
Aura sambutan Hari Kebangsaan ke 65 tahun ini begitu hebat! Bahkan kehadiran orang ramai pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, dikatakan melebihi jangkaan apabila lebih 100,000 orang.
Sambutan bukan sahaja diadakan di Kuala Lumpur namun seluruh negara bagi meraikan sambutan hari kemerdekaan.
Acara perarakan daripada unit beruniform adalah antara yang menarik perhatian ramai termasukan dari Jabatan Bomba.
Segak dan teratur melangkah ketika perarakan membuatkan orang ramai kagum dengan unit ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Namun siapa sangka kejadian lucu secara sepontan yang berlaku semasa perarakan di Terengganu. Sebahagian ‘abang’ bomba kelihatan keluar barisan apabila melihat Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI).
Ustaz Azhar Idrus yang kelihatan terkejut tidak menyangka beberapa orang bomba sanggup berhenti dan swafoto bersamanya.
Kelihatan ada yang mencium tangan dan memeluk penceramah ini. Tidak lama berada di situ, anggota bomba terus berlari memasuki kembali perarakan.
“SAYANG MEREKA PADA ULAMA.”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa terhibur melihat gelagat mereka. Antara komen netizen adalah seperti berikut:
“Insan yang menghormati ulamak.. terbaik abang bomba.”
“Hahaha… adoii abg Bomba lawak sungguh..sayang mereka dekat ulama’
“Steady UAI bersila ja tengok perbarisan.”
“Meraikan ulamak..aku minat sangat dengan UAI ni..semoga ada rezki berjumpa dengan UAI.”
Sumber: Adi Putra
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Selalu Cium Ibu Supaya Baunya Melekat Dalam Ingatan, Takut Hilang Bau Itu.” Sayunya Luahan Chef Wan Ni. Sebak!

Siapa yang tak kenal dengan selebriti dan tukang masak tersohor, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan. Keletahnya ketika memasak cukup menghiburkan.
Bukan itu sahaja, Chef Wan juga cukup terkenal seorang yang sangat penyayang dan sentiasa menjaga kebajikan orang yang disayanginya terutama sekali ibunya.
Tidak hairanlah, di dalam lama instagramnya penuh dengan kisah dia dan ibu dengan pelbagai cerita. Ada yang melucukan tak kurang yang menyentuh hati.
Terbaru, Chef Wan berkongsi beberapa video bersama ibunya yang dilihat menyapu losen sambil menonton tv. Noraini Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Che Ani dijaga sepenuh masa oleh Chef Wan.
Dah tua ini semua mula kering dan gelebeh..
Tak usah kata emak…kita sendiri pun dah mengelebeh!
Its the law of gravity!😂😂😂
Putih gebu kulit emak ni…
Berhutung saya semasa hidup boleh saya jaga makanan minum ibu saya mau pun sapu2 kan cream mositurisor ini for her.
Jujur mengakui, setiap hati dia akan memeluk dan mencium ibunya.
Satu hari entah berapa kali saya peluk dan cium ibu saya these days.
Pagi kena cium…lepas makan kena dakap to put her to bed for a nap mau pun to put her to sleep.
I am sure esok bila emak tak ada lagi mesti saya merinduinya amat sangat.
Each time i kissed her i kept cium dahi dia lama supaya my brain can register bau ibu saya ini.
Saya takut kehilangan bau itu.
Bila esok Ibu tak ada lagi harap2 saya masih boleh bau ibu saya ini sesekali untuk mengubati rindu saya nanti.
View this post on InstagramA post shared by chef wan (@_chefwan58) on
Perkongsian tersebut menyebabkan ramai yang tersentuh hati dan sebak mendengar pengakuan Chef Wan.
Sumber: IG _chefwan58
Jangan Mengumpat Pasangan Depan Anak, Elak Persepsi Buruk Terhadap Ibu Bapa

Hubungan suami isteri bukan sekadar saling memahami, tetapi juga menjadi teladan terbaik untuk anak-anak. Namun, tanpa kita sedar, kadang kala perasaan tidak puas hati terhadap pasangan terlepas dalam bentuk kata-kata negatif di depan anak-anak. Perkara kecil seperti mengeluh atau mengumpat pasangan boleh memberi kesan besar kepada cara anak-anak memandang ibu bapa mereka.
