Biarpun dilahirkan dalam dulang emas, namun isteri kesayangan Noh Salleh , vokalis Kumpulan Hujan ini sangat low profile orangnya.
Mengambil keputusan berhijab usai pulang dari mengerjakan haji, Mizz Nina dilihat terus istiqamah sehingga hari ini.
Menerusi Instagram, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman banyak memuat naik kisah penghijrahannya selain kerja-kerja kemanusiaan bersama suami.
Namun, bukan itu yang ingin diperkatakan, sebaliknya satu perkongsian oleh Bakhtiar Fitri Abdul Hamid baru-baru ini ternyata cukup menyentuh hati.
Menerusi perkongsian tersebut, saudara Bakhtiar melahirkan rasa kagum dan sebak usai menonton rancangan bual bicara yang diterbitkan oleh DOPS TV (Deen of Peace Studios) Sdn Bhd yang diasaskan oleh Mizz Nina bersama rakan kongsinya Zuhair Amdan dan Syahir Ismail.
Rancangan itu ditayangkan pada penghujung tahun 2017 dan mungkin ada yang tidak sedar bahawa pada episod ke 9, Mizz Nina teleh menjemput bapanya sendiri iaitu Tan Sri Azman Hashim sebagai tetamu.
Ntah camane boleh tengok pula channel astro 125 naura. Mizz nina show. Kul 2 pagi tengok padahal esok ada kuliah subuh. First time tengok. Yang special, mizz nina interview ayahnya sendiri, Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi Kumpulan Ambank.
Apa yang menarik, bagaimana humble seorang ayah yang sangat kaya dan berkedudukan apabila Noh hujan datang memberitahu ingin mengahwini anaknya.
Ads
Walaupun Noh penyanyi dan penulis lagu, tapi beliau sangat menghormati Noh yang profesional dalam bidang yang berbeza dengannya.
Yang lebih terharu apabila beliau mengatakan, dia tak mampu nak buat apa yang Mizz Nina buat. Selepas berhijrah, Nina mengajak orang kepada kebaikan sedangkan dia tak mampu pun nak sebarkan kebaikan.
Katanya, moga dengan apa yang Nina buat, moga Allah kurniakan jugak saham kebaikan untuknya di akhirat nanti sebagai ayah kepada Mizz Nina. Fuhh… Ngalir air mata bila dengar ayah cakap macam tu pada anak depan orang ramai.
Saya melihat inilah kekuatan Mizz Nina. Dia istiqomah dengan penghijrahannya kerana selepas sahaja dia berhijrah, dia terus berdakwah ajak orang buat kebaikan.
Sudah tentu pendakwah perlu lebih baik daripada yang didakwah. Namun begitu ujian hijrah sangatlah besar.
Ads
Moga Mizz Nina terus istiqomah dan moga Tan Sri Azman diberi kesihatan serta bahagia dunia akhirat. Amiin.
Tolong bagitau Mizz Nina, saya sangat impressive dengan kerja dakwah yang dia buat. Nak bekerjasama dengan dia ajak remaja2 plak berhijrah. Dah kronik sangat remaja kita ni.
“Biar dia tak comel mcm anak-anak saya yang lain… Itu antara kata-kata yang dimuat naik Dato’ Seri Aliff Syukri dalam laman instagramnya mengenai anak sulungnya, Ammar Ahyan.
Menurut Dato’ Seri Aliff, anaknya itu baru sahaja bacakan doa panjang umur dan murah rezeki dalam bisnes. Malah, setiap malam Ammar akan bacakan doa, kemudian salam dan kiss ayahnya.
Ammar yang baru menjalani pembedahan mata tidak kisah walaupun matanya hari-hari berdarah.
Tambah Dato’ Seri Aliff lagi, dia berhasrat untuk melihat anak sulungnya itu menjadi usahawan dan orang beragama.
Dalam posting tersebut, suami kesayangan Datin Seri Shahida meminta pengikutnya supaya mendoakan mata anaknya itu cepat sembuh.
Pengikut Dato’ Seri Aliff memuji dan mengatakan anak sulung pengasas produk tersebut sebenarnya hensem dan mendoakan semoga matanya cepat sembuh.
mrs_dintanahAlahaaaiii berkaca pulak baca caption Dato ni. Semoga Ammar jadi anak yg soleh, yang sentiasa syg ibubapa, yang tak hancurkan harapan ibu bapa, jaga ibubapa macam mana diaorg jaga ammar dari lahir. Stand on your feet to fight for your rights! Nobody deserves to be bullied.
hani_eya_sengYa Allah sedeh sgt tengok adik ammar, sy doakan adik cepat sembuh…adik ammar tetap hensem dan anak baik d mata sy
artmubinAnak kan anugerah ALLAH..semua ciptaan Allah cantik..cuma kita xpndai menilai kecantikan ciptaan Allah..sy sgt pasti setiap ank2 ada kelebihan tersendiri..so kita kena byk bersyukur…???s3moga ank2 dato jd ank2 yg soleh solehah..aminn
dyghamizahSape kata die x comel…allahuakbar..seindah2 ciptaan Allah budak ni?.
