Kunci rumah tangga bahagia yang pertama adalah saling memberi dan menerima. Dalam masa yang sama sedia terima kelemahan dan kelebihan pasangan itu. Kena saling faham, perkahwinan ini sepatutnya membesar bersama-sama dan mencoretkan ikatan kasih sayang antara satu sama lain.
Suami seharusnya menghargai segala pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya. Usah bandingkan isteri dengan wanita lain. Layani seadilnya dan dalam melayari alam rumah tangga, komunikasi paling penting antara suami isteri.
Jangan disebabkan nak ‘menang’ hingga anda merendahkan pasangan sendiri, baik suami mahupun isteri Kena saling bertolak ansur dan jadi pasangan yang terbaik kerana dengan berkomunikasi secara berhemah dapat selamatkan perkahwinan anda.
Ads
Perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin ada benarnya dan perlu dijadikan pedoman buat kaum suami di luar sana dalam menghargai pasangan anda.
Sayangilah isteri kita biarpun dia tidak secantik perempuan lain…Sayangilah isteri kita biarpun dia tidak sehebat perempuan lain…
Ads
Disebabkan dialah, kita menjadi seorang suami dan ayah pada hari ini…dia menerima kita seadanya diri kita dengan apa yang kita ada…
Cuba kalau dia tak nak orang muka macam kita, nak yang hensem lagi…cuba kalau dia tak nak duduk rumah sewa, nak duduk rumah sendiri…cuba kalau dia tak nak naik motor, nak naik kereta sahaja…cuba kalau dia tak nak lelaki gaji 2 ribu, nak lelaki gaji 10 ribu…cuba kalau dia tak nak lelaki kurus, nak lelaki sado…cuba kalau dia tak nak lelaki botak, nak lelaki ada rambut..
Ads
Pasti hari ini kita masih lagi bujang atau dah pun menduda disebabkan tiada seorang pun wanita yang sanggup menerima kita dengan apa yang kita ada SEADANYA…
Maka bersyukurlah dengan isteri yang dah kita miliki…kerana dia, kita jadi suami…kerana dia, kita jadi ayah…dan kerana dia, kita dapat mengecapi nikmat sesebuah perkahwinan…
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan calang-calang wanita yang mampu dan redha hidup bermadu. Ya lah suami yang selama ini milik seorang tapi terpaksa dikongsi dengan wanita lain.
Tidak semua yang merestui jauh sekali sudi untuk meminang bagi pihak suami. Tapi salute pada wanita bernama Ida Nirwana Marzuki, 28 tahun. Dia memang kuat.
Hanya kerana ingin memastikan hubungan sahabat baiknya dengan suami halal di sisi Yang Maha Esa, dia sanggup berkongsi kasih. Ibu kepada seorang cahaya mata berusia tiga tahun ini bukan sekadar melamar, bahkan dia juga merisik dan meminang kawan baiknya untuk dijadikan isteri kedua kepada suaminya.
Persahabatan terjalin antara Ida Nirwana dengan Norinie Rahmad, 37 dan suami Nurul Hakim Mohd Kusaini, 34,ketika sama-sama menghadiri kursus yang menawarkan perundingan imej di sebuah hotel di ibu negara setahun yang lalu.
“Boleh dikatakan hubungan kami mulai rapat dan kami kemudiannya mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat bersama. Selain hubungan sebagai rakan perniagaan, kami juga semakin rapat bukan hanya sekadar sahabat tetapi saya anggap Anne seperti kakak sendiri.
“Bahkan, ketika arwah ibu Anne dimasukkan ke hospital, saya dan suami selalu menemani dan memberi kata-kata semangat untuknya. Selepas ibu Anne meninggal dunia menyebabkan dia tinggal keseorangan memandangkan ahli keluarga lain sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.
Kemudian, selepas pemergian arwah ibu Anne, saya sampaikan hasrat tersebut kepadanya dan seperti yang saya jangka dia memang terkejut tetapi tidak menolak.
“Sebaliknya dia minta tempoh selama dua bulan untuk memikirkan sebelum memberi jawapan. Waktu itu, tidak terdetik rasa sedih mahupun cemburu bahkan saya teruja kerana apa yang dilakukan memang di atas kerelaan hati saya,” cerita Ida yang memaklumkan suaminya agak keberatan kerana tidak pernah berhasrat untuk berkahwin lain apatah lagi hanya menganggap Anne sekadar rakan kongsi ketika itu.
Hari-hari tanya
Usai dua bulan memikirkan akhirnya Anne menerima hasrat tersebut. Walaupun ada wanita yang memandang poligami secara negatif, namun mereka bertiga reda berkongsi kasih.
“Tidak pernah saya membayangkan diri akan bermadu dengan sahabat baik sendiri. Setiap hari saya akan bertanyakan kepada Ida adakah dia betul-betul nekad. Bahkan, hari mahu di akad nikah saya masih bertanyakan soalan yang sama sehinggakan dimarahi Ida.
