
Betullah… Kasih ibu bawa ke Syurga, kasih ayah sepanjang masa. Pengorbanan seorang ayah bernama Basri mengundang sebak ramai bila mana kisahnya dimuat naik menerusi laman TikTok milik jafnyelias_founderbbd.
Demi membolehkan anaknya meneruskan pengajian di sekolah agama, beliau tidak memilih kerja dan sanggup menjadi tukang sapu sampah.
Biarpun gaji pokok yang diperoleh hanya sekitar RM1,500, namun bapa itu tidak mengeluh atau pun kecewa. Sebaliknya, beliau mengganggap itulah rezeki yang halal buat anak-anak dan isterinya.
“Sudah dua tahun saya melakukan pekerjaan ini. Saya tidak memilih kerja yang penting halal untuk keluarga saya terutama untuk sekolahkan anak.
“Anak saya sekolah agama, yuran sahaja RM500. Kalau saya tidak kerja, kasihan anak nak sekolah. Sebab itu saya sanggup bertungkus lumus,” katanya dalam video tersebut.
Paling memilukan tatkala mendengar kata-katanya: “Saya tidak pandai, jadi nak bagi anak saya pandai sikit.”
Lebih mengharukan, beliau juga memberitahu tentang kesanggupannya berulang-alik menaiki motosikal setiap hari sejauh 20 kilometer (km) dari rumah ke tempat kerja semata-mata mencari rezeki buat keluarga.
Sementelah isterinya tidak bekerja dan hanya menjaga dan mengambil anak sekolah sahaja.
@jafnyelias_founderbbd Pengorbanan seorang ayah untuk anak #kongsirezeki #pengorbanan #kerja #rezekihalal #kebaikan ♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa sebak dan kagum dengan pengorbanan seorang ayah sanggup bersusah payah demi memastikan anak mendapat pendidikan yang terbaik.
Memang sebak tengok video ini, min sendiri pun menitis air mata. Terus teringat arwah abah.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan di murahkan rezeki kepada ayah-ayah di luar sana yang keluar mencari rezeki.
Sumber video: TikTok jafnyelias_founderbbd
Penoreh Getah Ambil Upah Jadi Tukang Cuci, Rezeki Musim Banjir

Penoreh getah ambil upah jadi tukang cuci, rezeki musim banjir. Seorang penoreh getah di Besut, Terengganu menjadikan perkhidmatan mencuci rumah mangsa banjir sebagai sumber pendapatan sampingan.
Penoreh Getah Ambil Upah Jadi Tukang Cuci, Rezeki Musim Banjir
Ekoran tidak dapat menoreh getah ketika musim hujan, Azmah Jaafar sudah mencuci empat rumah penduduk kampung sejak banjir di Kampung La, Hulu Besut, surut pada Sabtu lalu.
“Setiap tahun, ia menjadi pekerjaan yang ‘wajib’ saya laksanakan di samping membantu mereka yang terjejas banjir walaupun kediaman sendiri tidak terbabit dengan bencana alam itu.
“Hasil upah khidmat mencuci rumah itu sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan harian keluarga selepas tidak boleh keluar menoreh ketika musim hujan,” katanya.
Sementara itu, mangsa banjir, Sakinah Yaacob, 60, berkata, dia mengupah empat tukang cuci sejak beberapa tahun lalu apabila dirinya tidak dapat melakukan kerja-kerja pembersihan kedainya, selepas banjir mulai surut.

Katanya, sukar bagi dirinya melakukan kerja-kerja pembersihan seorang diri, apatah lagi dengan keadaan kedai yang diselaputi lumpur.
“Rumah ini dua tingkat, bahagian atas jadi tempat tinggal, manakala tingkat bawah saya buka kedai kopi dan kedai runcit, jadi memang tidak terdaya mahu membersihkan seorang diri.
“Setiap tahun, saya akan menggunakan tenaga kerja pembersihan dan selalunya mereka ini adalah penduduk di sekitar Kampung La yang mengambil upah membersihkan rumah secara sambilan ketika musim banjir,” katanya.
