Tragedi rumah terbakar di Kampung Teluk Pelandok hingga menyebabkan ‘pergi’nya salah seorang anak bongsu di dalam keluarga, benar-benar meruntun hati. Kehilangan orang tersayang bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui, apatah lagi saat ahli keluarga sama-sama melalui tragedi dan ketika itu tidak dapat menyelamatkan keadaan.
Ini diceritakan semula oleh adik Khalish Azidie Fadzly yang berasa sedih kerana tidak sempat menyelamatkan adiknya di dalam kejadian tersebut. Ini sebagaimana yang dilaporkan H.Metro.
Menurutnya, “Kejadian berlaku sekelip mata, saya tidak sempat cari adik,” kata Umar Khalish Azidie Fadzly, 10, yang kehilangan adik bongsunya, Yusuf Khalish, 3, dalam kebakaran rumah mereka di Kampung Teluk Pelandok, Batu 12 di sini, semalam.
Menurutnya, sebelum kejadian, dia tidur di ruang tamu bersama seorang lagi adiknya, Arman Khalish, 8, dan hanya menyedari berlaku kebakaran apabila terasa bahang panas.
Katanya, dia menjerit ‘rumah terbakar’ sekuat hati yang mengejutkan Arman Khalish; ibu mereka, Marlia Junaidi, 36; nenek, Khalsum Bakri, 67; dan datuk, Junaidi Abd Ghani, 63, yang menghidap angin ahmar.
Ads
“Apabila sudah keluar, saya lihat Yusuf tiada dengan kami dan ketika itu baru sedar dia masih di dalam rumah.
kredit : Metro
“Tak dapat nak buat apa-apa kerana api sangat marak dan hanya tunggu bomba sampai,” katanya yang pilu dengan pemergian Yusuf Khalish dan akan merindu keletah manja kanak-kanak itu.
Khalsum pula berkata, sebelum kejadian dia dan Marlia berada di dapur untuk memasak makanan tengah hari dan tersentak apabila mendengar jeritan cucu.
Ads
Katanya, mereka segera melihat ke ruang tamu dan nampak api sedang marak.
“Saya segera membawa keluar suami yang berada dalam bilik dibantu anak dan membawa bersama cucu. Malangnya arwah tiada bersama dan kami tidak sempat untuk menyelamatkannya,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Mohd Kamal Mohd Timar berkata, mangsa ditemui sempurna dan kelihatan seperti anak patung apabila ditutupi pakaian di dalam bilik.
Ads
“Kawasan bilik itu musnah tetapi mangsa tidak cedera atau melecur. Apabila pemeriksaan dibuat, dia disahkan meninggal dunia,” katanya yang tidak menolak kemungkinan mangsa lemas kerana asap.
Jenazah Yusuf Khalish akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Pelandok.
Seorang suami, bila dah berkahwin sememangnya kewajipan utamanya menyediakan tempat berlindung dan memberikan nafkah kepada isteri dan juga anak-anak. Nafkah tidak kira dari sudut makanan dan pakaian, mengikut pada kadar semampunya.
Bila disebut tentang kadar nafkah, baru-baru ini seorang pengguna laman Facebook, Puan Suriati Ghani ada berkongsi kisah di mahkamah syariah apabila seorang lelaki dikatakan hanya mampu memberikan nafkah sebanyak RM10 seminggu kepada isterinya.
Malah, difahamkan tuntutan nafkah tersebut juga tertunggak tetapi si suami sebaliknya mendakwa tidak mampu memberi jumlah yang dituntut si isteri memandangkan pendapatannya kecil.
Part membuat hujah di penghujung kes adalah tugas yang merumitkan, semua perlu di masukkan supaya dapat membantu Mahkamah memberi pertimbangan seadilnya dalam membuat keputusan.
Tuntutan nafkah tertunggak isteri, suami mendakwa pendapatan beliau kecil & tidak mampu memberikan nafkah sepertimana yang dituntut oleh isteri, hanya mampu memberikan RM10 seminggu untuk isteri.
Puan Suriati Ghani berpendapat seseorang individu lebih-lebih lagi lelaki yang mempunyai tubuh badan sihat seharusnya bekerja mencari pendapatan lebih untuk menampung keperluan diri dan keluarga.
