Kekeluargaan

“Saya Terkejut Sangat…” Rita Rudaini Dianugerahkan Ibu Ikon 2024

Share

Rita Rudaini, 48, pelakon terkenal Malaysia, sekali lagi mencuri perhatian apabila dinobatkan sebagai Ibu Ikon 2024/2035. Pengiktirafan ini diberikan atas komitmen dan usaha gigih beliau dalam membesarkan anak-anaknya sebagai ibu tunggal, sambil tetap cemerlang dalam karier lakonannya.

Rita Rudaini, yang telah lama dikenali sebagai pelakon serba boleh, membuktikan bahawa menjadi ibu tunggal bukanlah halangan untuk berjaya. Beliau sering berkongsi kisah kehidupannya membesarkan dua orang anak lelaki, Rayyan dan Arjuna, tanpa bantuan sepenuh masa.

Lebih manis, Anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang kini belajar di Maktab Rendah Sains Mara Sungai Besar (MRSM SUBES) itu mencipta rekod baharu Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam 2024.

Usaha gigihnya dalam memastikan anak-anaknya mendapat kasih sayang, pendidikan yang terbaik, dan hidup dalam suasana yang positif, memberi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana.

 

REZEKI ANAK

Dalam satu temubual sebuah portal, selepas menerima anugerah tersebut, Rita meluahkan rasa terkejut dengan anugerah berkenaan dan menganggap ia reseki anak-anak dan doa ibu nya yang juga merupakan ibu tunggal.

“Memang terkejut sangat bila dapat pengiktirafan ini. Sebagai seorang ibu yang telah 15 tahun membesarkan anak-anak secara sendiri.

📍Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Ada pelbagai hadiah menarik yang menanti para pemenang, jangan tunggu lagi. Jom daftar sekarang di sini 👇🏼
https://kliik.je/product-details/111?title=baby-merangkak-race

anugerah ini  begitu bermakna dan amat saya hargai. Pada pandangan saya, semua ibu adalah ikon untuk anak-anak mereka.

 

“Ini adalah hasil dari doa anak-anak dan juga doa ibu saya. Ibu saya sendiri adalah ibu tunggal, jadi saya faham bagaimana kuatnya seorang ibu dalam mengharungi kehidupan. Saya percaya ini adalah rezeki anak-anak saya.”

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai pemilihannya sebagai Ibu Ikon 2024, Rita beranggapan ia mungkin dipengaruhi oleh caranya membesarkan anak-anak serta statusnya sebagai selebriti.

“Mungkin saya terpilih kerana cara saya membesarkan anak-anak, dan juga kerana pengaruh saya sebagai selebriti. Namun, yang paling penting adalah kasih sayang serta usaha setiap ibu itu.”

Anugerah Ibu Ikon 2024 yang diterima oleh Rita Rudaini ini bukan sahaja mengiktiraf kejayaan beliau, tetapi juga memberikan inspirasi kepada wanita di luar sana bahawa tiada yang mustahil jika kita berusaha. Perjalanan seorang ibu penuh dengan cabaran, tetapi dengan kekuatan dan ketabahan, kita mampu mengharungi segala dugaan.

Semoga kisah Rita Rudaini terus memberi semangat kepada semua ibu di Malaysia untuk terus berusaha dan mencipta kejayaan dalam kehidupan mereka.

Melihat di ruangan komen, kebanyakan netizen mengucapkan tahniah kepada Rita atas pengiktirafan yang diterimanya.

“Tahniah hangpa, u deserved it.”
“Alhamdullilah congrat sistur worth sacrifice luv u.”
“Selayaknya.. tahniah buat Puan Rita.”

Untuk rekod, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 48, sebelum ini berkahwin dengan pemain boal sepak JDT iaitu Aidil Zafuan Abd. Radzak namun bercerai pada September 2013. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15 tahun, dan Airit Qaga Arjuna, 13 tahun. Sebelum itu Rita pernah berkahwin denga pengulas sukan televisyen iaitu Akbar Shaari.

 

Sumber: ritrud727

 

IKLAN