Tanggangjawab sebagai ketua keluarga tentunya bukan tugas yang mudah. Apatah lagi saat melalui waktu getir PKP ini, semahunya ingin diusahakan untuk pastikan seisi keluarga ada makanan untuk diisi ketika perut berasa lapar.
Namun apakan daya, bila tahap kesihatan tidak mengizinkan dan disyaki pula mempunyai covid-19. apa yang dilalui pesakit tersebut turut mengundang rasa sedih di hati doktor ini dan dikongsikan di akaun fbnya.
Ini perkongsiannya.
“Doktor, tolonglah. Saya merayu sangat sangat ni. Benarkan saya balik dulu. Kalau susah nafas lagi saya janji saya datang balik.”
Pesakit depan aku ni datang ke bahagian kecemasan sebab sukar bernafas.
Awal tadi dia maklumkan dadanya terasa sempit, seolah olah dia sedang berada di kawasan aras tinggi yang mana kandungan oksigen dalam udaranya makin menipis.
Selepas dipakaikan ‘face mask oxygen’ menutupi hidung dan mulutnya, barulah pernafasannya terasa lancar.
Detail sejarah pesakit diambil, physical examination, blood investigation dan juga pemeriksaan xray dada dilakukan.
Hasilnya setelah perbincangan dengan pakar perubatan, kami memutuskan lelaki awal 40 an ini kemungkinan besar antara yang dijangkiti penyakit Covid19.
Dia perlu ditahan untuk pemeriksaan lanjut dan mesti dimasukkan ke wad isolasi khas bagi penyakit berjangkit untuk proses rawatan.
Sebaik saja keputusan tu dimaklumkan kepadanya, terus dia merayu-rayu mohon supaya tak dimasukkan ke wad.
Ads
“Saya ada isteri dan anak anak di rumah. Paling kecil baru je umur 6 bulan. Dah 2 minggu saya tak kerja doktor. Saya kena usaha lagi carikan makanan untuk family saya.
Saya tak boleh duduk kat sini doktor. Tolonglah faham.”
Matanya dah berkaca. Aku tahu dia sedang berusaha menahan tangisan.
Serius aku pun jadi sebak sama. Mujur pakai face shield. Bolehlah cover sikit.
Aku faham sangat apa yang dia nak sampaikan.
Dia ketua keluarga sama macam aku.
Benda paling utama yang berlegar di fikiran kami ialah bagaimana nak pastikan ahli keluarga terus survive pada saat saat sukar begini.
Bagaimana nak pastikan ada sedikit makanan dapat diletak atas meja makan di rumah sana.
Ads
Bagaimana nak pastikan semua ahli keluarga terus kekal selamat di dalam rumah.
Malangnya permintaan tu tak dapat aku tunaikan. Pesakit ni wajib ditahan terlebih dulu demi kebaikan masyarakat yang lebih besar di luar.
Pahit untuk ditelan tapi itulah realiti yang sedang berlaku ketika ini.
Hampir semua pesakit yang datang ke hospital waktu kritikal ni bukan atas kemahuan. Mereka terdesak kerana benar benar perlukan bantuan.
Namun kerapkali ia berakhir dengan sebuah perpisahan.
Antara ketua keluarga dengan ahli keluarga yang lain.
Antara ibu dengan anak.
Ads
Antara suami dengan isteri.
Dan jika penyiasatan lanjut menunjukkan keputusan positif, maka perpisahan itu hanya akan berakhir melalui 2 cara sahaja.
Pesakit sembuh sepenuhnya lalu berpeluang untuk kembali memeluk semua kesayangannya.
Atau ianya berakhir dengan sebuah kematian yang menatijahkan perpisahan yang kekal buat selamanya.
Sebab itu suka atau tak, kita sebenarnya kena terima hakikat bahawa dah tak ada jalan lain yang terbentang di depan melainkan kita semua wajib menangi peperangan ini.
Kawan-kawan,
Kalian mesti terus kuat.
Usahalah untuk terus kekal bertahan di balik dinding rumah dan kami akan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik di baris depan.
Biasanya bila teringin makan tauhu telur kita akan membelinya di pasar. Tapi sebenarnya ramai tak tahu untuk menyediakannya sendiri adalah cukup mudah.
Jika mahu lebih sihat bahan yang segar dan organik seperti resipi yang dikongsi oleh Chef Sue M Arukin. Jadi, keluarga dapat menikmati hidangan yang dijamin mutu serta kebersihannya. Selamat mencuba!
TAUHU TELUR
Bahan-bahan:
500 ml air soya segar (tanpa gula)
6 biji telur organik
5 gram tepung jagung
1/2 sudu teh garam halus
Cara Membuat:
1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga kembang. Ketepikan.
2. Di dalam periuk, satukan air soya bersama tepung jagung dan garam. Kacau rata di atas api sederhana hingga suam (jangan sampai mendidih). Sejukkan sebentar.
3. Satukan telur yang sudah dipukul tadi bersama campuran soya. Tapis ke dalam mangkuk tahan panas lalu kukus selama 20 minit atau hingga tauhu mengeras. Sejukkan.
4. Potong mengikut cita rasa dan goreng hingga keperang-perangan. Hidangkan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tentu ada kerap sendawa dan badan apabila ditekan akan mengluarkan angin tanpa henti dan sering membuatkan bahagian dada rasa panas.