Kata-kata seperti, “Bapak kau ni pemalas!” atau “Mak kamu menyusahkan betul,” mungkin nampak ringan, tetapi sebenarnya ia menggugat rasa hormat anak terhadap ibu bapa. Bila anak-anak sering mendengar kritikan sebegitu, ia membentuk persepsi buruk yang kekal hingga mereka dewasa. Lebih buruk lagi, ia boleh menyebabkan hubungan yang renggang dan hilangnya rasa kasih serta hormat dalam keluarga.
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh saudara Khairul Nadzir perlu kita ambil peduli untuk kesejahteraan rumah tangga.
MENGUMPAT DI BELAKANG PERIHAL PASANGAN DEPAN ANAK-ANAK
“Saya dengar dengan telinga saya sendiri tuan, saya balik dengan penatnya, isteri saya suruh anak-anak masuk bilik sambil cakap ‘binatang tu dah balik’!”
Sambil berkaca matanya bercerita.
Saya tak tahu apa yang berlaku antara dia dan isteri, tapi masih terngiang ceritanya walaupun dah bertahun kisah ini berlaku.
Kita tak sedar, kadang kala kita ini ter’mengumpat’ dengan anak-anak di belakang suami atau isteri. Padahal benda kecik je. Tapi anak-anak akan ingat sampai bila-bila walaupun dalam usia kecil terhadap ‘umpatan’ di belakang.
“Aish, mak kamu ni, menyusahkan betullah”
“Itulah perangai bapak kau, pemalas!”
“Jangan jadi macam mak kau tu, comot!”
Perkataan yang tanpa sedar, kita sebut depan anak-anak, tapi tidak diketahui oleh sang suami atau isteri.
Anak-anak ambil perkataan ini sebagai ‘judge’ kepada ibu ayahnya, dan tak sedar, anak-anak hilang respect perlahan-lahan sampai mereka besar, dan tiada masalah untuk merasa hina terhadap kita sebagai makayah, maka, biadab adalah intonasi yang jadi kebiasaan kepada kita daripada anak-anak.
Nauzubillah.
Saya banyak belajar dengan orang keliling terutama isteri saya, apa yang nak disebut dengan anak-anak ketika pasangan tiada bersama untuk bekerja atau sewaktu dengannya supaya anak-anak kita boleh tahu erti kemuliaan kepada ibu ayahnya.
Buatlah 5 ‘skrip mengumpat’ di belakang pasangan kita ni depan anak-anak, insyaAllah tanpa sedar, walaupun kita jarang dengan anak, anak mampu jadikan kita ni hero/heroin di mata mereka.
1. Selalu sebut ayah/ibu tiada di rumah sebab apa.
“Ayah pergi kerja, nak bawak balik rezeki”
“Ibu pergi berniaga, sebab nak tolong ayah”
“Ayah keluar lama-lama, sebab ayah pergi tolong orang/ dakwah,”
“Mak keluar dengan kawan-kawan, sebab nak rehat kejap, kan ibu dah lama dengan korang,”
Nampak simple, tapi anak tahu pasangan kita keluar rumah ada tujuan yang jelas. Elakkan guna ayat-ayat yang anak kita ada soalan kedua, contohnya, pergi meeting, dan pergi jumpa kawan atau lain2. Anak kita tak sampai lagi level kena tahu benda-benda ni. Biar kita sebagai pasangan je simpan.
2. Sebut timeline waktu balik pasangan.
“Ayah/mak kau kalau dah jumpa kawan, tak reti balik!”
“Ayah/mak kamu mana reti balik bila dah kerja, tak payahlah tunggu!”
“Ayah/mak kau kalau dah keluar, jalan balik rumah pun lupa!”
Boleh bayang tak apa yang anak akan proses dalam otak bila pasangan sebut begini?
Kita tak puas hati pada pasangan tu satu hal lah. Tapi janganlah drag anak kita sekali utk bencikan ibu ayah mereka sendiri.
Sebutlah, contoh..
“Ayah/mak keluar sekejap dengan kawan-kawan tu, nanti baliklah,”
“Ayah/mak keluar 2-3 hari je tu.”
