Liza Abdullah antara aktres hebat 80-an yang terkenal dengan bakat lakonannya yang sering kali meninggalkan kesan buat penggemar drama bersiri tempatan.
Mula dikenali sebagai penyanyi pada tahun 1984 sebelum namanya menjulang sebagai pelakon sejak membintangi filem Ali Setan pada 1985.
Hampir empat dekad bergelar pelakon, pemilik nama sebenar, Norliza Abdullah tidak menyangka, pada usia ‘senja’, dirinya masih diterima peminat serta menjadi pilihan pengarah dan penerbit untuk berkarya.
Kerja keras demi membesarkan anak
Dia mengaku tidak pernah mengejar anugerah, sebaliknya memberi prestasi terbaik dalam setiap kerja dilakukan.
“Dengan bakat kurniaan Tuhan ini, saya beroleh rezeki. Tidak pernah terfikir mengenai anugerah.
“Saya ikhlas dan bekerja keras demi kelangsungan hidup dan membesarkan anak.
Ikhlas cari rezeki, glamour datang kemudian
“Ini rezeki Allah, sebab itu saya sentiasa all out dan tak ada istilah cincai dalam setiap watak yang saya terima tak kira kecil mahupun besar. Kita kena ada prinsip hidup, bila kita buat yang terbaik Insyaallah itu yang bantu kita kekal relevan.
“Alhamdulillah, sekali kita dah ambik atau terima bayaran saya takkan komplen dan anggap itu rezeki. walaupun sikit tetapi berkat. Kalau dapat sikit, jangan merungut tetapi usah war-war kerana itu melibatkan ‘maruah’ kita.
Syawal meriah dengan cucu sulung
Bercakap sambutan raya, akui Liza sekarang bertambah meriah dengan kehadiran cucu sulung.’
‘Kami sekeluarga ambil keputusan untuk beraya di Kuala Lumpur secara sederhana. saya sejak dahulu keutamaan adalah anak-anak. tidak kisah bab ganti baju kerana yang penting anak-anak. untuk diri saya sepasang jubah atau baju kurung sudah memadai.
Tak malu mengaku tak masak
Ditanya soal menu raya, sejujurnya Liza Abdullah tak malu mengaku tidak pernah masak untuk keluarga dan anak-anak.
“Baik ketika raya mahupun hari biasa. tetapi rezeki Allah, bekas suami saya keterer. Sekarang lagi mudah kerana boleh order secara online. secara tak langsung ini boleh membantu kawan-kawan lain yang berbisnes.
‘Cuma saya tahu, kalau masak mesti sedap. saya juga seorang yang mengikut sukatan sejak dahulu lagi. Tak pandai untuk agak-agak seperti orang lain. Waktu anak masih kecil, air tangan ibu ditagih. tetapi sejujurnya sebelum kahwin pun arwah ibu tak benarkan untuk saya masuk dapur.
Belajar buat puding karamel dengan arwah zaibo
“Tetapi saya pernah buatkan menu puding karamel jadi saya sempat belajar dengan arwah Zaibo. Selain itu, saya juga belajar buat rojak buah, anak-anak pun dah faham bahkan kalau saya masak maggi pun mereka sudah beria memuji sedap.
“Begitu juga ketika bersahur, saya bersyukur dapat anak-anak yang baik kerana kami bangun makan buah kurma sahaja kerana saya tak memasak.
“Lagipun waktu sahur saya tak praktikkan memasak. manakala untuk berbuka, kalau dapat teh tarik dan murtabak pun memadai. Cuma moreh, ada juga saya makan lebih.
Cara bawa diri dalam bidang seni.
Berbeza dengan zaman dahulu, kena faham tujuan masuk dalam bidang seni.Namun sekarang cukup mudah untuk dikenali tetapi tak bertahan lama.
“Saya jenis orang yang buat kerja bersungguh-sunguh. Saya buat kerja kerana duit. soal pencapaian atau anugerah itu saya tak pernah terfikir tetapi kalau dapat syukur. Kena ingat zaman sekarang nak jadi artis mudah sangat tetapi nak bertahan lama itu susah.
“Sebab itu kalau kita buat ikhlas, kerana nak cari rezeki dan memanfaatkan orang lain insyaAllah takkan ada masalah untuk bertahan lama,”tegas Liza Abdullah lagi.
ARTIKEL MENARIK: “Tiap Malam Dia Jerit, Tak Lena Tidur.” Jururawat Ni Throwback Pengalaman Rawat Bella, Bikin Ramai Sebak
ARTIKEL POPULAR: “20 Tahun Lalu Susah Cari Sekolah Untuk Anak.” Ahmad Idham Bina Sekolah Pendidikan Khas, Kemudahan Untuk Anak Istimewa
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Wow! Durian Runtuh Menanti Pendeposit Simpan SSPN Sempena Sambutan Jubli Perak PTPTN!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club