Liza Abdullah antara aktres hebat 80-an yang terkenal dengan bakat lakonannya yang sering kali meninggalkan kesan buat penggemar drama bersiri tempatan.
Mula dikenali sebagai penyanyi pada tahun 1984 sebelum namanya menjulang sebagai pelakon sejak membintangi filem Ali Setan pada 1985.
Hampir empat dekad bergelar pelakon, pemilik nama sebenar, Norliza Abdullah tidak menyangka, pada usia ‘senja’, dirinya masih diterima peminat serta menjadi pilihan pengarah dan penerbit untuk berkarya.
Kerja keras demi membesarkan anak
Dia mengaku tidak pernah mengejar anugerah, sebaliknya memberi prestasi terbaik dalam setiap kerja dilakukan.
“Dengan bakat kurniaan Tuhan ini, saya beroleh rezeki. Tidak pernah terfikir mengenai anugerah.
“Saya ikhlas dan bekerja keras demi kelangsungan hidup dan membesarkan anak.
“Saya percaya kalau ikhlas dan buat yang terbaik, orang akan cari kita. Biar nama kita meniti di bibir orang. Akhirnya, hasil kerja kita yang berbicara, bukan populariti yang datang dan pergi.
Ads
Ikhlas cari rezeki, glamour datang kemudian
Bukan soal bayaran sahaja, sebaliknya pelakon terkenal dengan watak Mak Leha ini tidak gemar berkongsi di media sosial. “Saya berpegang pada prinsip tak perlu kongsi, tak kisah benda betul. Kalau rasa dikhianti, kena tipu dan sebagainya. “Saya tak pernah break dalam bidang seni, mungkin kerana saya sentiasa buat yang terbaik dan juga berkat keluarga , orang ramai nakkan saya dalam bidang ini. pernah juga saya pernah cari kerja lain tetapi perancangan Allah lebih baik. Syukur kerana saya masih relevan kerana apa yang saya buat ikhlas kerana nak cari rezeki. soal glamour itu datang kemudian kalau kita buat yang terbaik.
“Ini rezeki Allah, sebab itu saya sentiasa all out dan tak ada istilah cincai dalam setiap watak yang saya terima tak kira kecil mahupun besar. Kita kena ada prinsip hidup, bila kita buat yang terbaik Insyaallah itu yang bantu kita kekal relevan. “Alhamdulillah, sekali kita dah ambik atau terima bayaran saya takkan komplen dan anggap itu rezeki. walaupun sikit tetapi berkat. Kalau dapat sikit, jangan merungut tetapi usah war-war kerana itu melibatkan ‘maruah’ kita.
Syawal meriah dengan cucu sulung
Bercakap sambutan raya, akui Liza sekarang bertambah meriah dengan kehadiran cucu sulung.’ ‘Kami sekeluarga ambil keputusan untuk beraya di Kuala Lumpur secara sederhana. saya sejak dahulu keutamaan adalah anak-anak. tidak kisah bab ganti baju kerana yang penting anak-anak. untuk diri saya sepasang jubah atau baju kurung sudah memadai.
Ads
Tak malu mengaku tak masak
Ditanya soal menu raya, sejujurnya Liza Abdullah tak malu mengaku tidak pernah masak untuk keluarga dan anak-anak. “Baik ketika raya mahupun hari biasa. tetapi rezeki Allah, bekas suami saya keterer. Sekarang lagi mudah kerana boleh order secara online. secara tak langsung ini boleh membantu kawan-kawan lain yang berbisnes.
‘Cuma saya tahu, kalau masak mesti sedap. saya juga seorang yang mengikut sukatan sejak dahulu lagi. Tak pandai untuk agak-agak seperti orang lain. Waktu anak masih kecil, air tangan ibu ditagih. tetapi sejujurnya sebelum kahwin pun arwah ibu tak benarkan untuk saya masuk dapur.
Belajar buat puding karamel dengan arwah zaibo “Tetapi saya pernah buatkan menu puding karamel jadi saya sempat belajar dengan arwah Zaibo. Selain itu, saya juga belajar buat rojak buah, anak-anak pun dah faham bahkan kalau saya masak maggi pun mereka sudah beria memuji sedap. “Begitu juga ketika bersahur, saya bersyukur dapat anak-anak yang baik kerana kami bangun makan buah kurma sahaja kerana saya tak memasak.
“Lagipun waktu sahur saya tak praktikkan memasak. manakala untuk berbuka, kalau dapat teh tarik dan murtabak pun memadai. Cuma moreh, ada juga saya makan lebih.
