Setiap anak mahukan ibu bapa mereka sentiasa sihat dan berada dalam keadaaan baik. Namun apabila usia semakin meningkat memang tak lepas dari pelbagai penyakit.
Namun sebagai anak haruslah selalu mengambil berat akan masalah kesihatan orang tua. Demikian dengan pelakon Gerak Khas, Abby Abadi yang selalu berkongsi kisah ibu bapanya.
Jika sebelum ini dia memuat naik tentang ayahnya, kali ini Abby bercerita mengenai tahap kesihatan ibunya. Perkongsian tersebut nyata menyentuh hati netizen.
“Mak… Saya usahakan Mak saya supaya terus solat dan Alhamdullillah, Mak kuat.
“Saya mandikan Mak, bagi makan ubat, inject, insulin, buatkan air, suap makan dan paling penting jagakan solat Mak.
“Saya bagitau Mak, tak dapat buat yang sunat, 5 waktu tu je suruh Mak jaga. Sebab itu yang pertama Allah akan tanya nanti Mak. Mak dengar je…
“Dan saya harap Allah kuatkan lagi kefahaman Mak tentang agama. Amin. Sayang Mak sangat!” tulis Abby di ruangan kapsyennya di instagram.
Rata-rata memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada Abby supaya bersabar dan selalu mengambil berat akan kesihatan ibunya.