Saya pernah berjumpa dengan seorang wanita/isteri yang lain, selain berniaga online, beliau turut membawa grab untuk menampung nafkah diri sendiri & anak-anak, terpaksa membuat lebih dari 1 pekerjaan kerana suami abaikan nafkah beliau & anak. Memang pada masa datang berjumpa saya, nampak keadaannya letih, baru selesai hantar pelanggan & terus datang jumpa saya untuk mengadu masalah. Katanya beliau pernah bawa grab hingga larut malam.
Jika orang lain boleh bekerja lebih masa untuk mencari pendapatan lebih untuk keluarga, tambahan pulak perempuan, kenapa lelaki yang sihat tubuh badannya tak boleh? Di mahkamah pun beliau mengaku beliau masih sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit.
Berikutan daripada itu, Puan Suriati Ghani mendoakan agar lelaki tersebut dimurahkan rezeki supaya dapat membayar tuntutan nafkah tertunggak isteri yang akan diputuskan kelak.
Hmm..didoakan semoga beliau dimurahkan rezeki selepas ini & dapat membayar nafkah tertunggak isteri yang akan diputuskan nanti.
Tanam jagung tepi rumah pun dapat hasil yang gred A. Jangan tak percaya, inilah yang dikongsikan oleh saudara Azuan Abdullah menerusi facebooknya.
Selain menggunakan ruang yang terhad, Azuan juga menggunakan pasu, tong cat dan juga tayar untuk tanam jagung. tapi hasilnya memuaskan hati.
Paling seronok dan puas bila dapat makan hasil fresh yang kita tanam sendiri. Bukan setakat segar, malah cantik dan tiada serangan perosak serta 100% bebas racun kimia. Sila kongsikan tips ini dengan jiran ya sebab mungkin ianya sangat berguna buat mereka.
“12 Steps Paling Mudah Tanam Jagung Tepi Rumah” Minggu lepas saya kutip jagung yang ditanam oleh Muhammad Aqeel. Aqeel anak kedua saya, usia baru 5 tahun. Aqeel tanam tak banyak, hanya 4 point sahaja. 1 point 2 biji benih. Tanam biji terus didalam petak tanaman. Hanya 5 pokok yang hidup. Walaupun 5 pokok, hasilnya sangat ohsem. Dapat 8 tongkol. Ada 3 pokok yang hasilkan 2 tongkol buah jagung. Yang paling bestnya, semua 8 tongkol tu gred A dan isi ketat – ketat. Aqeel tukang tanam je ya. Bila dah tumbuh, abahnya yang tolong jaga.
Ini tipsnya. 1. Tanam dalam petak tanaman guna tanah campuran. Nisbahnya 2 bahagian tanah + 1 bahagian pasir + 1 bahagian organik. 2. Tanam biji jagung secara terus. 2 biji benih untuk 1 point. Caranya tekankan biji benih hingga tenggelam lebih kurang 1 inci. Siram dengan sedikit air untuk lembabkan media. Aqeel tanam 4 point. 3. Semua benih (8 pokok) mula bercambah selepas 3 – 5 hari lepas tanam. Hanya 5 pokok sahaja yang nampak sihat, yang bakinya saya cabut. Ini salah satu kekurangan bila tanam secara terus. 4. Bila anak benih dah tumbuh, siram dengan air kosong setiap hari. Anggaran kuantitinya antara 200 – 500 ml setiap point. 5. Umur 10 hari dah boleh start siram air baja. Saya guna kaedah siraman. Guna larutan baja subur NPK Larut Air 18.18.18 + Mikro dengan kepekatan 2.0 mS. Siram lebih kurang 500 ml satu point. 6. Ulang langkah no 5 dua kali seminggu hingga pokok berusia 20 hari. Hari yang tak siram baja, perlu siram dengan air kosong paling kurang 1 kali sehari. 7. Kawalan serangga dan kulat juga perlu dibuat bermula umur pokok 10 hari. Saya guna racun organik buatan sendiri (bio pesticid + cuka kayu). Eloknya sembur pada awal pagi. 8. Ulang langkah no 7 dua kali seminggu hingga hasil boleh tuai. Kadang – kadang tu, seminggu sekali pun ada saya sembur.
