Menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu memerlukan tenaga yang cukup luarbiasa.Tuntutan tugasan di pejabat mahupun pelbagai urusan di rumah di rumah segalanya perlu dibereskan dengan sempurna.Oleh yang demikian, aspek kesihatan dalaman dan luaran haruslah dititik beratkan.
Melalui perkongsian dilaman Facebook Rossa Dyla Mahmud, beliau berkongsi minuman kesihatan yang wajib diamalkan buat kaum wanita setiap kali selepas datang bulan.
BAHAN-BAHAN
Halia ( anggaran 2inci )
Kunyit Hidup ( anggaran 2inci )
Serai ( dua batang )
Daun Pandan (2 helai )
Gula Batu atau Madu ( secukup rasa )
Air (3 cawan)
Ads
TAMBAH JIKA PERLU
Daun Sireh ( 2 helai ) jika anda mengalami masalah keputihan.
Buah Manjakani ( 1biji ) untuk merapatkan “Miss V”. (Tidak sesuai untuk anak dara)
CARA MEMBUAT:
1.Basuh bahan dan reneh semua bahan-bahan diatas sehingga menjadi 1 cawan air sahaja.
2.Setelah air kering dan menjadi 1 cawan tutup api serta minum ketika masih suam (tanpa perlu dikisar)
Ads
Antara Kelebihannya:
1.Membersihkan rahim selepas datang bulan.
2.Mengeluarkan angin dalam badan.
3.Anti kanser
4.Memecahkan lemak-lemak.
5.Mengurangkan masalah bau badan
Ads
6.Mengatasi masalah kemaluan berbau.
TIP EKSTRA:
1. Awas,minum SEBULAN SEKALI SAHAJA selepas datang bulan.
(Penggunaan Buah Manjakani,Daun Sireh,Kunyit Hidup yang berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid atau monopouse).
2.Boleh diminum oleh anak dara mahupun yang telah berkahwin.
3.Boleh diamalkan jika mengalami period yang tidak teratur
4.Bagi Ibu menyusu, ia mengikut kesesuaian bayi.
5.Tidak sesuai untuk IBU MENGANDUNG.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sabar itu mudah diucap namun tidak mudah ditanggung. Syukur itu juga mudah diucap namun tidak mudah juga untuk ditunjukkan.
Selagi hidup di dunia ini kita pasti akan terus diuji bahkan ada juga yang mengatakan bila diuji menjadikan seseorang lebih matang.
Namun ujian mahu pun musibah yang datang bukan senang untuk ditempuh.
Berkongsi tip berkenaan itu, ustazah Asma’ Harun senaraikan 3 tips bagi mendepani musibah sebagai peringatan untuk diri kita semua.
Ini perkongsiannya.
3 TIPS DALAM MENDEPANI MUSIBAH
“Ustazah, memang mudah nak pesan supaya sabar, tapi orang tak tahu apa yang saya rasa dan lalui…”
Kerap kali saya dengar luahan orang sekeliling yang hadapi musibah dalam hidup.
Benar Tuan Puan, mudah di mata orang belum tentu mudah di bahu kita 😢.
Namun, suka atau tidak, murka atau redha, proses kehidupan akan tetap berjalan sehingga akhir waktu.
Allah SWT hiasi roda kehidupan ini dengan jatuh bangun, susah senang, musibah dan nikmat. Semuanya supaya kita kembali mencintai Dia yang Maha Cemburu apabila kita mula leka dengan nikmat dunia sementara, agar kita mendapat nikmat Syurga yang kekal. SubhanAllah.
Oleh itu, di sini saya ingin kongsikan 3 tips mendepani musibah, sebagai peringatan untuk diri dan sahabat semua.
Semoga selepas ini kita lebih kuat dalam menghadapi apa jua cabaran dengan keimanan yang teguh kepada Allah SWT.
Maksudnya: “Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “Inna lillahi wa inna ilaihi raji‘un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali).
(Surah al-Baqarah 2: 156)
Apabila sesuatu musibah itu terasa amat berat untuk ditanggung, kadang kita hilang pertimbangan sehingga ada yang menyalahkan takdir serta mempersoalkan qada’ dan qadar. Maka ucapkanlah kalimah Tarji’ ini supaya kita sedar bahawa segalanya datang daripada Allah dan akan kembali juga kepada Allah.