“Apa yang membuatkan saya menerima Ida sebagai madu dan Hakim sebagai suami adalah kerana keprihatinan mereka sepanjang kami kenal lebih-lebih lagi sewaktu arwah ibu saya sedang sakit. Sebelum ini, soal kahwin tidak langsung terlintas di fikiran saya memandangkan saya sibuk dengan kerjaya.
“Ada juga yang bertanyakan kepada saya kenapa perlu kahwin dengan suami orang, lebih-lebih lagi suami sahabat sendiri sedangkan saya bujang. Namun, saya melihat keikhlasan dan kesungguhan Ida membuatkan saya nekad untuk terima.
Mungkin berkongsi suami itu adalah satu rezeki buat saya. Saya reda dan terima jodoh ini dengan hati terbuka,”ungkap Anne lagi yang juga merupakan seorang ahli perniagaan dan kini menubuhkan syarikat bersama madu dan suaminya.
Reaksi suami
“Awalnya rasa cuak dan berdebar bahkan keluarga Ida sendiri terkejut dengan idea tersebut. Bayangkan daripada anak angkat ibu Ida, akhirnya Anne menjadi madu anaknya sendiri. Namun, mereka tidak membantah dan menerima jodoh tersebut.
“Saya sendiri jujurnya, sukar awalnya memandangkan kami sudah biasa berbual dan bergurau sebagai kawan dan rakan kongsi dan perniagaan, tetapi kini saya perlu menukar perasaan tersebut kepada suami.
“Bahkan, saya terasa sedikit sedih kerana tidak menjangka akan berkahwin dua. Kerana itu, saya cuba elakkan diri buat seketika dengan Anne tetapi dalam masa yang sama, Ida sentiasa memujuk dan memberitahu kenapa dia jujur dan ikhlas kenapa mahu saya mengahwini Anne.
“Selepas berkahwin, saya rasakan perasaan berubah sedikit demi sedikit dan kami bertiga tetap seperti sebelum ini. Boleh berborak dan berbincang tanpa sebarang masalah. D
Sumber: Majalah Keluarga isu Disember 2016.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika ditanya siapa nak hendak hidup kaya, tentu semua ramai mahukannya. Umumnya selain untuk hidup senang, kita kenalah rajin berusaha dan berkerja keras mendapatkan rezeki untuk keluarga.
Selain itu, ketahui juga apa lagi usaha yang boleh kita lakukan untuk mendapat kesenangan hidup di dunia ini.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Nur Aliah Mohd Nor. Jom semak.
Amal Je 15 Tips Ni Kalau Nak Jadi Kaya Raya Dengan Sangat Cepat!
1. Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap ‘Syukur Alhamdulillah terima kasih Allah.’
2. Mulakan dengan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Kalau tengah di timpa ujian, sentiasa istighfar dan tanya pada Allah. Kenapa aku di uji. Menangis dan merayulah pada Dia. Selepas itu solat subuh.
3. Buat solat sunat Dhuha 2 rakaat (2 kali). Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati.
4. Tanamkan azam dalam diri mulai hari ini nak fokus dan semangat dengan kerja, elakkan membawang atau gosip dengan kawan-kawan kerja atau kuliah.
5. Lidah sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Sehinggakan tak sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali!
6. Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan pada orang seterusnya.
7. Setiap kali waktu solat, paksa diri untuk solat awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang.
8. Setiap kali habis solat, jangan tergesa-gesa bangun, duduk atas sejadah BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH nak kaya cepat pada Allah. Dia kan Maha Memberi. Jangan minta dengan manusia. Minta pada Allah.
9. Sentiasa ucapkan rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah di uji!
10. Tekadkan dalam diri, nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi.
11. Video call atau call biasa mak dan ayah, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu.
12. Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.
13. Cara maafkan, sebelum tidur, tutup mata, bayangkan muka orang itu, sebut namanya 3 kali, dan katakan “Aku maafkan engkau dan sayangkan engkau kerana Allah Taala”. (Teknik bersihkan kolam jiwa).
14. Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabil kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia.
15. Akhir sekali. Berdamailah dengan masa lalumu supaya ia tidak akan merosakkan lagi masa sekarang yang kita sedang miliki! Sayangi diri sendiri.
Tahniah Mawar dan Suami, Raf Yaakob atas kelahiran anak lelaki. Berita gembira, telah disampai semalam dengan telah mengumumkan menerusi Instagramnnya kelahiran anak mereka pada 13 Mac 2019. Mawar telah selamat bersalin pada pukul 11.33 malam dan keadaan pelakon tersebut beserta bayi adalah dalam keadaan baik.
Setelah melalui fasa perpisahan yang penuh cabaran, kakak kepada penyanyi Dafi, Nina Ismail Sabri, kembali mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz Osman, dalam...