan rezeki yang dimilikinya, beliau sanggup berhabis hampir RM180,000 untuk transformation rumah lama ibu ayahnya kepada sebuah banglo tiga tingkat.

Keselesaan dan gembirakan ibu ayah

Puan Seri wahyuni binti khaidir bersama keluarga

Ketika dihubungi Majalah Keluarga, jauh disudut hatinya transformasi yang dilakukannya bukan untuk menabik dada tetapi demi pengorbanan ibu ayahnya iaitu Yusma binti Bustami, 64 tahun dan ayah, Khaidir bin Abdullah, 69 tahun.

“Semua ini adalah untuk mak ayah selesa dan memberi kegembiraan buat mereka. Mak ayah sudah duduk rumah lama itu dalam 10 tahun. Untuk transform ambil masa 4 bulan. Kos keseluruhan RM180,000 termasuk kelengkapan rumah,”

Ikuti lanjut perkongsian beliau di facebook miliknya mengenai dekorasi rumah buat ibu bapa tersayang.

Sesudah siap..yang penting mak ayah seronok dan selesa. 🏡🌹 Mak & ayah ku, syurgaku.

Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas

Sungguh inspirasi cara puan Seri Wahyuni menghargai ibu ayahnya, tahniah puan!

Apa yang pasti, gunakan sebaik mungkin peluang dan ruang yang ada terutama apabila insan istimewa itu masih bernyawa. Walaupun tidak terbalas segala jasa dan pengorbanan mereka, cubalah sedaya upaya memberikan kebahagiaan dan gembirakan mereka!

Sumber: Puan Jamal

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club