Menurut Sakinah, dia memperuntukkan RM400 setiap kali banjir untuk mengupah pekerja melakukan kerja-kerja pascabanjir.
Katanya, dia membayar upah sebanyak RM80 hingga RM100 kepada setiap pekerja itu mengikut tempoh kerja atau keluasan kawasan yang dibersihkan.
Dia berkata, inisiatif itu secara tidak langsung dapat membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang terjejas ketika musim banjir.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Khairul Aming Bebas Ambil Barang Di Mydin Bantu Mangsa Banjir
Halang Air Banjir Masuk Rumah, Wanita Kongsi Idea Guna Papan & Tanah Liat
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Akibat Terlalu Banyak Makanan Proses, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Pilu Anak Alami Komplikasi Usus.

Hati ibu mana yang tidak pilu apabila anak yang tersayang mengalami komplikasi usus sehingga perlu mendapat rawatan di hospital.
Tanpa sangka, makanan yang dikatakan punca anaknya mengalami masalah kesihatan itu. Moga kisah ini menjadi pengajaran buat semua.
Selanjut ikuti kisah ini. Moga jadi ikhtibar.
Akibat terlalu banyak processed food
Posting ni panjang sikit, tapi penting untuk ibu-ibu baca dan ambil tahu.
Simptom atau tanda
Anak saya Zaim, sejak bulan Disember 2015 mengalami sakit perut yang agak kronik, yang macam diarhea, menyebabkan dia asyik ke toilet setiap kali lepas makan, dan tergolek2 kejang perut dan pedih di belah kanan.
Saya rasa kami ni setiap 2 minggu akan ke klinik untuk minta ubat.
Bila teruk sangat, saya bawak ke ER Tropicana Hospital, dan doctor pun buatlah test MRI dan sebagainya. Suspek utama, appendicitis, so buatlah surgery buang appendiks,
walaupun masa doctor tunjukkan appendix yang kena buang tu nampak kosong je, macam takda apa2. Takpa laa, dia doktor, mesti dia pandai. Dah anak saya takda appendix.
Tapi tak habis kat situ, sekali sekala dia masih jugak sakit begitu, walapupun saya dah masak dirumah.
Baru2 ini, dalam bulan Ogos, anak bujang saya mengalami sakit perut yang macam diarrhea, yang mengakibatkan dia perlu ke tandas setiap 5 min, dan duduk dalam tu sampai setengah jam atau 45 min. Paling teruk ialah sampai 20 kali sehari, sampai saya tak jumpa muka dia sangat sebab asyik duduk dalam toilet.
Masa tu baru lepas birthday dia yang ke 14 tahun. Masa ni dia ok, macam biasa. Hari Sabtu tu, waktu kami singgah di Petronas, dia dan neneknya turun beli Milo dalam kotak dan kek coklat kecil brand Gardenia. Diorang makan je la macam biasa, walaupun maknya ni membebel sebab kurang gemar dia makan benda2 macam tu.
Malam tu dia sakit perut teruk. Esok bawak pi klinik, doktor just bagi ubat diarhea dan tahan sakit tapi takda effect. So saya google sakit apa yang berkaitan dengan usus dan apa pakar yang patut saya bawak dia.
Hari Selasa saya bawak dia jumpa pakar Gastroenteritis, iaitu pakar usus dan gastritis. Immediately doctor schedule kan scope untuk dia, melalui mulut dan belah bawah pada keeseokan harinya.
Doktor juga suggest buat blood test to rule out sebarang jangkitan kuman atau bakteria.
Getting ready for the scope procedure
Gambaran dalam usus kecil dia
Saya ni dah risau, sebab takutkan penyakit IBS seperti Crohn’s Disease atau Colitis, sejenis penyakit autoimmune system, yang tiada ubatnya.
Apa penyakitnya?
Semasa scope ini yang kita jumpa.
