Jodoh, pertemuan, ajal dan maut itu adalah rahsia Tuhan yang tiada siapa dapat menduga. Kita merancang namun perancangan dariNya itu lebih terbaik.
Seperti mana satu kisah ini dipaparkan di Utusan Malaysia umpamanya cukup menyentuh perasaan bila mana menjadi saksi kasih sayang sejati bekas suami terhadap isterinya yang sakit tenat akibat menderita uremia.
Siapa sangka pasangan yang sebelum ini berpisah kerana tidak sehaluan namun kembali berkahwin semula.
Sungguh murni hati bekas suaminya yang difahamkan berasal dari waliyah Henan, China kerana tidak sanggup melihat bekas isterinya menempuh saat getir menaggung sakit tenat bersedirian.
Sanggup Jual Rumah Biaya Kos
Lapor World of Buzz, Chen Zhenfeng, 39, juga sanggup menjual rumahnya bagi membiayai kos perubatan untuk merawat Xie Hongxia yang menghidap uremia.
Uremia merupakan salah satu tanda tahap akhir penyakit buah pinggang apabila organ itu sudah berhenti berfungsi.
Menurut 8world, Zhenfeng dan Hongxia bertemu sembilan tahun lalu dan berkahwin beberapa bulan selepas berkenalan. Namun, pasangan itu bercerai 2019 disebabkan masalah rumah tangga.
Hubungi Bekas Isteri
Selepas dua tahun perceraian, Zhenfeng menghubungi bekas isterinya untuk bertanya khabar dan mendapat tahu Hongxia menderita uremia.
Zhenfeng kemudian melawat Hongxia di hospital dan melamar bekas isterinya untuk berkahwin semula setelah tidak tahan melihat keadaan wanita itu yang terlalu sakit.
Sanggup Derma Buah Pinggang
Hongxia pada mulanya menolak lamaran Zhenfeng kerana tidak mahu membebankan bekas suaminya dengan perbelanjaan perubatannya.
Namun, Zhenfeng bertegas mahu menjaga dan menemani Hongxia sepanjang hayatnya.
Malah, Zhenfeng juga memberitahu sanggup menderma buah pinggangnya untuk bekas isterinya.
Hongxia tidak sanggup menolak niat baik Zhenfeng dan akhirnya menerima lamaran perkahwinannya. – AGENSI
Sumber : Utusan Malaysia
Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!
ARTIKEL MENARIK : “Orang Nak RM100,000 Kita Tak Jual…” Penjual Pokok Keladi Hiasan Ni Sayang Keladi Jenis Guine 916 Gold
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!