Fasha Sandha baru-baru ini telah mengadakan sambutan majlis hari jadi buat anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma yang kini sudah genap usia 7 tahun.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan memuat naik perkongsian tersebut menerusi laman instagramnya.
“My seven 7.11 baby, Cinta hati ibu, my BFF Rasa macam cepat sangat sayang ibu besar
I love you sweetheart, Semoga membesar menjadi anak yang baik dan solehah ya sayang.
“Kita buat majlis sederhana ya sayang, asalkan sayang ibu happy. Terima kasih family dan teman rapat Jemyma untuk doa, hadiah dan ucapan.
“Happy birthday sayang ibu I love you babygirl @putrirayshajemyma #jemymaturns7 Esok ibu sambung letak gambar n video k @putrirayshajemyma,” tulis ibu kepada tiga cahaya mata ini menerusi kapsyennya.
Majlis berlangsung meriah dengan konsep pyjamas, kanak-kanak yang hadir memakai set pyjamas yang sangat comel.
Namun,apa yang mencuri tumpuan adalah kehadiran anak pertama kepada pelakon Nora Danish iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang turut meraikan majlis tersebut.
Di Dalam majlis tersebut kelihatan Jemyma begitu manja Dan rapat dengan Rayqal. Sehinggakan selamba berada dalam dukungan abangnya itu.
Ads
Rata-rata memuji hubungan baik yang terjalin di antara kanak-kanak itu sejak dahulu lagi.
lolimaria19 Ya Allah byk nya kasih syg dlm pic ni❤️❤️❤️
ernaizzureenAdik manja abang Rayqal betul ya Jemaima ni so cutee peluk je abang dia😍
ainaaairaofficialso cute adik peluk abgnya 😍 mcm kita laa , totally ada 16adik beradik 1ayah 3mak berlainan 🥰 kami semua rapat , susah senang bersama , dan sy paling bongsu anak ker 16 😂 allhamdulillah
jamila_zahrat93Loveee sgt semua pic atas ni, so much in love ❤️❤️❤️
puteri_bayasayang betul dia pd abang nya..tak lepas2 peluk..comel
shifameriamSayang betul @fashasandha dgn Rayqal 😍 Sweet sangat anak @noradanish very loving! Abang sulung yg sayangkan semua adik beradik dia 😭 I is terharu
aishacik78Alhamdulilah. Baik adik beradik ni walau berlainan ibu. Itulah sebaiknya. Alhamdulilah
Sering kali kita mendengar, ramai ibu bapa mengadu anak-anak payah untuk mendengar kata dan ini cukup merunsingkan fikiran.
Malah tidak dengan itu ada juga yang berdepan dengan pasangan yang sering bertengkar dek kerana kerasnya hati.
Lantas selain usaha untuk menjadikan hubungan kekeluargaan menjadi harmoni, kuasa berdoa jangan dinafikan.
Jadi bagaimana cara yang harus dilakukan agar setiap hati di dalam keluarga kita bersifat lemah lembut dan membahagiakan?
Ikuti perkongsian ini.
Doa Paling Cepat Untuk Lembutkan Hati Seseorang.
Cara 1
Sebelum tidur pejamkan mata sekejap, bayangkan orang tu di hadapan kita sambil sebut namanya sebanyak 3 kali, lalu terus doa begini,
“Ya Allah, aku maafkan dia, Engkau lembutkan hati dia Ya Allah, dan aku sayangkan dia kerana Allah swt”.
Cara 2
Setiap pagi, baca kan Al-Fatihah pada orang tersebut, sebut namanya, dan doakan khusus untuk dia. Semoga dengan doa Al-Fatihah itu akan sampai terus ke hatinya. Dengan Izin Allah hatinya akan lembut.
Cara 3
Doa ini pernah dibaca oleh Rasulullah saw kepada Saidina Umar Al-khattab untuk memeluk agama Islam.
Baca sebanyak 19 kali dan sebut nama orang tersebut, InshaaAllah dengan izinNya hati seseorang itu akan lembut.
Allahu lateefun biibadihiyarzuqu mai yasha’, wahuwalqawiyyul a’zeez.
