Melihat perjalanan hidup seseorang wanita bergelar isteri tentunya orang paling dekat yang kita nampak adalah corak kehidupan ibu kita sendiri. Betapa susah payahnya ibu mengurus hal rumah tangga, menyediakan makan pakai anak-anak, dan segalanya terletak di bahunya. Seakan begitu berat untuk dipikul namun ibu tidak sedikit pun merungut melakukan tanggungjawabnya.
Atas sebab ini juga, suatu ketika wanita ini masih belum berkahwin bertekad tidak mahu bergelar suri rumah sepenuh masa. Dan lain pula kisahnya setelah berkahwin. Melalui beberapa fasa dan sehinggalah akhirnya lebih merasakan betapa bahagianya bergelar suri rumah sepenuh masa.
Nak tahu apa sebabnya, ikuti perkongsian penuh daripadanya dan semoga kisah ini bermanfaat.
Saya memang sangat skeptikal dengan title ‘suri rumah.’
Melihat mak besarkan kami 9 beradik, takde masa untuk diri sendiri, semuanya hanya pelbagai lagi untuk anak-anak, dengan dunia sekecil rumah, banyak masa di dapur, memang saya bertekad, saya tak mahu jadi suri rumah.
Saya belajar betul-betul, sungguh-sungguh, salah satu sebabnya ialah : saya tak mahu jadi suri rumah. Titik.
Saya buat master pun, saya pernah dapat 4 flat. Punya gigih nya nak plan masa depan sebagai perempuan yang bekerja. Ada duit sendiri. Ada masa untuk diri sendiri. Dapat bergaul dengan ramai orang.
Jujur, saya berkahwin dalam keadaan saya memang tak pandai bab dapur. Tak tahu masak langsung. Nak buat nasi goreng pun kena call mak. Bahan-bahannya perlu detail. Kalau main ‘ikut sedap rasa’ memang saya tak buat. Takkan menjadi.
Setahun lepas kahwin, Allah takdirkan saya menjadi seorang suri rumah. Sudah tentu tanpa kerelaan saya. Saya hilang kerja, saya hilang duit sendiri.
Ads
Stress nya hanya Tuhan yang tahu. Saya benci segalanya. Saya benci dapur. Saya benci penyapu. Lebih teruk, saya benci diri sendiri.
Duduk pula dengan mertua. Memang saya banyak diam. Salah satunya sebab perbezaan bahasa. Saya orang n9, mertua orang kelantan. Pekat kelantan. Bila bercakap macam ayam dan itik. Daripada tersalah cakap, lebih baik diam.
Makanya, saya lebih banyak simpan semuanya sendiri. Roda hidup saya betul-betul di bawah. Biras saya semua kerja hebat. Lagilah saya rasa terpinggir. Malu dengan status suri rumah. Saya depress!
Emosi makin teruk bila saya dapat temuduga untuk jawatan geneticist di salah sebuah hospital. Saya contact semua kawan-kawan yang dapat temuduga yang sama. 90% persediaan dah dibuat. Bila tiba masa interview, saya tak boleh pergi. Suami saya sakit. Memang flat habis tak boleh bangun.
Saya kecewa. Semangat saya hilang. Baju yang dah siap bergosok, saya buang dalam tong sampah. Saya buang semua nota yang saya dah buat. Berkali-kali saya cakap pada diri sendiri, “kau gagal! Kau dah gagal!”
Saya sabotaj diri sendiri.
Ads
Terperuk dalam rumah. Taknak jumpa orang. Selalu lesu. Selalu sakit kepala. Kesihatan saya merudum.
1 hari, Allah temukan saya dengan seorang manusia yang sangat banyak mengubah persepsi saya terhadap suri rumah.
Kami berjumpa di hospital. Umurnya hampir 40 tahun tapi baru dapat tahu yang dia mengandungkan anak pertamanya. Permata yang ditunggu hampir 15 tahun. Waktu tu, saya masih belum mengandung.
“Akak baru berhenti kerja tau. Tak sabar nak tengok baby akak ni keluar. Nak besarkan sendri dengan tangan akak. Ikut acuan akak. Akak nak jadi orang pertama yang ajarkan dia perkataan baru, orang pertama yang ajarkan abc, alif ba ta, ajar tentang akhlak, ajar tentang Tauhid. Akak nak jadi guru pertama untuk anak akak. ”
Saya termenung lama. Betapa selama ni, saya melihat ‘suri rumah’ tu dari sudut pandangan yang salah.