Sebelum ini, Dato’ Aliff pernah memuat naik satu video bersama anaknya itu sebelum melakukan pembedahan mata.
Lebihan ikan di dalam peti ais jangan pula dibuang walaupun hendak balik beraya. Jangan sekali-kali membazir kerana ikan yang disimpan masih kekal elok kalau kena dengan caranya.
Walaupun ikan sifatnya sensitif apabila disimpan lama di dalam peti sejuk tetapi jika kena dengan cara ikan masih elok dan segar untuk dijamah.
Namun ada caranya yang ibu patut tahu untuk mengekalkan ikan ini disimpan lebih lama daripada tempoh biasa anda menyimpannya. Jangan terus dibuang ikan ini sebaliknya cuba langkah ini. Caranya mudah sahaja. Cuba tip yang diberikan ini.
Rendam Cuka
Rendaman cuka antara cara yang boleh memulihkan ikan untuk kembali segar. Caranya mudah sahaja, keluarkan ikan daripada peti sejuk dan rendamkan dengan air seketika. Kemudian tuangkan sedikit cuka ke dalam air rendaman ikan dan biarkan seketika.
Rendam Susu
Ini pula cara buat ikan hilang hanyirnya malah kembali segar. Sebaik dikeluarkan daripada peti sejuk, rendamkan dengan air dan letakkan sedikit susu. Biarkan seketika dan lihat hasilnya.
Garam & Kunyit
Tip ini juga boleh dicuba. Gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit kemudian gaulkan rata.Simpanlah di dalam bekas bertutup. Cubalah sekarang.
Jangan Siang Ikan
Ada yang berpendapat ikan tidak seharusnya disiang terlebih dahulu agar ia kekal segar. Simpan ia ke dalam bekas dan biarkan di dalam peti sejuk.
Bekukan Seperti Ais Batu
Ini menarik. Sebaik ikan disiang dan dibersihkan, letakkan ikan di dalam bekas dan penuhkan ia dengan air sehingga menutup semua ikan. Biarkan beku.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap isteri pasti ada cara tersendiri untuk membuatkan rumah tangga sentiasa harmoni dan bahagia. Salah satunya adalah dengan menjaga perut suami dengan air tangan sendiri. Malah, itu antara petua yang selalu diajar oleh ibu bapa apabila anak-anak bakal mendirikan rumah tangga.
Orang kata air tangan isteri ini menambahkan keberkatan dan kasih sayang dalam keluarga. Malah, itu juga membuatkan sang suami tak sabar-sabar nak pulang bertemu anak dan isteri.
Demikian yang dipraktikkan oleh ibu muda dan juga pelakon, Memey Suhaiza dalam mengikat hati suami kesayangannya Norman Hakim.
Dalam perkongsiannya, Memey mengakui selain menggunakan diri sendiri dan anak, memasak makanan kegemaran suami antara cara mudah untuk membuatkan suaminya itu pulang cepat ke rumah.
Cara paling berkesan selain guna anak n diri kita utk suami balik cepat ?? Masak lauk fav diaaa?? @normanhakim_786 Kalau dah masuk gym mmg terlupa berapa lama masa berjalan.. Hantar je gambar lauk.. Setengah jam lepastu mesti dah sampai.. Siapa selalu buat mcm ni juga? Kita geng?? .
Ps: u all mkn apa hujung minggu ni?
Demikian perkongsian dari Memey menerusi laman instagramnya semalam.
Rata-rata pengikut bersetuju dan ada yang berkongsi pengalaman mereka di ruangan komen status berkenaan.
ladysmorgana Betol, kita pon slalu buat mcm tue? #menu lunch siput sedut lomak cili padi n kupang rebus on weekend?
nurameyshahfieqah sma mcm sya..hntar gmbar masak apa arini.. satg blik xmnympt dh.. dia ambk pngan dlu?
uerianimohd Haha.. Kita pun samalah. Dah masak mesti snap n org first hb kita antor wsaap. kompem balik cepat??
qasehzaierdayu@memeysuhaizabetul saya klau suami keja @ kluar jumpa kwn ke ari minggu sya akn seru balik dgn masakan
ernieyfadeli@memeysuhaizapernah buat mcm ni time dia outstation,tapi syg dia x dapat pulang dgn segera,ye lh dari kl to kelantan?lain lah naik flight kan?
khazirakhalil Sis @memeysuhaizasy pun guna cara yg sama… Lagi stgh jam suami nak abis keje… Sy da mula post pic makan… Memang tak jadi la kalau dia nak melencong ke tempat lain lepas keje…????
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...