“Saya Tak Pandai, Nak Bagi Anak Pandai Sikit” Kisah Ayah Naik Motor 20KM Demi Kerja Undang Sebak Netizen!

Share

Betullah… Kasih ibu bawa ke Syurga, kasih ayah sepanjang masa. Pengorbanan seorang ayah bernama Basri mengundang sebak ramai bila mana kisahnya dimuat naik menerusi laman TikTok milik jafnyelias_founderbbd.

Demi membolehkan anaknya meneruskan pengajian di sekolah agama, beliau tidak memilih kerja dan sanggup menjadi tukang sapu sampah.

Biarpun gaji pokok yang diperoleh hanya sekitar RM1,500, namun bapa itu tidak mengeluh atau pun kecewa. Sebaliknya, beliau mengganggap itulah rezeki yang halal buat anak-anak dan isterinya.

“Sudah dua tahun saya melakukan pekerjaan ini. Saya tidak memilih kerja yang penting halal untuk keluarga saya terutama untuk sekolahkan anak.

“Anak saya sekolah agama, yuran sahaja RM500. Kalau saya tidak kerja, kasihan anak nak sekolah. Sebab itu saya sanggup bertungkus lumus,” katanya dalam video tersebut.

Paling memilukan tatkala mendengar kata-katanya: “Saya tidak pandai, jadi nak bagi anak saya pandai sikit.”

Lebih mengharukan, beliau juga memberitahu tentang kesanggupannya berulang-alik menaiki motosikal setiap hari sejauh 20 kilometer (km) dari rumah ke tempat kerja semata-mata mencari rezeki buat keluarga.

Sementelah isterinya tidak bekerja dan hanya menjaga dan mengambil anak sekolah sahaja.

@jafnyelias_founderbbd Pengorbanan seorang ayah untuk anak #kongsirezeki #pengorbanan
#kerja #rezekihalal #kebaikan ♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa sebak dan kagum dengan pengorbanan seorang ayah sanggup bersusah payah demi memastikan anak mendapat pendidikan yang terbaik.

Memang sebak tengok video ini, min sendiri pun menitis air mata. Terus teringat arwah abah.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan di murahkan rezeki kepada ayah-ayah di luar sana yang keluar mencari rezeki.

Sumber video: TikTok jafnyelias_founderbbd