Kekeluargaan

“Saya Tidak Pernah Curang Walau Sesaat…” Jofliam Dedah Rumah Tangga Runtuh Angkara Fitnah

Share

Dalam perkembangan terbaru yang mengejutkan ramai pihak, usahawan terkenal Jofliam, yang dikenali dengan perniagaan pizza wagyu popularnya membuat pendedahan bahawa dia kini sudah tidak lagi ‘bersama’ Cik Epal.

Pengumuman ini mengejutkan ramai, apatah lagi Jofliam sendiri mengakui bahawa situasi ini adalah satu kejutan besar dalam hidupnya.

Dalam perkembangan terbaru yang mengejutkan ramai pihak, usahawan terkenal Jofliam, yang dikenali dengan perniagaan pizza wagyu popularnya, tiba-tiba membuat pendedahan bahawa dia kini sudah tidak lagi ‘bersama’ Cik Epal.

Pengumuman ini mengejutkan ramai, apatah lagi Jofliam sendiri mengakui bahawa situasi ini adalah satu kejutan besar dalam hidupnya.

Menerusi Instagram, usahawan itu membuat pendedahan panjang lebar setelah sehari dirinya ‘bukan lagi’ bersama isterinya, Cik Epal. Dia yang kini berada di Milan, Itali untuk pertandingan Top 100 Pizza memberitahu statusnya ‘saya dengan Cik Epal bukan lagi suami isteri’ telah menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Berikut sebahagian daripada tangkap layer di Instagram Story Jofliam.

“Saya tidak pernah curang walaupun sesaat dengan isteri saya dan juga saya sangat sayangkan anak-anak. 

“Fitnah ini bukan sekadar merosakan hubungan keluarga saya malah perkahwianan Dewi. Fitnah ini meruntuhkan dua masjid.”  Luah Jofliam

 

Kenapa saya tak bawa Cik Epal ke Milan? Sebab saya masih tak tahu status perkahwinan saya secara sah, akan diketahui bulan ini.

“Saya tak nak bawa dan kemudian bila balik Milan, announce benda yang tak sepatutnya sebab saya tak nak ada tohmahan yang katakan ini semua marketing.”

“Jadi saya disini adalah urusan kerja demi nama Malaysia di mata dunia.”

Terdahulu, Jofliam atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar menafikan mempunyai hubungan sulit dengan pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Dewi.

Bagaimanapun, keadaan rumah tangganya bertambah buruk apabila Jofliam mendakwa berlaku campur tangan darah dagingnya sendiri yang dikatakan cuba meracuni pemikiran isterinya dengan khabar angin berunsur fitnah.

Hingga ke saat ini, Jofli mendakwa terpaksa mempertahankan diri melalui hantarannya di media sosial kerana tiada lagi tempat yang boleh diluahkan segala-galanya.

Mari kita sama-sama mendoakan yang terbaik buat Jofliam dan rumah tangganya. Semoga segala konflik dan cabaran yang dihadapi dapat diselesaikan dengan penuh hikmah dan kasih sayang. Kita berharap agar hubungan mereka kembali utuh  serta dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan peribadi dan perniagaan.

Sumber: IG Strory jofliam

IKLAN