Maksudnya:
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Jom kita sama-sama sayang menyayangi antara satu sama lain. Elakkan rasa dendam, musuh kita pada seseorang. Maafkan saja orang itu, dan Lia berdoa agar hubungan silaturrahim tu InshaaAllah akan bertambah lebih baik.
Semoga 3 cara ini bermanfaat buat anda semua.
P/S : Sayangilah seseorang kerana Allah dan yakin Allah akan membuatkan sayang itu kekal selama-lamanya.
Tercari-cari menu sayuran apa yang ingin dihidangkan kepada keluarga, apa kata sediakan sahaja kerabu Daun Selom ini. Bukan sahaja mudah disediakan dan apa yang penting rasanya juga cukup menyelerakan dan kaya dengan khasiat.
KERABU DAUN SELOM
Bahan-bahannya :
2 ikat daun selom
300 gm kelapa parut (putih saja) – disangai
5 ulas bawang merah – dimayang
4 biji cili padi
100 gm udang kering
4 biji cili merah
300 gm tauge
2 biji limau nipis – diambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara penyediaan:
Cili merah dan cili padi dikisar, airnya ditapis dan dibuang.
Gaulkan daun selom, udang kering serta kelapa parut yang telah disangai dan dikisar.
Kemudian masukkan bawang merah yang telah dimayang, cili padi dan cili merah yang telah dikisar serta jus limau nipis.
Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan.
Kreadit : Resipi dibawakan dari FAMA dengan kerjasama Chef Anuar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini sudah pastinya menjadi kejadian yang tidak dapat dilupakan terutama bagi mangsa yang melalui bencana ini.
Ramai yang kehilangan dan kerosakan harta benda. Ia termasuk naskah Al-Quran. Banyak yang ditemui dalam keadaan rosak dengan disaluti lumpur dan basah.
Meninjau di socmedia ada warganet bertanya mengenai kaedah yang terbaik untuk melupuskan Al-Quran yang sudah rosak.
Nak tahu lanjut mengenai persoalan ini ikuti sebagaimana yang dinyatakan oleh laman web rasmi pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ini
Bagaimanakah kaedah pelupusan al-Qur’an yang rosak akibat banjir seperti yang melanda di sebahagian negeri-negeri di Malaysia baru-baru ini?
Alhamdulillah, segala puji bagi-Nya yang telah mengurniakan kepada kita nikmat. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kemudian.
Sebelum saya melebarkan jawapan ini, marilah sama-sama kita menginsafi apa yang berlaku berkenaan dengan banjir atau bah besar yang melanda pada sebahagian Negara kita seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perak, Kedah, Perlis dan Sabah. Walaupun begitu, sifat sabar, redha dan menghulurkan bantuan samada wang ringgit, harta benda bahkan tenaga bertali arus oleh semua pihak. Usaha seperti ini sewajarnya dipupuk dengan lebih baik lagi.
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (Surah al-Hijr ayat 9)
Sebenarnya persoalan ini pernah kami jawab secara umum dalam Irsyad Fatwa ke-12 yang lalu. Walaupun begitu, pada kali ini saya akan tafsirkan dengan lebih terperinci. Para ulama’ telah khilaf bagaimana cara melupuskannya kepada dua pendapat.
Pertama : Mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat hendaklah digali tanah dan ditanam di dalamnya.
Seperti ulama’ Hanafi antaranya al-Haskafi berkata : “Mushaf apabila berada pada keadaan yang mana kita tidak mampu membacanya lagi hendaklah ditanam sebagaimana keadaan orang Islam yang mati”. Lihat al-Durr al-Mukhtar 1/191. Sahib al-Hasyiah memberi komentar dengan berkata : “Diletakkan perca kain yang bersih yang diletakkan di dalamnya (al-Qur’an yang rosak) kemudian ditanam di tempat yang tidak dihina dan dipijak.”
Al-Buhuti, seorang ulama’ dalam mazhab Hanbali berkata : “Jika sekiranya mushaf telah basah atau lupus, hendaklah ditanamnya secara nas. Imam Ahmad menyebut bahawa Abu al-Jawza’ telah basah mushafnya lantas digali lubang pada masjidnya dan ditanamnya.” Lihat Kasyaf al-Qina’ 1/137.