3. Puji penampilan dan sikap positif pasangan depan anak-anak
“Cantiknya anak ayah pakai tudung, macam mak laaa,”
“Sihatnya anak umi, macam abinya’”
“Along ni rajinlah, macam abi,”
“Adik ni sopan je, macam umi,”
Perkataan yang kecil, tapi impaknya teramat dahsyat, terutama sekali kepada anak perempuan.
Tanda-tanda anak-anak tak boleh jadikan ibu ayahnya sebagai hero/heroin hidup mereka, apabila pasangan gagal bercerita hebatnya ibuayah mereka daripada kita sendiri. Tak sedar kita selalu ‘ejek’ pasangan depan anak-anak dengan bentuk fizikal, rupa paras, sikap dan tingkahlaku yang negatif, sehingga anak-anak berani ‘ulang’ perkataan itu depan orang ramai. Buanglah benda ni. Rugi untuk kita sekeluarga.
4. Selalu rasionalkan anak, apabila pasangan kita buat sesuatu pada anak.
“Along kena tahu kenapa abi marah, sebab apa yang along buat tu salah,”
“Abi bawak awak makan-makan ni sebab, nak hargai umi yang banyak jaga awak semua,”
“Adik cuba tengok umi, penat tak? Sebab umi nak bagi yang terbaik pada adik”
Siapa lagi yang nak jadi backup besar kepada kita kalau bukan pasangan kita sendiri. Jangan manipulate situasi depan anak-anak untuk dilihat ‘sayang sebelah pihak’ kalau pasangan kita buat sesuatu pada anak, apatah lagi dalam situasi menghukum anak oleh salah seorang daripada pasangan.
5. Ajar anak bacakan doa dan al fatihah untuk makayah dia secara kerap jika berjauhan.
Saya rasa inilah asas paling besar dalam memastikan kita beri perkataan yang terbaik pada anak ketika pasangan kita berjauhan atau berada di ‘belakang’ kita. Seawal usia kecil dah diajar untuk doakan ibu bapanya. Bukan hanya bila dah tiada, baru nak dibacakan doa, kerana hati kita ini ada pemilik-Nya.
Bila tidak berdepan dan bersua, yang mengikat kita ini hanyalah Allah. Tanamkan anak-anak kita ni dengan ikatan yang paling mulia, iaitu doa kepada Allah. InsyaAllah, pandangan sakinah dan mawaddah sentiasa akan terbit walaupun berjauhan, dan insyaAllah juga hati ini akan tidak tergamak berkata yang buruk-buruk di depan anak terhadap pasangan kita.
Begitulah . So, silalah mengumpat yang baik-baik ye pada pasangan kita di depan anak
Sumber: Khairul Nadzir
Covid 19 Melonjak Naik, Tular Contoh Surat Cutikan Anak. Tarik Perhatian Ibu Bapa.

Sejak beberapa hari yang lalu angka peningkatan kes telah meningkat dengan mendadak. Hari ini pada 5 Oktober sebanyak 432 kes telah mengakibatkan mula rasa gelisah dan melahirkan rasa kebimbangan. Situasi ini juga turut terkesan kepada ibu bapa yang risau akan keselamatan anak-anak ketika di sekolah.
Viral kini, di media sosial, apabila sepucuk surat contoh untuk merehatkan anak-anak buat sementara waktu dari menghadiri seisi persekolah. Kepada yang ingin berbuat demikian boleh merujuk surat untuk dijadikan panduan. Walaupun pihak kerajaan mengatakan kes masih terkawal, tidak salah untuk para ibu bapa bertindak berjaga-jaga daripada sebarang jangkitan. Bak kata perpatah, mencegah lebih baik mengubati.
Ni haa contoh surat rehatkan anak2 di rumah. Kes hari ni sahaja 432 kes baru.
Wpun KPM x umumkan pentupan sekolah tapi akak sebagai guru akak dah cutikan anak2 di rumah. Sbb akak tahu murid di sekolah rendah 85% memang langsung x patuh SOP .
Bayangkan murid sekolah rendah mana mungkin tak bergerak dalam masa 10minit, tambah lagi yg alatulis x lengkap pinjam pembaris, pemadam, pensel warna rakan, wpun setiap hari peringatan dibaca di corong pembesar suara
Semoga Allah memelihara keluarga dan keturunan kita, saudara mara, sahabat handai serta seluruh umat Islam dari waba dan bahaya.
Kredit to: Tengku Zuljack