Bergelar ibu adalah momen yang paling indah dan dinantikan bagi setiap wanita. Lengkap sudah fitrah hidup pabila rahim terisi dengan satu nyawa.
Namun, kita hanya mampu merancang, yang menentukan adalah Dia Sang Pencipta. Jika Dia kata jadi, maka jadilah. Jika tidak bersabarlah dan moga suatu hari nanti akan ada rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri.
Gambar hiasan
Luahan seorang wanita ini cukup sebak di baca. Bukan mahu menagih simpati jauh sekali meratap kekurangan diri, namun sekadar untuk meluahkan rasa dan isi hati. Wanita mana yang tak mahu anak kan. Tapi andai ini ketentuannya, yang boleh dilakukan hanyalah bersabar dan menanti. Kan sabar itu indah.
Baca catatan wanita bernama Shuhara Sukri menerusi laman facebooknya.
Hanya WANITA faham sakit ini…… ?
Ads
Tiap bulan kalau delayed period.. excited ingat pregnant……
Pastu pegang2 perut cakap sorang2 macam dah ada baby….. ?
Excited beli upt… excited masuk toilet… excited check air kencing pagi……
Masa nmpak line pertama.. harap ada line 1 lagi…… tunggu punya tunggu….. nampak single line yang terang ?
Tiap bulan….. kami lalui perkara yg sama…
Tiap bulan juga ditanya mana zuriat?
Tiap bulan ditanya kenapa tak mengandung?
Siapa yg taknak rezeki anak?
Kadang bila dah lambat period…. kami usap2 rahim ni…..
“sayang…. tolonglah jangan jadi period… jadilah zuriat buat ayah & ibu… tolonglah”
Ads
Teringinnya nak merasa moment #9bulan10hari… moment sakit pinggang dan ulu hati….
Sebak….. sebak bila tak dapat hamilkan anak buat suami….. ?
Bila period…… dalam toilet… kami pandang darah yang sedikit ketul tu…
Menitik air mata… walaupun tu hanya darah haid……
Ads
“Kalaulah awak kuat… kalaulah Allah izinkan.. mesti darah2 ini dah bercantum jadi anak saya & suami”
Kembali counting days…. cuba lagi waktu subur…. ikut petua itu & ini….
& perkara yg sama berulang lagi & lagi…… ?
Ya Allah….. dengan kekayaanMU… dengan kekuasaanMU… KAU berilah rezeki anak buat semua isteri yg ttc dengan mudah dan cepat ya Allah….. makbulkanlah niat2 kami semua…
aamiin……
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sesi persekolahan bakal beroperasi semula selepas Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah diedarkan bermula esok (Khamis). Memetik laporan Bernama, Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata pihak KPM belum menetapkan tarikh pembukaan namun menjelaskan garis panduan terbabit sebagai persediaan awal pihak sekolah sebelum memulakan operasi persekolahan.
Jelasnya, pembukaan semula sekolah hanya akan melibatkan pelajar tingkatan lima dan enam sahaja dengan hampir 3,000 sekolah menengah.
Ujarnya, garis panduan berkenaan dihasilkan secara terperinci dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sehubungan itu, katanya ibu bapa tidak perlu bimbang untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan berharap ibu bapa memainkan peranan mendisiplinkan anak mereka supaya membiasakan diri dengan penjarakkan sosial. “Kita keluarkan garis panduan ini bagi melihat kaedah yang perlu dilakukan dalam konteks pembukaan sekolah dan persiapan sewajarnya harus dilakukan oleh pihak sekolah bagi memastikan bila sahaja kita umumkan pembukaan, maka setiap sekolah telah bersedia.
“Kementerian sentiasa berbincang dengan pihak sekolah iaitu ruang yang boleh ditambah baik dalam garis panduan itu akan kita lakukan.
“Apa yang penting semua pihak mainkan peranan iaitu pengurusan sekolah, guru termasuk ibu bapa. Misalnya, jika anak bergejala, tidak perlu hantar ke sekolah,” katanya seperti dipetik dari Bernama.
Tambahnya, pematuhan Garis Panduan tersebut akan dipantau oleh jabatan pelajaran negeri dan pejabat pelajaran daerah. “Saya juga akan singgah di sekolah-sekolah untuk melihat pelaksanaan garis panduan yang telah diadakan dan kita yakin pihak pengurusan sekolah dan juga guru akan bantu kementerian agar garis panduan ini akan dipatuhi.
“Apabila Kementerian Kesihatan dan MKN merasakan sudah sampai masanya sekolah dibuka, maka kita akan umumkan dua minggu sebelum ia dibuka. Kami belum menetapkan sebarang tarikh untuk pembukaan sekolah,” katanya ketika ditanya tarikh pembukaan sesi persekolahan.