Ini gambar dalam usus kecil dia. Sepatutnya dinding usus kecil ni licin dan bersih macam belah atas, tapi usus kecil Zaim ni ada banyak dinding sel yang bengkak, dan ada yang dah agak teruk sampai warna gelap. Gambar ni dah dibesarkan beribu kali.
Inilah yang dipanggil Irritable Bowel Syndrom (IBS), yang sangat menyakitkan bagi yang terkena. Dan sebenarnya ramai yang kena tapi tak tau apa jenis penyakitnya. Baru2 ini ada rakan yang suaminya ada simptom yang sama, doktor suruh potong bahagian usus yang terkena. Aduh sakitnya.
Saya yang masuk sekali tengok proses scope ni, Allah saja yang tahu hati saya. Sedih dan rasa bersalah yang amat sangat.
Sedih sebab dia terpaksa go thru procedure yang menyakitkan ini, walaupun doktor biuskan dia, tapi kesian saya tengok dia.
Rasa bersalah sebab, mungkinkah saya sebagai Ibu telah gagal menjalankan tanggungjawab menjaga pemakanan anak sendiri.
Selesai procedure, kami pulang. Doktor beri 3 jenis antibiotik yang kuat dosagenya, dan pesan supaya saya elakkan beri Zaim makan, dairy produk, segala jenis daging, teh, kopi, dan semua minuman yang tinggi gula dan berproses, semua jenis makanan pedas, dan makanan ringan. Semua tak boleh.
Menyesal tidak sediakan makanan yang sihat untuk anak
Malam tu saya menangis sedih seusai solat dan saya minta maaf pada Zaim kerana tidak betul2 menjaga makan minumnya. Saya insaf sangat, dan berazam untuk menggali lebih banyak ilmu tentang pemakanan yang betul.
Tindakan seterusnya
Balik tu, selepas tenangkan diri, saya google lagi tentang kemungkinan penyakit yang berkenaan usus, Dan saya hubungi rakan saya, seorang pakar pemakanan.
Katanya, bertenang. Sekarang apa yang penting kita kena turunkan bengkak pada ususnya. You google apa jenis Anti Radang (Anti Inflamatory) food yang boleh you beri pada dia.
So saya google dan tengok apa yang ada dalam dapur saya. Yang paling cepat dapat ialah kunyit.
Saya bancuh air kunyit letak brown sugar sikit dan suruh dia minum. Budak baik ni terus minum walaupun ada sikit hokhek. Esoknya suruh dia makan kunyit hidup yang dihiris2 jadii ulam dengan nasi.
Saya juga pergi cari Turmeric Pill kat farmasi untuk dia. Saya beli juga buah Blueberries yang masyaAllah lah masamnya untuk dia makan.
Saya buat catatan kekerapan dia ke tandas semasa makan makanan ni.
Alhamdulillah, 3 hari kemudian, dari 20 kali sehari ke tandas, turun ke 3-4 kali sehari.
Bengkak dalam ususnya dah kurang.
Saya juga masak masakan jenis air, semuanya saya letak kunyit..hahaha..kesian orang lain yang takda kena mengena. Saya buat ikan masak singgang, sayur bayam masak air, letak kunyit, ikan saya gorengkan saja, no sambal belacan whatsoever.
3 minggu dia tak ke sekolah. Sebab makanan disekolah tak sesuai dengan perut sensitif dia dan ditakuti cikgu tak percaya kalau dia kerap ke tandas nanti. Kami tulis surat minta cuti sampai dia betul2 sihat.
Oh ya, antibiotik tadi saya langsung tak bagi, hanya sekali, tu pun Zaim keluarkan balik dalam toilet lepas makan.
Anak semakin pulih
Result
Minggu depannya kami dapat result blood test dan scope Zaim.
Syukur alhamdulilah, tiada autoimmune system disease whatsoever. No kuman no bakteria. doktor suspek too much processed food.
