Kunci rumah tangga bahagia yang pertama adalah saling memberi dan menerima. Dalam masa yang sama sedia terima kelemahan dan kelebihan pasangan itu. Kena saling faham, perkahwinan ini sepatutnya membesar bersama-sama dan mencoretkan ikatan kasih sayang antara satu sama lain.
Suami seharusnya menghargai segala pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya. Usah bandingkan isteri dengan wanita lain. Layani seadilnya dan dalam melayari alam rumah tangga, komunikasi paling penting antara suami isteri.
Jangan disebabkan nak ‘menang’ hingga anda merendahkan pasangan sendiri, baik suami mahupun isteri Kena saling bertolak ansur dan jadi pasangan yang terbaik kerana dengan berkomunikasi secara berhemah dapat selamatkan perkahwinan anda.
Perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin ada benarnya dan perlu dijadikan pedoman buat kaum suami di luar sana dalam menghargai pasangan anda.
Sayangilah isteri kita biarpun dia tidak secantik perempuan lain…Sayangilah isteri kita biarpun dia tidak sehebat perempuan lain…
Disebabkan dialah, kita menjadi seorang suami dan ayah pada hari ini…dia menerima kita seadanya diri kita dengan apa yang kita ada…
Cuba kalau dia tak nak orang muka macam kita, nak yang hensem lagi…cuba kalau dia tak nak duduk rumah sewa, nak duduk rumah sendiri…cuba kalau dia tak nak naik motor, nak naik kereta sahaja…cuba kalau dia tak nak lelaki gaji 2 ribu, nak lelaki gaji 10 ribu…cuba kalau dia tak nak lelaki kurus, nak lelaki sado…cuba kalau dia tak nak lelaki botak, nak lelaki ada rambut..
Pasti hari ini kita masih lagi bujang atau dah pun menduda disebabkan tiada seorang pun wanita yang sanggup menerima kita dengan apa yang kita ada SEADANYA…
Maka bersyukurlah dengan isteri yang dah kita miliki…kerana dia, kita jadi suami…kerana dia, kita jadi ayah…dan kerana dia, kita dapat mengecapi nikmat sesebuah perkahwinan…