“Saya Tunggu 2 Jam..”- Ibu Ni Kecewa Tak Boleh Buka Akaun Bank Sebab Status Suri Rumah

Share

Siapa sahaja yang sabar menunggu di kaunter bank hingga 2 jam, namun bila sampai giliran tidak boleh pula meneruskan urusan dengan alasan memegang status suri rumah.

Inilah situasi yang dikongsikan di dalam satu klip video di TikTok, di mana suri rumah tersebut yang menggunakan akaun Ana_Nokcili menjelaskan, dirinya begitu kecewa apabila menunggu lebih dua jam di bank tersebut namun pihak bank memaklumkan ‘suri rumah’ tidak boleh membuka akaun.

Menurutnya, itu bukan kali pertama dia datang ke bank tersebut tetapi sebelum ini pernah pergi ke bank yang sama untuk bertanyakan adakah surirumah boleh membuka akaun bank di sana.

Ibu ini juga turut menjelaskan bahawa sebelum ini pihak bank memberi tahu bahawa suri rumah boleh membuka akaun dengan syarat membawa beberapa dokumen sokongan seperti slip penyata gaji suami, bil telefon, ic dan dokumen lainnya.

Oleh yang demikian dia bersungguh-sungguh menyediakan keperluan dokumen tersebut dan datang sekali lagi untuk urusan pembukaan akaun bank.

Baca artikel menarik lain di sini:

 

Terpaksa Tunggu 2 Jam

Pun begitu, apa yang lebih menyedihkan hatinya setelah menunggu giliran di bank tersebut hampir 2 jam lamanya, pegawai bank maklumkan dia tidak boleh membuka akaun bank disebabkan statusnya sebagai seorang suri rumah.

Akibat terlalu kecewa, ibu ini menangis dan tueut menegaskan bahawa suri rumah juga ada maruah dan mempersoalkan kenapa pihak bank menyuruhnya menyediakan pelbagai dokumen di awal kunjungan di bank tersebut sedangkan suri rumah tidak dibenarkan membuka akaun bank.

“Saya datang kali kedua dengan menyediakan dokumen yang diminta kemudian mereka kata tidak boleh dengan alasan status saya sebagai seorang suri rumah.

“Saya tunggu dua jam, sampai sahaja giliran saya pihak bank kata tidak boleh. Kenapa sebelum ini tidak diberitahu memang tidak boleh membuka akaun.

“Kali pertama saya sudah tanya di kaunter, kenapa daripada awal pihak bank tidak cakap yang memang suri rumah tidak boleh buka akaun bank. Ini adalah kali kedua saya datang, maksudnya saya boleh buka akaun.

“Saya tidak pernah rasa kecewa begini, saya sudah sediakan penyata gaji suami dan bil telefon. Sepatutnya dari awal lagi pihak bank jelaskan yang suri rumah memang tidak boleh buka akaun bank,” jelasnya.

@farhanah_said♬ original sound – Ana_Nokcili

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Jika berminat untuk sertai Mari Mewarna sila DAFTAR DI SINI