Saya lupa, saya mula membaca seawal usia 4 tahun adalah berkat kegigihan mak yang menjadi guru pertama saya. Mak tersenyum puas bila saya mula membaca surat khabar pada usia 5 tahun. Mak tersenyum bangga bila saya khatam quran pada usia 6 tahun.
Ads
Inilah kebahagian, kejayaan, dan kebanggaan sebenar seorang suri rumah bila anak-anak dapat capai sesuatu melalui acuan yang kita sendiri buat.
Saya baru nampak semua ni lepas Allah temukan saya dengan kakak tadi. Subhanallah, baiknya Allah pada saya.
Terlampau lama saya ambil masa untuk bangun. Hampir 3 tahun saya down. Teraba-raba mencari diri. Hampir 3 tahun saya ambil masa untuk sedar yang jadi suri rumah tu ok je. Bukan masalah besar pun. Malah, banyaknya kelebihan dalam proses tumbesaran dan pembelajaran anak-anak.
Baiknya Allah. Tak lama lepas tu, baru saya disahkan mengandung. Itupun setelah saya mula bangun setelah 3 tahun saya sabotaj diri sendiri.
Suri rumah sekalian,
Kita mungkin takde duit yang banyak di tangan. Jangan sedih! Hidup kaya bukan syarat untuk bahagia.
Bahagia tu kita yang pilih. Berhenti sabotaj diri sendiri. Allah pasti sedang tentukan sesuatu yang baik untuk kita. Bersangka baik saja pada aturanNya.
Orang mungkin boleh pinjam baju kita. Kita pun boleh pinjam baju orang lain. Tapi selesanya tetap tak sama. Walaupun baju kita biasa-biasa, tapi itulah yang buat kita selesa, gembira, dan bahagia. Baju kita sendiri.
Sri A’jilah Samsir,
Mak memang idola saya, dulu, kini, dan selamanya Terima kasih, mak!
Salah satu alatan yang wajib ada di dapur adalah pengisar dan tidak dinafikan barangan ini kerap digunakan untuk pelbagai tujuan. Bukan sahaja untuk mengisar cili dan bawang, malah ada juga yang menggunakan untuk membancuh adunan kek, mengisar kelapa parut untuk dapatkan santan yang lebih pekat dan pelbagai lagi dengan menggunakan pengisar ini. Apa yang pasti, begitu banyak ‘khidmat’ yang dilakukan oleh mesin pengisar ini untuk kita dapat menyediakan bahan-bahan masakan dengan lebih mudah dan cepat.
Pun begitu, andai tiba-tiba mesin pengisar ini bila ditekan suiz tidak pula boleh berfungsi, memang pening kepala juga dibuatnya. Kalau boleh masa-masa itu juga hendak dibeli baharu.
Namun tahukah anda daripada menggantikan mesin pengisar tersebut dengan yang baharu dan membuang blender lama serta-merta, lebih baik anda lakukan DIY mudah ini untuk membaiki mesin pengisar anda.
Ini kerana menurut perkongsian Fb Khairul Amri Cikgu Canopy, mesin pengisar yang dianggap rosak itu sebenarnya masih elok jika dibaiki pada bahagian safety lock yang biasanya ada pada mesin pengisar pelbagai jenama.
Ada fungsi penting safety lock tu.bila dah buang kena beringat la. Hati hati .. Pagi ni tetiba rajin nak repair2 sikit. Ambik blender yang orang dah buang luar rumah sebab rosak katanya.
Blender jenis lama yang ada safety lock penyakit dia hampir sama. Tak kira jenama terkenal atau cap ayam. Jika tak boleh on, jangan buang.
Cuba check dulu safety lock dia. Setakat ni dah 3 blender Sharp, Panasonic dan Pensonic saya berfungsi dengan baik bila kita repair safety lock dia. Blender model lama..Blender moden dah lain kot..
Cara Membaiki Mesin Pengisar Pada Bahagian Safety Lock
Caranya mudah sahaja, buka terlebih skrew yang ada pada bahagian mesin pengisar, kemudian ikat menggunakan gelang getah bahagian safety lock tersebut seperti di dalam gambar di bawah.