Too much fastfood, pizza la apa la, too much spicy food, him being anak orang Negeri Sembilan, too much of the junkfood like roti2 dan sponge cake petronas yang high in processed sugar dan gluten dan food additives dan coloring, too much dairy food yang high in additives dan processed drinks. Dia ni suka sangat minum air Ice Lemon Tea dalam botol, Milo dan sebagainya.
Dilarang taknak dengar. Bila maknya takda, dipujuk ayahnya belikan.
Hasil blood test menunjukkan uric acid dia agak tinggi dan perlu dikawal, untuk mengelakkan gout. So daging dan semua yang berkaitan perlu dikurangkan, banyak.
Saya dulu terlampau sibuk di tempat kerja. Balik lambat, bila dah lambat, masa bila nak memasak. So memang makan luar selalu.
Conclusion nya
Sekarang, semua benda tak boleh beli. Makan saja apa yang saya masak. Roti pun makan hanya yang saya buat.
Sekarang dia dah kembali sihat sepenuhnya, tapi corak pemakanan dan jenis makanan kami sekeluarga berubah 360 darjah.
So, I’m making it my life mission now to educate myself, and mothers out there tentang pentingnya kita ambil tahu apa yang kita beri anak2 kita makan, begitu juga ahli keluarga lain.
Saya akan sharekan apa yang saya tahu tentang gluten, processed sugars dan sebagainya, insyaallah.
Jadikan cerita saya iktibar, semoga anak2 kita sihat2 selalu, berkat ibunya mengambil berat.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Pernah Kena Sindir Jual Kuih, Tak Patahkan Semangat Pemilik Kueh Untuk Berjaya!

‘Ala meniaga kuih je pun, ini makanan tepi jalan je, ala bape sen je sangat’
Itulah ayat keramat yang diterima oleh CEO Kueh Cafe, EN Ezwan Mohamad Zain Ketika baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dan siapa sangka, dengan menjual kuih inilah menjadikan perniagaannya kini sudah memasuki tahun ke-6!
Menurut bapa tunggal yang berusia 43 tahun ini, pencapaian terbesar baginya apabila perniagaan Kueh Cafe bukan sahaja dikenali ramai iaitu dalam kalangan penduduk Shah Alam sahaja, malah ada juga pelanggan yang datang dari negeri Johor, Melaka dan Perak.
Bagi yang belum menjejakkan kaki ke sana, Kueh Cafe membawa konsep tradisional tapi mengenakan rekaan hiasa berbentuk moden. Di sana, anda akan disajikan dengan 40 jenis kuih yang berbeza, dan antara yang paling mendapat sambutan adalah roti jala di mana anda boleh makan panas-panas seusai masak, malah anda juga boleh tengok sendiri cara penyediaannya di sudut roti jala! Menarik kan?
Bukan cuma itu, bagi yang ingin singgah untuk makan tengahari, ada juga pilihan makanan berat disediakan seperti nasi lemak, nasi tomato, nasi hujan panas, laksam, mee kari, dan banyak lagi!
Konsep sahaja tradisional, tetapi untuk pilihan air Kueh Cafe tidak ketinggalan untuk mengikut trend iaitu menyajikan pelbagai pilihan kopi. Tetapi, apapun tetap tak boleh kalah dengan teh tarik yang sentiasa hot menjadi menu yang sentiasa hot selling!
Sudahlah sibuk dalam menguruskan perniagaan Kueh Cafe, perlu menjaga anak seorang diri. Bagi Ezwan, dia seorang yang akan mengasingkan masalah ketika di tempat kerja dan juga peribadi.
“Sudah pasti setiap perniagaan tu ada pasang surutnya. Saya jadikan ia sebagai cabaran. Think positif dan ambil langkah positif dengan dalam masa sama tak campur aduk masalah kat rumah,” katanya dipetik dari video Familiku D’Boss.
Jom saksikan video penuh tentang kehidupan CEO Kueh Cafe dalam menguruskan perniagaannya dan kisah peribadinya dalam membesarkan anak.