Syeikh Muhammad bin Ibrahim Al al-Syeikh (mantan Mufti Besar Arab Saudi) berpendapat, cara yang paling sahih ketika luput sebahagian kertas mushaf ialah dengan menanamnya di masjid. Jika tidak boleh maka ditanamnya di tempat yang bersih lagi suci dan harus juga membakarnya. Lihat al-Fatawa 13/84
Kedua : Mazhab Maliki dan Syafi’i berpendapat, hendaklah dibakar.
Hujah bagi pendapat yang kedua ini adalah berdasarkan tindakan Saidina Uthman yang memerintahkan untuk membakar mushaf yang lain yang berbeza dengan mushaf yang ditulis, dan perbuatan tersebut telah disaksikan oleh ramai Sahabat. Kisah ini telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya no. 4988. Mus’ab bin Sa’d berkata :
“Aku mendapati ramai orang yang mana menyaksikan peristiwa arahan Saidina Uthman supaya mushaf-mushaf yang lain dibakar. Perbuatan tersebut menjadi kehairanan bagi mereka tetapi tidak seorang pun dari kalangan mereka mengingkarinya.” Diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Abi Daud dalam bukunya Kitab al-Masahif halaman 41.
Ibn Battal berkata : “Perintah Saidina Uthman supaya membakar semua mashaf ketika dihimpunkan al-Quran menandakan keharusan membakar kitab-kitab yang terpada padanya Asma’ullah (nama-nama Allah). Yang demikian, sebagai kemuliaan baginya dan pemeliharaan daripada dipijak dengan kaki serta dicampakkannya pada mana-mana tempat.” Lihat Syarah Sahih al-Bukhari 10/226.
Imam al-Suyuti berkata : “Apabila perlu kepada melupuskan sebagian kertas mushaf dengan sebab basah atau rosak, maka tidak harus diletakkannya pada mana-mana tempat sekalipun tinggi kerana boleh jadi akan jatuh dan dipijak. Begitu juga tidak harus mengoyaknya kerana memisahkan huruf-huruf dan kalam tersebut.
Justeru, kalau dibakarnya dengan api, maka tidak mengapa. Ini kerana perbuatan Saidina Uthman yang membakar semua mushaf dan tiada seorangpun yang mengingkarinya.” Lihat al-Itqan fi Ulum al-Qur’an 2/1187 Tarjih
Menanam atau membakat adalah harus
Selepas meneliti dua pandangan di atas samada menanamnya atau membakarnya, saya melihat bahawa adalah diharuskan kedua-duanya kerana ia bermatlamat untuk memuliakan al-Qur’an atau mushaf.
Walaupun begitu, saya lebih cenderung kepada hujahan mazhab Syafi’i dan Maliki yang memilih dengan cara membakar. Perbuatan sahabat seperti Saidna Uthman yang merupakan ijtihad daripadanya dan juga selepas itu tidak diingkari oleh mana-mana sahabat menjadi hujah yang kuat kepada perbuatan tersebut untuk mengharuskan pembakarannya.
Ini kerana ianya memang rosak disebabkan banjir dan alangkah baiknya selepas itu, debu yang berbaki, ditanam kerana mengambil pendapat yang pertama dari mazhab Hanafi dan juga Hanbali.
Alhamdulillah, mutakhir ini telah wujud alat yang moden dalam menghancurkan kertas sehingga menjadi seperti debu atau serpihan halus dan tidak kekal lagi walaupun kalimah dan huruf secara zahir. Kemudian ianya dibakar pula dan kemudian ditanam, maka sudah tentu lebih selamat dalam memuliakan al-Qur’an daripada dihina atau dipijak.
Begitu juga terpakai dalam isu ini berkenaan dengan nama-nama Allah, kitab-kitab hadith atau kitab-kitab agama yang mengandungi nama Allah yang hendaklah kita muliakan di mana cara pelupusannya dibuat sebagaimana dilupuskan mushaf seperti di atas.
Semoga jawapan ini menyelesaikan isu dan kemelut berkenaan dengan pelupusan mushaf yang rosak atau yang tidak mungkin dapat dibaca lagi dengan sebab ditenggelami air dalam tempoh masa yang tertentu. Wallahua’lam.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...