“Saya Tidak Akan Tergesa-Gesa Dalam Soal Hujung Minggu” – Sultan Johor
Menerusi hantaran Instagram rasmi officialsultanibrahim DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah bahawa Baginda tidak akan tergesa-gesa dalam membuat keputusan tentang cadangan Kerajaan Negeri untuk menukar semula cuti hari minggu negeri ini kepada Sabtu dan Ahad.
“Saya tidak ingin gopoh dalam membuat keputusan. Cadangan kerajaan itu akan saya teliti setiap sudut baik buruknya, dan pandangan semua pihak akan diambil kira serta diperhalusi. Tidak payah kecoh-kecoh atau dipolitikkan.”
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
“Buat masa ini saya mahu kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi negeri Johor serta kepentingan rakyat. Kerajaan Negeri boleh berikan apa jua cadangan kepada saya, dan saya akan mempertimbangkan sedalam-dalamnya sebelum memberikan apa-apa keputusan,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini (23 Ogos).
Justeru, Tuanku Sultan Ibrahim bertitah agar semua pihak tidak mengeluarkan sebarang spekulasi atau membuat gesaan supaya satu keputusan diumumkan secepat mungkin.
“Saya akan buat pengumuman apabila saya berpuas hati dan cukup yakin keputusan yang diambil itu adalah yang terbaik untuk negeri Johor,” titah Baginda.
Ads
Gambar sekadar hiasan
Bermula 1 Januari 2014, DYMM Sultan Ibrahim telah mengubah cuti mingguan negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu, sebagai penghormatan kepada hari Jumaat selaku penghulu segala hari dan pengiktirafan Agama Islam sebagai agama Negeri Johor.
Perubahan itu sebenarnya mengembalikan semula cuti hujung minggu asal (Jumaat-Sabtu) yang telah dilaksanakan dalam Negeri Johor sejak sekian lama sebagai sebuah Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Negeri Johor hanya melaksanakan hujung minggu Sabtu dan Ahad bermula tahun 1994 apabila ia ditukar semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Besar.
Pelakon Yana Samsudin memuat naik satu berita sedih selepas adik lelakinya, Muhammad Fahmi Harith Samsudin menghembuskan nafas terakhirnya petang semalam. Berita tersebut dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, yana memberitahu bahawa adiknya baru ingin merasa nikmat sebagai seorang bapa.
Innalillahwainalillahirojiun… lately ni bila baca berita orang meninggal dan ziarah orang meninggal.. rasa terlalu sayu.. sampai rasa nak elak pun ada sebab tak dapat bayangkan kalau terjadi kat diri sendiri. Hilang abang, hilang ayah hilang suami sekelip mata. . . Rupanyaa hari ni… 😢 Aku kehilangan adik aku.. Ya Allah .. macam mana nak ada kekuatan diri ni.. satu satunya lelaki dalam adik beradik, baru jadi ayah 37 hari….. Dik… ada bagitau Nana yang nak balik Yong peng minggu ni kan sebab nak sambut birthday sekali? Rupanya betul akak bawa ko balik dik… kejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah , mak abah dan semua ya.. .
Dik.. akak halalkan segalanya dunia akhirat… Dik , ko seorang yang memudahkan urusan orang lain.. ada masalah diam.. takda masalah pun diam.. . . Tak da apa lagi akak boleh cakap , akak dah sakit kepala sakit mata menangis dari siang tadi.. akak terlalu sayang kan ko , tapi Allah lebih sayang kan ko dari segalanya..
Yana meluahkan rasa sedih kerana adiknya meninggal dunia seorang diri di rumah dan tidak sempat meninggalkan pesan. . Ko pergi tanpa kata apa apa kepada kami.. Nana masih pantang kat Sarawak .. ko pergi tinggalkan dunia ni sorang sorang kat rumah tu dik… .. Ya Allah sedih akak dik .. tapi akak tengok di sebalik hikmah semua ni mudahnya kau pergi dik… . Semoga Allah ampun segala dosa dan mudah kan urusan di akhirat kelak… amin.. . . Mohon doakan Al-Fatihah buat arwah adik saya Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin. @fahmiharith#achikamie yang meninggal masa tidur .
. Mohon jika ada salah silap arwah minta halal makan minum arwah. Kalau ada apa apa PM saya dan suami saya ya.. @fadzilzahari … yang benar -YS @mizznana88
Siapa je yang tidak mengenali Prof Muhaya kan? Ceramah yang diberikan sememangnya begitu padat dengan ilmu dan begitu berhemah penyampaiannya. Ada satu perkongsian yang dikongsikan di laman Tiktoknya berkaitan dengan jodoh, di mana topik ini sebenarnya penting bagi sesetengah pihak terutamanya yang masih belum berpasangan.
Zaman maju masa kini, semua anak-anak mudah bekerjaya sehingga bila dah sampai ke lewat usia, masih lagi bertemu jodoh. Oleh itu, yang mana ada kegusaran diri tentang jodoh, orang sekeliling asyik bertanya bila nak tamatkan zaman bujang. Jom ikuti apa kata Prof Muhaya dan tip yang diberikan tentang topik ini.
