Sayangkan Keluarga, Kena Buat Hibah. Paling Kritikal Untuk 9 Golongan Ni, Agar Mereka Tak Teraniaya!

Share

Umumnya bila kita menyebut tentang perancangan dan pengurusan harta untuk  ditinggalkan kepada insan tersayang, perkara biasa kita dengar adalah bab wasiat dan faraid. Namu mungkin ada yang terasa asing dengan istilah hibah.

Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islam terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini adalah berdasarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan ijmak. Antara ayat al-Quran yang menggalakkan amalan hibah ialah sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya”.
(Surah al-Nisa’ ayat 4)

Selain itu, dalam Al-Quran yang bermaksud: “… dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya”.
(Surah al-Baqarah ayat 177)

Melalui perkongsian di Urus Harta- Melaka pula ada menjelaskan sebenarnya terdapat 9 golongan kritikal yang wajar diberikan hibah yang mana golongan ini begitu hampir dengan kita dan sedihnya kebanyakkan kita masih tidak tahu siapakah mereka itu. Jom fahami perkongsian ini semoga bermanfaat.

Inilah 9 Golongan Kritikal Kena Ada Hibah Yang Ramai Orang Tak Tahu Beserta Hujahnya

1 – Keluarga yang tiada anak
Jika tiada anak harta pusaka yang akan di terima oleh isteri hanya 1/4 sahaja. Manakala 3/4 lagi akan di bahagikan kepada mak ayah atau adik beradik suami.

2 – Keluarga yang ada anak perempuan sahaja
Anak perempuan tidak seperti anak lelaki asabah ( penghabis harta ). Anak perempuan hanya layak menerima 1 bahagian sahaja dari keseluruhan harta pusaka.

3 – Keluarga yang ada anak angkat
Anak angkat tidak layak mendapat sebarang agihan harta menurut faraid walaupun anak angkat itu di jaga sejak lahir lagi.

4 – Suami yang ada isteri lebih dari seorang
Bila ada ramai isteri, anak-anak pun sama. Jadi pembahagian harta jadi bertambah rumit jika tanpa hibah. Terumatanya harta yang melibatkan rumah dan tanah.

5 – Samaratakan bahagian anak lelaki dan perempuan
Jika mahu setiap anak dapat harta samarata tidak kira lelaki atau perempuan wajib gunakan hibah kerana ikut hukum lelaki pasti dapat lebih kerana mereka adalah wali.

6 – Tidak berkahwin
Individu yang tidak berkahwin tapi ada harta jika tak membuat hibah masa hidup maka harta tersebut akan menjadi rebutan adik beradik dan berisiko silaturrahim sesama adik beradik porak peranda.

7 – Isteri muda
Lelaki yang baru kahwin dengan isteri muda dan dalam masa yang sama mempunyai anak yang lebih kurang umur isteri muda itu. Jika begini situasinya mustahil isteri muda boleh bekerjasama dengan anaknya. Silap hari bulan kena halau rumah bila suami dah tak ada.

8 – Rumah ada nama suami dan isteri
Suami isteri beli rumah sama nama. Kongsi pinjaman perumahan dan ada 2 nama dalam geran. Bila suami mati, hak milik rumah tersebut tak jatuh terus pada isteri sebaliknya ia akan jadi faraid. Ada bahagian anak, adik beradik dan mak ayah suami kat situ.

9 – Keluarga yang ada anak istimewa
Dalam faraid tidak kira anak itu istimewa atau normal pembahagian harta ialah sama. Dari segi logik anak istimewa lebih perlukan bantuan kerana mereka tak mampu berdikari. Hibah la penyelamatnya.

sumber : Urus Harta – Melaka