9. Bila pokok umur 21 hari, siram 2 kali seminggu dengan air baja subur. 1 liter 1 point pada kepekatan 2.0 mS. Siram air kosong pada hari yang kita tidak siram air baja. 10. Ulang langkah no 9 hingga pokok berumur 30 hari. 11. Bila pokok berusia 31 hari, siram dengan baja strong @ NPK larut air 12.12.36 + mikro dua kali seminggu. 1 – 2 liter 1 point pada kepekatan 2.5 mS. 12. Ulang langkah no 11 hingga pokok dah boleh tuai. Biasanya antara 63 – 70 hari lepas tanam.
Kaedah ini saya telah uji tanam berkali – kali. Ada yang ditanam dalam pasu, tanam dalam tong cat dan ada juga tanam dalam tayar. Alhamdulillah hasilnya saya sangat puas hati, buah semua gred A dan isi pun penuh.
Penjagaan kulit wajah yang berterusan akan dapat memastikan wajah tiada masalah kulit dan nampak berseri.
Oleh itu, andai mahu mencuba petua yang telah lama diamalkan oleh masyarakat India ini, bolehlah dicuba.
Petua ini dikongsikan oleh Fatin dan dia telah pun amalkan sejak bertahun lamanya. Dan kini terbukti masker Homemade ini serasi dengan kulit wajahnya dan nampak hasilnya.
Untuk itu, dikongsikan cara penyediaan masker terbut untuk makluman bersama.
FLAWLESS KAN KULIT TANPA SKINCARE
BAHAN-BAHAN
1 1/2 sudu kunyit serbuk
1 sudu yogurt ( Perisa Asli )
1 sudu madu
Cara Buat :
1 – Sediakan bekas plastik yang korang dah tak sayang sebab nnt kunyit tu akan lekat warnanya.
2 – Masukkan satu persatu bahan tadi menggunakan SUDU PLASTIK . ( Sudu besi boleh hilangkan khasiat madu )
3 – Tak pun pakai je sudu yogurt tu .
4 – Gaulkan sampai sebati semua .
5 – Pastikan dia pekat dan tak menitik .
6 – Ratakan di muka guna belakang sudu .
Jimat tayah beli berus.
7 – Biar dalam 30 minit sehingga kering
8 – Basuh muka guna air suam & pencuci muka korang dan scrub muka terus ( amat digalakkan )
Tip : Sediakan towel muka yg korang dah tak sayang sebab nnt kena kesan kunyit
KELEBIHAN :
Kulit jadi cerah dan flawless
Glowing kan kulit
Sembuhkan jerawat
Kurangkan pigmentasi
Anti Aging (penuaan)
Kurangkan infection
Kulit rasa lembab je
Pulihkan dari surnbun ( terbakaq)
Kurangkan gelap bawah mata
Fatin dah amalkan setahun ++, seminggu 2 kali . Paling malas seminggu sekali .
SOALAN FAMOUS
” Tak jadi kuning ke muka tu nanti ? ”
YES, Muka kita akan jadi sedikit kekuningan . Tapi selepas beberapa jam saja . Sebabtu fatin galakkan scrub muka selepas tu . ” Berapa lama nak nampak kesan ? ”
Hmmm .. Tah la . Fatin tak kira pulak berapa lama . Tapi yang pasti selalu lah buat . Tiba2 orang dah tegur . EHFLAWLESS NYA KULIT !
Sebenarnya , petua ni dapat masa fatin sembang dengan satu UNTIE CLEANER (India) masa belajar dulu. Walaupun kulit dia gelap , tapi glowing gila kulit dia ! Sebijik jerawat pun tarak . So dia bagi petua ni .
Dia kata orang india memang dok amal benda ni . Lagi2 time dorang nak kawin . Dorang akan kerap buat untuk naikkan seri pengantin . So kita ni cuba lah sebab nak nampak seri pengantin tu setiap hari .
Fatin lebih suka amalkan petua lama berbanding guna skincare yang kita taktau isi dia apa .
Sumber : Fatin Amierah Zabri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Usahawan 36 tahun gigih duduki SPM demi cita-cita bergelar doktor. Demi merealisasikan impiannya dalam bidang perubatan, seorang usahawan berusia 36 tahun, Rusni Shafiya Ruslan, bertekad untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.