“Sayang, Cantikkan. Mimpi Jadi Kenyataan..”Kapsyen Sweet Suami Hadiahkan Plat Kereta Khas Buat Abby Abadi

Share

Manisnya sebuah perkahwinan, apabila pasangan saling sayang menyayangi. Malah, suami pula sering memberikan tanda-tanda kasih sayang yang tidak bebelah bagi kepada isteri. Termasuk memberikan hadiah istimewa kepada isteri.

Sebagaimana yang dilakukan oleh Faizal Zakaria iaitu suami pelakon drama Gerak Khas, Abbay Abadi, yang memberi kejutan dengan menghadiahkan nombor plat kereta bertulis nama ‘Abby Abadi’.

Menerusi perkongsian Faizal di laman sosial Instagram miliknya telah muat naik coretan hatinya dengan melahirkan rasa gembira dengan plat istimewa buat isterinya.

Sayang, cantikkan, mimpi jadi kenyataan,” menerusi kapsyen yang ringkas namun penuh makna.

Manakala, para peminat Abby Abadi, turut menyatakan rasa gembira dengan hadiah istimewa itu.

Pasangan serasi ini ini telah mendirikan rumah tangga  pada 14 Ogos 2015. Moga bahagia till jannah.