Kemudian pasang semula pada kedudukannya dan mesin pengisar sudah boleh berfingsi semula.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Pasangan ini cukup terkenal dalam usaha-usaha kemanusiaan. Baik Noh Hujan mahupun Mizz Nina, masing-masing sering mengikuti misi kemanusiaan di luar negara. Bukan itu sahaja, banyak perubahan pada diri masing-masing usai mengambil jalan mendekatkan diri padaNya.
Terbaru, pasangan itu sekali lagi mendapat perhatian dan pujian netizen di laman Twitter apabila video mereka berdua sedang membaca kitab suci al-Quran meraih lebih 65,900 tontonan dan 5,100 perkongsian.
Mengaji bersama-sama…
Tweet berkenaan berkongsi semula sebuah Instastory milik Mizz Nina yang memperlihatkan dia dan suaminya sedang mengaji al-Quran bersama-sama. Sweetkan?
Lebih menarik apabila mereka mengambil keberkatan sempena 1 Zulhijjah dan Mizz Nina turut berkongsikan kebaikan tarikh tersebut melalui posting di Instagramnya.
“It’s friday AND it’s the first of Dhul hijjah. The first day of the best 10 days of the year! Double blessing, Alhamdulillah!
There are no days in which righteous deeds are more beloved to Allah than the blessed 10 days and nights of Dhul hijjah. Let’s not waste these blessed 10 days and make it the best 10 days of our life!
Also, don’t forget to read your Al-Kahf today! Make lots of duaa ??
Itu yang dikongsikan oleh Mizz Nina menerusi laman instagramnya.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi yang postif dari pengikutnya, rata-rata memuji dan kagum dengan pasangan suami isteri ini yang sentiasa mengutamakan dari sudut rohani walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga.
Membawa anak-anak ke kedai serbaneka tentunya jika ingin dimbau pelbagai insiden kita anak beranak berlaku di sana. Ada kelakar dan tidak kurang juga membuatkan kita sebagai ibu ayah berasa cemas dan cuak.
Lebih-lebih lagi jika kita terjatuhkan barang yang ada di sana. Bila ini berlaku, sepantas kilat kita akan segera ambil barang tersebut dan letakkan semula di tempat asalnya.
Itu insiden biasa berlaku, namun lain pula kisah dan pengalaman penyanyi dan usahawan terkenal, Datuk Fazley Yaakob bila baru-baru ini berkongsi video di laman Instagram.
Kelihatan dia sedang memegang kayu mop untuk membersihkan lantai sebuah kedai serbaneka gara-gara anak lelakinya termuntah di kedai tersebut. Hal ini telah menjadi bualan netizen bahkan telah meraih pujian orang ramai.
“Piyush termuntah di kedai? Hahaha, masih saya ingat masa ni, Fierudz masih kecil lagi, tak ingat apa yang dia makan, terus termuntah masa sampai kedai.
“Kelam kabut saya pinjam baldi dan mop dari kedai tu. Nak marah (anak) kasihan dan masa yang sama, yang muntah tu anak saya, takkanlah saya nak tinggal dan biar pekerja kedai yang bersih kan?
“Kalau anda, anda buat apa,” coretnya menerusi ruangan kapsyen
Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen memuji dengan tindakan yang dilakukan oleh Datuk Fazley Yaakob.
“Kejadian yg rare berlaku.. kalo org lain dah keluar tggl kan aje staff yg akan buat.. Respect Dato! ,” komen salah seorang netizen.
“Mulianya pekerti Dato & beri contoh yg baik buat anaknya juga masyarakat 👍🏼👍🏼👍🏼,” puji yang lainnya.
“Saya pun akan buat bnda yang sama.. jika anak tumpahkan makan or air kat kedai pun saya minta tisu pada owner kedai bersihkan lantai dan meja sebelum balik.. In shaa Allah jika kita sentiasa permudahkan urusan orang lain Allah akan permudahkan urusan kita ❤️,” komen yang lain.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rotan murid, hanya guru besar, guru diberi kuasa. Hukuman rotan hanya boleh dilaksanakan oleh guru besar atau guru yang diberikan kuasa dan tidak boleh dikenakan ke atas murid perempuan.