Setiap ibu bapa pasti punya cara tersendiri dalam mendidik anak-anak.Tetapi matlamatnya tetap sama, mahu anak-anak menjadi orang berguna apabila besar kelak.
Justeru, pendekatan tegas, berlembut atau sebagainya bergantung kepada penerimaan anak-anak. Tak salah jika ibu bapa meminta maaf sekiranya ada kesilapan dan daripada situ anak-anak boleh belajar.
Itulah pendekatan yang dikongsikan oleh Datin Vie Shantie dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa anak-anaknya. Sementelah, mereka kini semakin membesar, pasti didikan yang baik membantu mereka dalam kehidupan seharian.
Menerusi perkongsian Vie Shantie sempena hari jadi anak sulungnya baru-baru ini, luahan ibu cantik manis ini cukup menyentuh hati.
MasyaAllah TabarakaAllah… Sungguh tak sedar pun masa berlalu, bulan 5 tahun ini @viezaarakhan bakal masuk usia remajanya 13 tahun 🥺 Walaupun dia terlalu muda, tetapi terlalu banyak sudah pencapaian-nya yang sungguh membanggakan.
Dia merupakan anak yang tidak pernah berkasar pada orang tua, tak pernah mengeluh, tak pernah melawan saya walaupun sekali, tak pernah membantah apapun keputusan yang saya buat untuk masa depannya.
“Apapun yang saya katakan sekalipun meninggikan suara, dia tetap jawab dengan nada lembut dan santun ‘OK, MUMY.. SORRY MUMY’. Terkadang saya yang kesian dan datang kepadanya untuk minta maaf.
“Walaupun kita penat bekerja, kita sara mereka, berikan kehidupan yang terbaik buat mereka tapi saya tetap ingin meminta maaf kepadanya agar perasaan dia selalu ‘terjaga’.
“Saya mahu tinggalkan hanya kenangan manis difikiran mereka terhadap saya sebagai ibu yang melahirkan dan mendidik mereka. Saya mahu mereka tahu yang saya tidak pernah sesekali akan membiarkan mereka ‘jawab soalan yang berlegar dalam fikiran mereka tanpa ada jalan penyelesaiannya.
“Saya tahu long way to go lagi untuk saya mendidik dan menjaga mereka sampai mereka besar (sekiranya mereka atau saya masih panjang umur, inshaa Allah).
“Tapi satu yang saya nak pastikan untuk anak-anak saya adalah, walau apa sekalipun berlaku, setiap hari saya akan ambil sedikit masa buat mereka, just to ask them ‘how was your day sayang’ and telling them that i really love them with all my heart 💜 Syukur
“Alhamdulillah, Allah SWT ANUGERAHKAN saya anak-anak yang baik. Semoga Allah SWT kekalkan sifat mereka begini sampai bila-bila, inshaa Allah 💜 #Vsk #VieZaara #MyFirstBorn #AnakSolehah #Berakhlak #Berilmu #Beriman 💜’
Vie Shanti sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon popular, Datuk Eizlan Yusof dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata , Vie Zara, 13, Zareef Yusof, 11 dan Vie Zaara, 8.
Selepas berpisah, Vie kemudiannya bertemu jodoh dengan Datuk Seri Rahman Dahlan dan dikurniakan seorang cahaya mata Vie Raissa , 1 tahun 1 bulan.
Sumber:vieshantiekhan