“Saya Tak Pernah Beli Baja Khas Untuk Orkid…”- Wanita Ni Kongsi Rahsia Pokok Orkid Berbunga Lebat!

Share

Buat penggemar bunga orkid atau yang baru berjinak-jinak untuk menanam orkid di halaman rumah, boleh mencuba tip yang dikongsikan oleh pemilik akaun facebook Salji Hokkaido ini. Apa yang menarik perhatian mengenai perkongsiannya selain terpesona melihat pokok-pokok orkid yang ditanam berbunga lebat, dia juga tidak pernah membeli baja khas untuk pokok orkidnya itu.

Menurutnya, “Saya tahu bukan semua sahabat-sahabat kita mampu nak beli baja untuk tanaman. Harga baja bukan la murah dan dengan kos sara hidup, dengan situasi sekarang ni amat memeritkan…carilah alternative lain untuk pokok-pokok kita.

“Di sini saya nak kongsi tip bahan buangan dari dapur untuk dijadikan baja. Saya tak pernah ada dan tak pernah beli baja khas untuk orkid-orkid saya.”

“Saya hanya guna sisa-sisa dari dapur iaitu air basuhan beras, ikan, ayam, daging, sotong atau udang,” jelasnya lagi.

Cara Buat :

Simpan la air basuhan di atas tu untuk pokok-pokok..kalau air basuhan beras saya amik yang pertama dan kedua basuhan sahaja saya simpan. 3 hari 3 kali basuh beras dah dapat setengah baldi. Cukup untuk orkid-orkid  saya. Sesuai juga untuk pokok berdaun.

Hasilnya juga setanding dengan baja-baja kat pasaran sekarang, malah lebih berkesan jimat dan mudah. Kos untuk baja kita boleh guna perkara yang lebih penting untuk keluarga kita.

Ni kulit dan lemak ayam campur air basuhan beras sekali, tapi air basuhan ikan ayam jangan simpan lebih dari satu hari. Nanti busuk, nanti gatal-gatal tangan. Air basuhannya bleh guna terus

 

Ekstra Cara Berjimat

Pasu beli di kedai eco dan dan saya lubangkan dengan menggunakan paip besi. Caranya bakar paip besi tu sampai cukup panas dan  cucuk kat pasu tu. Awas, guna sarung tangan atau kain masa nak pegang paip tu.

Sumber : Salji Hokkaido

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI  atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!