Sementara itu, menerusi facebooknya, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memuat naik beberapa keping gambar sempena lawatan kerja bersama Menteri Pendidikan di sebuah sekolah. Pada petang semalam, saya telah berpeluang untuk turut serta lawatan kerja YB Dr Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan ke SMK Engku Husain, Semenyih, Selangor bagi tujuan persediaan pembukaan sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Turut hadir sama adalah pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan wakil Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM. Kami telah diberi taklimat oleh Pengetua sekolah mengenai simulasi pengoperasian pengurusan sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan. Langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 yang akan diamalkan adalah berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Pasca Perintah Kawalan Pergerakan.
Garis panduan yang disediakan pihak KPM adalah hasil kerjasama dengan MKN dan KKM serta membabitkan prosedur mengenai ketibaan murid di sekolah, pergerakan ke bilik darjah, susunan meja dalam bilik darjah, pergerakan di kantin dan pelbagai aspek lain Seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan sebelum ini, tarikh pembukaan sekolah akan dimaklumkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka berdasarkan nasihat daripada KKM dan situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia.
Keutamaan akan diberikan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM. KKM amat menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh barisan tenaga pengajar dan pengurusan sekolah dalam memastikan pematuhan kepada garis panduan yang disediakan.
Terima kasih kepada semua guru di atas dedikasi dan pengorbanan anda dalam mendidik anak-anak kita semua yang merupakan aset berharga negara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Waktu berpuasa, kadang kala ibu-ibu pening kepala memikirkan apa menu yang boleh menarik selera anak-anak. Tambah-tambah lagi jika anak anda jenis yang memilih makanan. Kalau di masak tak ikut selera nanti, sikit sahaja mereka kan.
Jika anak anda suka makan kentang, apa kata petang ini cuba resipi Potato Cheezy Stick oleh Azua Eidaini. Mana tahu boleh pancing selera mereka waktu berbuka nanti. Selamat mencuba!
Arini kite tak buat kuih. Sebabkan kentang banyak so kite buat Potato Cheezy Stick.
Guna bahan apa yang ada kat rumah aje sebab tetiba je rasa nak buat dengan anak-anak sebelum prepare masak lauk berbuka.
Cara membuat:
Rebus kentang hingga empuk. Saya rebus 7 biji kentang
Disebabkan takder keju mozarella. Saya letak cheesedale je 4 keping.
Lenyekkan sampai lumat dan sebati.
Masukkan 1sb tepung gandum + secubit garam. jika terlalu lembek, boleh tambahkan tepung…agak-agak ye
Uli sampai doh jadi macam ni.
Bentukkan ikut suka. Jika suka bulat, boleh bulatkan dan boleh tambah keju kiub masukkan kat dalamnya. Lagi cheezzyyy.
Salutkan dengan telur. Saya guna sebiji telur sahaja. Tak perlu garam. Tujuannya supaya Serbuk Roti melekat sahaja.
Bukan mudah bergelar ibu bapa, besra tanggung jawab yang harus dipikul. Namun orang selalu nampak pengorbanan ibu, jarang sekali kehebatan dan kesusahan yang dilalui si ayah dalam membesarkan anak-anak dipertontonkan.
Mungkin kerana ayah lebih bersikap low profile dan bersahaja. Manakala ibu pula berjiwa lebih lembut menyebabkan anak-anak lebih suka berkongsi dengan si ibu.
Sementelah ayah, sibuk dengan urusan kerja keluar rumah mencari rezeki yang halal buat anak isteri.
Bak kata saudara Ariff Ismail, majoriti dari kita, mesti lagi rapat dengan mak berbanding ayah. Tak semua lah, tapi boleh dikatakan kebanyakan dari kita memang rapat dengan mak terutama anak lelaki. Dengan mak ni, kita boleh manja lebih sikit.
DIARI SEORANG AYAH
Masa kita kecik dulu, orang yang kita cari mesti emak. Kita sakit cari emak, bila nak beli mainan cakap dengan mak, malas nak p sekolah cakap dengan mak. Nak cakap dengan ayah semua ni? Memang tak lah kan.
Kadang kadang bila kita fikir balik, ehh semua mak lah yang kita cari. Tapi mana mak dapat permission? Mestilah dari ayah. Ayah ni selalu karakter mesti tegas, garang dan tak banyak cakap.
Tapi bila kita buat silap, mesti mak akan cakap ” ni ayah kau balik kejap lagi, memang nahas kau kena”. Kalau buat salah kat sekolah ke dengan mak ke, gaduh dengan adik beradik mesti kita nak elak dari di bicara depan ayah. Mak ok lagi, paling paling bebelan je yang kita dengar.