Baik, tajuk ni best tau sebab ramai orang tanya saya macam mana nak dapat jodoh. Jodoh ini sebenarnya Allah dah jadikan masa kita dalam rahim ibu kita lagi. Masa Allah masukan roh, Allah dah tetapkan jodoh dan kita nak tarik jodoh, kita kena bersangka baik bahawa ada jodoh kita.
Tetapi jodoh itu diberikan Allah SWT pada waktu yang baik. Jadi apa kata nak tarik jodoh yang pertama banyakkan berdoa. Kurniakan kita, doakan. Kurniakanlah aku jodoh yang baik, pada waktu yang baik dalam keadaan yang baik.
Maknanya macam ini, supaya kalau kita nak dapat jodoh pun tak payah lah nak bercinta lama-lama tak jadi. Biar dapat jodoh pada waktu yang baik, dalam keadaan yang baik dan jodoh yang baik. So nak tarik jodoh yang baik macam mana?
Kita mesti faham, lelaki yang baik untuk wanita yang baik. So kalau kita nak dapat suami jodoh yang baik tentu kita kena jadi orang yang baik dulu.
9 PETUA AGAR DIPERCEPAT JODOH YANG BAIK
1.Memperbetulkan kembali niat kita.
Jika kita berniat mendapatkan jodoh kerana lillahi ta’ala, semata hanya kerana Allah, maka InsyaaAllah, Allah juga akan mentakdirkan kita untuk bertemu dengan seseorang yang juga memiliki niat yang sama.
2. Muhasabah diri dan reflek kembali untuk melihat sebarang kekurangan pada diri.
Kalau sampai sekarang anda belum bertemu calon pasangan, maka ada baiknya anda melihat kembali diri sendiri, mengesan apa yang kurang pada diri anda. Kekurangan luaran sebenarnya bukanlah masalah besar, asal kita berusaha untuk tampil kemas dan berpenampilan lebih menarik.
3. Tingkatkan percaya diri dan buangkan rasa malu tidak bertempat.
Jangan pernah menyerah dalam mendapatkan jodoh, jika anda merasa putus asa atau menghadapi kegagalan maka anda harus segera bangkit lagi.
4. Memperluaskan jaringan pergaulan.
Antara sebab kita lambat bertemu jodoh adalah kerana kurangnya pergaulan dengan masyarakat. Luangkan masa untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan.
5. Memperbaiki diri sendiri dahulu.
Ini adalah asas kepada langkah mendapatkan jodoh yang baik. Jika anda menginginkan jodoh yang soleh atau solehah, maka renungkan dulu adakah diri anda sendiri layak untuk mendapatkan jodoh yang soleh dan solehah?
6. Berkhidmat kepada ibu bapa dan keluarga.
Bersangka baik dengan Allah SWT. Dia inginkan kita yang single ini untuk terus berbakti kepada kedua ibu bapa kita tanpa perlu memikirkan perihal yang lain.
7. Amalan bersedekah dan amalan sunat yang lain.
Agar jodoh kita semakin cepat datang, kita juga perlu mendekati Allah dengan ekstra dekat. Caranya tidak hanya mengandalkan ibadat wajib, tetapi dengan menambah ibadah-ibadah sunnah. Lakukanlah sedekah dengan ikhlas.
8. Lapangkan hati dan fikiran seluas-luasnya.
Perasaan cemburu dengan melihat kebahagian orang lain dalam perkahwinan pastinya bukan sesuatu yang asing. Lapangkan dada kita, dan buka minda kita seluas-luasnya.
9. Mengamalkan doa agar dipercepatkan jodoh.
Doa mendapatkan jodoh khusus untuk wanita:
Ya Rabb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.
Doa mendapatkan jodoh khusus untuk lelaki:
Ya Rabb, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.
Baru menimang cahaya mata pertamanya sebulan lalu, penyanyi rap MK K-Clique tampil mengumumkan nama buah hati kesayangannya dan isteri.
MK atau nama penuhnya Muhammad Hairi Amin dan isterinya Siti Hajar sepakat memilih nama yang cukup indah iaitu Aya Rayana.
“Aya bermaksud tanda dan bukti kebesaran Allah, Al-Quran dan asal Arab.
“Rayana pula bermaksud pintu syurga,” katanya berkongsi menerusi Instagramnya semalam.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata wargamaya memuji nama indah pilihan MK dan isteri. Begitu juga dengan maknanya yang cukup baik.
Terdahulu, MK dan Hajar mendirikan rumahtangga pada 16 Jun tahun lalu. Pasangan ini menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 3 Ogos lalu di sebuah pusat perubatan.
Baru-baru ini tular perkongsian seorang pempengaruh berkongsi kisah cinta mereka, termasuk perkahwinan dengan sepupu sendiri.Trend ini menarik perhatian ramai, terutamanya apabila detik-detik manis seperti...