Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!

Share

Setiap hari rasanya ada sahaja kita beli air mineral dan botolnya dibuang begitu sahaja. Paling tidak pun mungkin ada yang kumpul untuk dikitar semula.

Jadi apa kata jika ada banyak botol-botol tersebut di rumah, ada baiknya anda buat projek tanaman sayur seperti idea yang dikongsikan oleh Amb Jerome ini.

Difahamkan daripada perkongsiannya di Group Berkebun D Ruma, ujarnya idea menggunakan botol ini timbul gara-gara rasa sayang hendak buang botol mineral 1.5L, lalu dikumpul untuk dijadikan bekas menanam sayur.

Diharapkan dengan kaedah ini dapat juga kita berjimat belanja dapur. Tambah-tambah lagi dengan kenaikan harga sayur yang melambung tinggi kini, wajar untuk kita menanam sendiri daripada membeli.

Projek Tanam Sayur Dalam Botol

“Tuaian pertama sayur bayam merah. Sejak PKP 2 bulan ni saya mula tanam sayur dalam botol 1.5L. Sayang betul nak buang botol-botol ni.”

Selain itu turut ditanam kangkung, bayam putih, bayam merah. Projek Sayur dalam Botol 1.5L

Keistimewaan tanam sayur dalam botol adalah antaranya mudah dijaga, senang letak baja, mudah disiram dan mudah untuk merumput.

Ini first batch saya try tanam. Saya semai benih terus dalam botol tapi terlalu banyak. Saya terpaksa cabut dan pisahkan letak di dalam botol yang lain.

Untuk penggunaan baja pula, saya gunakan baja daun. Beli di kedai. Saya pakai baja AB leafy juga.

Manakala untuk medium tanah, saya gunakan tanah merah campur tanah kompos. Setiap pagi dan petang siram dan selang 3 hari siram dengan baja AB.

 

Ekstra info : Cumanya kalau dalam botol, akarnya jadi penuh dalam botol. Macam tak sesuai lama-lama di situ. Bila tiba masa dituai perlu dicabut sekali dengan akar-akarnya.

Manakala netting berwarna biru tu, dipasang bertujuan untuk elak kupu-kupu atau rama-rama hinggap waktu petang untuk bertelur. Kalau bertelur, habis la ulat makan

Semoga bermanfaat.

 

 

 

Sumber : Amb Jerome