Ads
Cara bawa diri dalam bidang seni.
Berbeza dengan zaman dahulu, kena faham tujuan masuk dalam bidang seni.Namun sekarang cukup mudah untuk dikenali tetapi tak bertahan lama.
“Saya jenis orang yang buat kerja bersungguh-sunguh. Saya buat kerja kerana duit. soal pencapaian atau anugerah itu saya tak pernah terfikir tetapi kalau dapat syukur. Kena ingat zaman sekarang nak jadi artis mudah sangat tetapi nak bertahan lama itu susah.
“Sebab itu kalau kita buat ikhlas, kerana nak cari rezeki dan memanfaatkan orang lain insyaAllah takkan ada masalah untuk bertahan lama,”tegas Liza Abdullah lagi.
Pelakon, Raja Ilya yang kini sarat hamil anak kedua mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak berapa lama lagi.
Menerusi Instagramnya, pelakon yang kini menerap di Australia ini memuat naik video ketika mengumumkan jantina bayi anak keduanya itu bersama keluarga.
Apa yang menariknya pengumuman itu dilakukan oleh anak pertama Raja Ilya, Talita yang memotong sebiji kek.
“Pada hari lahir Talita yang ke-2, satu pengalaman yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
“Kami suruh Talita dedahkan jantina bayi yang bakal jadi adik beradiknya tak lama lagi.
“Waktu itu, matanya bersinar dan kegembiraannya tak dibuat-buat. Satu pemandangan yang sangat berharga sampai buat kami menitiskan air mata,” luahnya sebak.
Tambah Raja Ilya lagi, dia dan keluarga amat teruja untuk menyambut bayi kedua dalam kehidupan mereka malah berterima kasih kepada suami yang selama ini sentiasa memberikan sokongan dan kasih saying tak berbelah bagi.
“Kami sangat gembira untuk menyambut seorang lagi malaikat kecil dalam keluarga kami, dan tak sabar untuk melihat ikatan indah yang akan terbentuk antara dua anak kami.
“Terima kasih, Trent, kerana menjadikan keluarga ini lengkap. Kasih sayang dan sokongan amat bermakna bagi kami. Sayang awak lebih daripada kata-kata,” luahnya lagi.
Terdahulu, pada Mei lalu, Raja Ilya mengumumkan bakal menimang cahaya mata keduanya bersama suami, Trent Garrett. Pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Talita Love, 2 tahun.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Pasangan selebriti popular, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza yang memuat naik gambar mereka sekeluarga menarik perhatian warganet di media sosial.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Zahirah atau nama lengkapnya Nur Zahirah Macwilson Zainul Macwilson di laman Instagramnya, potret keluarga ini dilihat cukup sempurna.
Apa lagi dengan kehadiran dua cahaya mata pelengkap bahagia mereka, Isaac Raees dan Inara Raisa yang baru dilahirkan pada Jun lalu.
“Our first family photo,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Zahirah dan Aiman kekal bahagia hingga ke syurga bersama anak-anak tersayang.
Malah penampilan Zahirah dengan status ibu anak dua dipuji wargamaya. Ibu cantik manis ini dilihat cukup cantik berseri, terserlah aura keibuannya lebih-lebih lagi selepas menimang anak perempuannya pada Jun lalu.
Sekadar info, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Isaac Raees dan Inara Raisa.
Setiap orang mempunyai rezeki yang berbeza. Rezeki juga bukan sekadar wang ringgit tapi pelbagai bentuk yang dikurniakan kepada kita. Dan kita terima dan redha apa yang tuhan bagi kepada kita.
Begitulah yang dikongsikan ini.
REZEKI
Hamka pernah berkata,
Rezeki tu bukan bermakna kau dapat apa kau nak. Tapi bila kau terima apa yang Tuhan beri.
Kau belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itu rezeki dia.
Kau tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pula rezeki dia.
Allah swt hantar Musa ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.
Allah hantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda
Pelajari sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama. Semua ada pro dan kontranya!
Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa.
Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko nak menjawab depan Allah nanti.
Jadi, sebelum kau terus mengeluh tentang itu ini, kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.
Kau dapat apa kau nak, tak semestinya kau boleh terus bergembira. Kau tak dapat apa kau nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia.
Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kau titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kau ke syurga.
Kredit: Pakar Diari Hati
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam dunia moden yang pantas, internet bukan lagi satu kemewahan ia adalah keperluan setiap keluarga moden! Dari si kecil yang sibuk menonton video YouTube,...