2. Bersangka Baik dengan Allah SWT.
Sahabat, lihatlah musibah dengan pandangan hikmah, agar kita nampak keindahan ujian dalam menyedarkan kita akan hakikat abdi (hamba) kepada Ilahi. InsyaAllah hati akan lebih lapang dan tenang. ❤️🌹
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT berfirman di dalam sebuah hadis Qudsi:
Maksudnya: “Sesungguhnya Aku menurut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Jika dia bersangka baik maka dia akan mendapat kebaikan dan jika dia bersangka buruk maka dia akan mendapat keburukan.”
(HR Ahmad, hadis sahih)
3. Muhasabah dan Perbaiki Diri.
Boleh jadi sesuatu musibah itu hadir disebabkan dosa maksiat yang kita pernah lakukan sama ada secara terbuka atau tersembunyi. Oleh itu, muhasabah ini sangat baik dalam membantu kita perbaiki diri menjadi lebih baik di masa akan datang, InsyaAllah.
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang perhatikan apa yang telah dibuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Hasyr 59: 18)
Semoga terus kuat dalam menghadapi musibah yang mendatang, kerana sebagai Muslim kita wajib yakin ia bukan untuk memberi lelah, tetapi sebagai asbab hidayah. ✊
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Rasanya satu Malaysia mengenali Dr Amalina Bakri, iaitu anak kelahiran Malaysia yang kini menetap di London, United Kingdom bekerja sebagai doktor pakar bedah.
Setelah seminggu anak perempuannya dilahirkan, semalam Dr Amalina memilih untuk berkongsi kepada umum wajah dan nama cahaya matanya yang diberi nama Arabella Mia.
“Kami ingin memperkenalkan puteri cantik kami, Arabella Mia, yang dilahirkan minggu lepas di Hospital St. Thomas.
“Kami mengagumi dan menghargai setiap saat dengan kegembiraan kecil kami. Kami teruja untuk melihat apa yang akan datang, Alhamdulillah. lots of cinta – Amalina & Alex,” tulisnya di laman Instagramnya pada Selasa.
Meninjau di ruangan komen, perkongsian Dr Amalina itu mendapat ucapan tahniah dari beberapa selebriti dan orang ternama dari Malaysia seperti Catriona Ross, Mira Filzah dan Vivy Yusof.
Tak kurang juga yang memuji pemilihan nama anak sulung Dr Amalina dan mendoakan supaya Arabella membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.\
Terdahulu, wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu menjadi bualan hangat warga netizen apabila memilih status kewarganegaraan British untuk anak pertamanya.
Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.
Tahniah diucapkan kepada pelakon, Shakilla Khoriri yang telah pun selamat diijab kabulkan dengan pasangannya, Fariz Zulkepley dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam semalam.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada Ameena Sofia itu turut berkongsi beberapa keping gambar momen bahagia ketika majlis berlangsung semalam.
Jelas terpancar wajah kebahagiaan Shakilla yang selama ini melalui momen duka dalam membesarkan anaknya sendirian.
“Selamat datang Uncle Fariz. Alhamdulillah selesai majlis hari ni dengan kehadiran keluarga dan teman-teman rapat.
“Majlis yang kecil dan tertutup. Atas permintaan dan persetujuan kami sekeluarga untuk menyambut dan merai ahli baru dalam keluarga kami.
“Terima kasih atas ucapan, doa dan kata-kata yang baik buat saya & Ameena. Kami berdua setuju dan bersyukur dengan kehadiran Uncle Fariz dalam family kecil kami,” tulisnya di Instagram.
Kembali bergelar isteri. Namun kata Shakilla lagi, dia akan sedaya upaya menjaga amanah dan tanggungjawab ini selain membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang.
“Tanggungjawab bertambah. Amanah Allah untuk saya jaga dua orang ni. Doakan saya. Doakan perjalanan baru ni lebih baik untuk kami bertiga. Doakan saya menjadi Umi dan Isteri yang baik untuk mereka.
“Doakan saya kuat dan sihat untuk jaga mereka dan bahagiakan mereka selagi Allah pinjamkan hayat saya atas dunia ni. Terima Kasih atas doa-doa kalian pada kami bertiga,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Shakilla pernah bernikah dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.