Selain mendapatkan nasihat doktor, apa kata cuba petua ni. Boleh bantu hilangkan angin dalam badan.
PETUA BUANG ANGIN DALAM BADAN GUNA 3 BARANG DAPUR JE
Seminggu dua ni kan badan Dila banyak angin. Nak berurut tak sempat balik keje pun dah lewat kan. Alhamdulillah syukur Dila dah jumpa petua MUDAH buang angin guna bahan di dapur je. Senang kan boleh terus buat. Bahan-bahan: Serai 3 batang Halia 2 inchi Susu tepung 3 gelas air
Cara buatnya:
1. Ketuk serai ,halia kemudian panaskan periuk masakkan 3 gelas air sekali. Rebus sampai jadi segelas untuk diminum.
2. Masukkan susu tepung apa jenama pun boleh Dila guna EVERYDAY. Hehe sedap rasanya.
3. Kacau dan biar mendidih sekejap tutup api. Minum suam-suaam waktu pagi perut kosong tau. 4. Boleh amalkan seminggu 2x kali. Insyaallah angin akan berlumba-lumba keluar. Bole #syerkan untuk orang yang banyak angin. Mujarab tau petua Dila ni. Terailah. Semoga bermanfaat.
Secara umumnya pembelajaran seseorang kanak-kanak berbeza mengikut tahap usianya. Kebiasaannya daripada usia 2 sehingga 7 tahun kanak-kanak akan mula membina kebolehan dalam dirinya. Pada tahap ini dia akan mula mencari sebab dan berfikir merujuk kepada dirinya sendiri. Kemudian selepas 7 tahun barulah dia melihat persekitaran lura daripada dirinya.
Ini bermakna jika ingin mengajar anak dengan mudah terutama yang memasuki pra sekolah, berikan contoh-contoh yang mempunyai kaitan dengan diri mereka. Misalnya, kanak-kanak yang lebih kecil memahami untuk belajar konsep abjad, nombor dan warna berbanding perkara-perkara abstrak seperti tatabahasa, pantun dan sebagainya. Seterusnya ikuti panduan lain untuk pembelajaran mudah bagi si manja anda.
1.Tempoh masa
Kanak-kanak hanya mampu memberikan tumpuan untuk jangkamasa yang pendek. Oleh yang demikian, sewaktu anda membuat aktiviti dengan anak anda, misalnya menggunakan flash card, ataupun membuat gerakerja tertentu menggunakan buku atau kertas, pastikan anda berhenti sebentar untuk rehat ataupun tukar kepada aktiviti yang lain apabila anak anda dilihat mula bosan atau menunjukkan kenakalannya.
2.Pengulangan
Lakukan pengulangan supaya pembelajaran yang diajar diingati dengan mudah. Biarkan mereka mengulang sesuatu aktiviti, tajuk atau set perkataan. Di samping itu, penyediaan kerja rumah (homework) dapat membantu anak anda mempelajari pembelajaran dengan cepat. Wujudkan jadual supaya ia dilakukan secara rutin dan konsisten.
3.Kenali personaliti
Bagi kanak-kanak yang mudah mesra, dia mampu bersosial dengan baik dan boleh belajar sesuatu bahasa dengan cepat kerana mereka hendak berkomunikasi. Kanak-kanak jenis ini tidak takut untuk membuat kesilapan. Belajar secara berkumpulan dengan kanak-kanak lain mungkin lebih baik baginya. Manakala bagi yang jenis pendiam, tidak suka melakukan kesilapan dan tidak akan memulakan sesuatu perkara atau tindakan sehinggalah mereka mendapat kepastian. Bagi yang jenis pendiam, ia lebih perlukan privasi, keadaan yang lebih senyap dan tenang untuknya mempelajari sesuatu bahasa.
4.Ketahui minat anak.
Apabila anda memahami dan tahu mengenai hal ini mudah untuk melakukan pembelajaran. Persoalan seperti Apakah kepekaan mereka yang paling utama? Adakah mereka sukakan gambar-gambar atau membaca? Jika ya! Galakkan anak anda menggunakan lukisan, gambar, peta dan gambarajah sebagai sebahagian daripada bahan pembelajaran mereka.
5.Baca kuat
Sejak kecil lagi anak suka mendengar anda membaca buku cerita sebelum tidur. Oleh itu, tidak mustahil ada segelintir kanak-kanak suka mendengar kepada penerangan dan membaca dengan kuat. Malah mungkin cara nyanyian dan lagu.
6.Anak aktif
Anak anda seorang yang lincah dan bertenaga. Sukar untuk mengawalnya supaya duduk diam seketika. Jika mempunyai anak sebegini boleh menggunakan permainan (game) untuk menggalakkan mereka bergerak dan juga menari bersama si manja.
7.Suasana ceria
Untuk menarik minat anak, ia perlu dilakukan dalam suasana yang seronok dan tidak memberikan tekanan (stress-free). Galakkan anak anda untuk menuruti kehendak dan minatnya sendiri. Sebagai contoh, jika anak anda meminati badminton, berikan dia bahan bacaan berkaitan dengan badminton. Cara ini menarik minat anak-anak untuk membaca dengan pekara yang dia suka.
TIP MUDAH
1.Berikan pujian dan galakkan
2.Jangan mengkritik apabila melakukan kesilapan.
3,Sediakan bahan bacaan yang diminatinya
4. Ruang untuk pembelajaran yang selesa
5. Sediakan jadual pembelajaran di rumah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.