Majoriti dari kita, mesti lagi rapat dengan mak berbanding ayah. Tak semua lah, tapi boleh dikatakan kebanyakan dari kita memang rapat dengan mak terutama anak lelaki. Dengan mak ni, kita boleh manja lebih sikit.
Perasan tak? Ayah ni lebih banyak berdiam dari bercakap. Kadang kadang bila kita tanya sepatah, sepatah je dia jawab. Bila kita call dengan mak boleh sejam, dengan ayah ni kadang kadang 5 minit pon tak sampai dia dah letak.
Tapi sedarkah kita? Ayah lah yang banyak mengawal dari segala benda. Dari sekecil kecil hal, sampailah sebesar besar perihal. Sikap ayah tak tunjuk kasih sayang depan kita, ayah nak kita berdisiplin.
Kalau mak dah berlembut, ayah berlembut, tak jadi orang kita ni brother. Garang ayah ada sayang nya. Dalam tegas seorang ayah ada sikap ayah yang sentiasa tunjukan kasih sayang dia, tanpa kita sedari.
Teringat saya masa mula mula saya masuk Universiti dulu. Ayah tak hantar pon, tapi dia minta teksi bawak saya dan mak sebagai peneman untuk pergi daftar kat u. Dalam hati ayah ni, kalau tak sayang sekalipon hantar je lah. Ni first time ni nak keluar dari rumah.
Tapi apa yang ayah buat? Yang saya nampak dia tak ambil berat pasal saya, rupanya segala kelengkapan dia dah atur untuk saya termasuk duit belanja. Dulu lepas spm saya kena tolong ayah jaga kantin. Dari jaga kantin kilang sampai lah jaga kantin matrikulasi.
Ada satu peristiwa yang paling saya ingat, masa tu bulan puasa, ada tempahan untuk majlis berbuka. Kita ni jiwa muda brother, mana nya nak layan sangat buat buat kerja ni. Sekali kena tengking dengan ayah, apa lagi anak jantan kan, lawan lah, saya balingkan senduk nasi ke lantai.
Perasaan puas melawan masa tu, dah lawan tak kan nak tunggu, start enjin motor terus gerak keluar. Sekali Allah tu kan Maha Besar, tak lama pon nak dapat pembalasan, saya bawak motor kawan naik kat belakang, tengah laju ada pak cik bawa kereta tak bagi signal main nak masuk simpang.
Member belakang terus lompat lah, saya tersembam sondol belakang kereta. Nasib tak patah riuk masa tu. Dalam hati, nak jawab apa dengan ayah ni, nak cakap accident memang mintak penampar lah. Pakat dengan member anta motor untuk repair.
Tetap tak bagitahu ayah, saya bagitahu mak, apa lagi dapat lah bebelan maut dari mak. Lawan lagi bapak kau, nasib tak jadi apa apa kalau tak kan dah susah. Sudah lah badan kita sakit sakit, kena pulak bebelan lagi.
Bila dah besar ni, mak pulak dah tak da, tinggal lah ayah sorang je. Nak tak nak apa apa kena la berdiskusi dengan ayah. Ayah lah jadi pengganti mak. Teman borak bila balik kampung, tempat kaunter aduan masalah dan jadi bahan usikan saya.
Ayah ni sebenarnya, nampak je tegas, nampak je garang. Rupa rupa nya segala perihal kita dia ambik tahu dari kecik sampai lah ke besar. Segala perangai buruk kita, perangai baik kita, dia tetap ingat. Cuma jangan lah harap, kalau ayah kita jenis keras jenis garang tiba tiba nak suruh dia cakap ” I Love You My Son “.
Haa dapat lah, tapi dalam mimpi. Ayah ni brother, dia banyak pengalaman dan sentiasa penuh dengan nasihat. Benda yang dia dah hadap, benda dia dah buat, kalau boleh dia tak nak kita buat. Dia nak kita jadi lebih baik dari mereka.
Bila dah jadi ayah, barulah kita tahu betapa besar nya tangungjawab seorang ayah. Baru kita tahu, bukan mudah nak jaga keluarga. Betapa banyak benda seorang ayah akan fikir untuk anak nya.
Pesanan saya, segarang mana ayah kita masa kecik, setegas mana dia masa kita membesar. Sesibuk mana dia masa kita belajar. Dia tetap ada je dengan kita. Hargailah jasa ayah yang bersusah payah membesar kan kita.
Buang sikap kita yang apa apa ingat kat emak, beli hadiah ingat kat mak, kita ubah untuk ingat kedua dua sekali. Tiada ayah tiadalah kita di dunia. Kasihi mereka, santuni mereka selagi Allah pinjamkan mereka kepada kita.