Perkongsian seorang pensyarah menjadi tular apabila luahannya apabila terserempak dengan bekas pelajar mendapat perhatian ramai.
Pensyarah yang dikenali sebagai Dr Syazwani Drani itu telah meluahkan rasa sedihnya apabila terserempak dengan belajar pelajarnya yang bersusah payah mencari rezeki untuk menampung keperluan hidup.Ramai pengikutnya sangat tersentuh dengan cerita tentang bekas pelajarnya itu.
Sebak dan sayu hati ini bila terjumpa semula bekas pelajar saya yang sedang struggle mencari sumber pendapatan. Saya tunggu sahaja sampai dia habis makan. Saya hanya tengok dari dalam kereta.
Suap demi suap dia makan saya tengok, tersentuh sungguh hati ini, mengalirlah jugak air mata saya. Masa saya nampak dia tengah membuka bungkusan makan yang dibeli. Saya jadi terdetik nak panggil dia, tapi terfikir pula, nanti dia tak sempat nak makan pula, takpelah, saya sabar menanti sampailah dia habis makan, bila sudah selesai, barulah saya panggil.
Reaksinya apabila melihat saya seperti yang telah saya jangkakan, dia teruja dan segan, sempat juga dia berkongsi kesusahan yang dialami, antara yang menyentuh hati saya.
Ads
Dia cakap ‘Saya suka masa hujan DR’ sebab masa tu ramai orang tak keluar rumah, masa tu order banyak.
Ya Allah, kita ni dalam hujan duduk di rumah je, order sahaja apa nak, mereka yang mencari pendapatan pula bersusah payah, bergolok gadai nyawa membawa motor. Risiko pun ada bila bawak motor semasa hujan.
Sungguh ikhlas mereka menolong orang lain memudahkan urusan penghantaran makanan kepada kita. Tapi kita tak nampak kesusahan si penghantar ni macam mana.
Ads
Kalau barang tu lambat sampai sedikit, kita sebagai pelanggan janganlah marah, bukan niat mereka sebenarnya untuk melambat-lambatkan penghantara,. Sebagai pelanggan buatlah mereka gembira dengan berkata terima kasih ketika barang makanan sampai.
Itupun sudah cukup menghilangkan rasa penat mereka menghantar, kalau nak cepat, nak maki orang sebab lambat sampai, kenapa kita ni tak keluar sendiri je, kan lebih cepat.
Terus boleh dapatkan?. Kita ni jangan lupa bersyukur dengan apa yang kita ada “sekali sekala tu letak la kaki kita dalam kasut mereka” barulah kita tahu selesa ke ketat ke basah ke,” Dengan situasi sekarang ni, ramai sebenarnya yang terkesan. Kita sebagai pelanggan janganlah memberatkan lagi beban mereka dengan kata-kata yang mungkin mengguris hati mereka.
Ads
Ketika itu, saya ada menghulurkan sesuatu kepadanya, pemberian saya ditolak, selepas beberapa kali saya memberitahunya hasrat saya untuk membantu, dapat dilihat matanya mula berkaca, Allahu, ianya betul-betul meruntun hati, ucapan terima kasihnya tidak pernah lekang dibibir.
Kemudian saya pun berlalu pergi, mendung di luar namun hujan di dalam, saya doakan awak akan sentiasa berjaya dan dipermudahkan setiap urusan mencari rezeki. Saya juga doakan agar pelajar saya ni dipelihara dari sebarang musibah, serta mendapat perlindungan dari Allah.
Kisah pensyarah dan bekas pelajarnya ini membuktikan bahawa pendidik sangat menyayangi anak didiknya, sebagai pensyarah mereka ini sudah pasti ingin melihat mereka berjaya, sangat berharap ilmu yang sudah diajar dapat menjadi bekalannya dalam usaha mencari pekerjaan.
Namun apakan daya, kita tidak mampu mengawal peluang pekerjaan dan situasi ekonomi yang mencabar hari ini, mungkin itulah antara faktor membuatkan pensyarah ini merasa sayu melihat para pelajarnya yang masih ‘stuggle’ untuk memulakan hidup.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tunjang sebuah keluarga adalah ketua keluarga iaitu suami dan ayah kepada anak-anak namun jika sesuatu terjadi pada tunjang tersebut, pasti kehidupan sekuarga akan berubah.
Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita dari dari Kampung Tok Jembal di sini berubah sepenuhnya selepas suaminya yang sebelum ini cergas kini hanya terbaring akibat serangan strok berdarah sejak enam bulan lalu.
Sakinah Abdullah berkata, suaminya, Ahmad Azahar Wan Embong bukan sahaja tidak mampu lagi untuk bekerja sebagai tukang rumah, malah telah kehilangan ingatan dan tidak mampu lagi menguruskan diri .
“Serangan strok berdarah pada 12 September tahun lalu itu telah merosakkan kira-kira 70 peratus saraf otak suami.
“Dia kini tidak ingat apa-apa dan hanya boleh minum susu khas yang dimasukkan menerusi tiub yang ditebuk melalui kerongkongnya,” katanya ketika ditemui di rumah di sini baru-baru ini.
Sakinah berkata, pada mulanya suaminya itu hanya mengadu sakit kepala sebelum diserang sawan pada pukul 4 pagi.
Tambahnya, suaminya telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu sebelum disahkan mengalami strok berdarah.
“Keadaanya sangat kritikal sehingga dia terpaksa ditidurkan di dalam wad selama dua bulan.
“Suami kini sudah stabil, namun dirinya banyak berubah dan bukan lagi seperti dahulu. Saya sendiri pun dia tidak kenal,” katanya.
Sakinah berkata, dia kini terpaksa menumpukan perhatian terhadap suaminya dan menyerahkan pengurusan kedai makan kepada anak sulungnya, Wan Ahmad Faizal, 31.
Ibu kepada lima anak itu berkata, penjagaan suaminya turut dibantu anak keempatnya, Wan Nur Farah Farihin, 23, yang sudah berkahwin.
“Perniagaan kedai makan kami agak merosot pada waktu ini ekoran keadaan ekonomi semasa sedangkan kos perubatan suami mencecah RM3,000 sebulan.
“Bagi menampung perbelanjaan termasuk membiayai kos pengajian anak bongsu berusia 20 tahun yang masih belajar di Akademi Binaan Malaysia, saya mengambil upah membuat ketupat palas,” katanya.
Orang yang bersimpati boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun bank bernombor 13017028354141 (Bank Islam) atau menghubungi Sakinah di talian 011-3758 4434.
Semenjak kebelakangan ini, banyak kes kebakaran dilaporkan. Apa yang menyedihkan adalah apabila kejadian itu turut membawa maut.
Baru-baru ini, sebuah kebakaran di laporkan berlaku di Kampung Alma, Bukit Mertajam yang mengorbankan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) selepas kediamannya dijilat api.
Kejadian itu berlaku pada jam 5 petang dan mangsa, Nuraida Hashim yang terlantar di atas katil di dalam bilik sejak dua tahun lalu, tidak sempat diselamatkan.
Menurut abang ipar mangsa, Abdul Rais berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi anaknya yang memaklumkan rumah mereka terbakar. Ketika itu, Abdul Rais bersama isterinya berada di Kulim, Kedah untuk urusan peribadi.
Jelas Abdul Rais, anaknya sempat melarikan diri bersama neneknya berusia 80-an. Malangnya, ibu saudaranya, Nuraida, yang terlantar di atas katil tidak dapat dibawa bersama berikutan api sedang marak dengan pantas.
“Saya kemudian terus menghubungi bomba dan polis untuk mendapatkan bantuan sebelum bergegas pulang ke rumah.”
Abdul Rais percaya, kebakaran itu berpunca daripada litar pintas di bilik mangsa. Tetapi menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran itu berlaku.
Pemeriksaan lanjut menyatakan mangsa ditemui berada di atas katil sebelum disahkan telah meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Seorang bayi berusia 16 bulan dari Bekasi, Indonesia mengejutkan wargamaya apabila mempunyai berat sebanyak 27 kg. Ianya bukanlah sesuatu yang normal bagi perkembangan bayi seusia dengannya.
Bayi yang bernama Muhamad Kenzie Alfaro ini mengalami obesiti kerana ibunya telah memberi minum susu pekat manis kerana tidak mampu membeli susu formula sejak dilahirkan.
Dilaporkan Kenzie kini terpaksa dirujuk ke beberapa hospital kerana situasinya itu tidak normal bagi bayi seusianya dan bimbang terdapat kesan dari penyusuan susu pekat yang diberi kepadanya.
Menurut laporan, ramai ibu bapa yang memberikan susu pekat kepada bayi kerana menganggap fungsinya sama dengan susu formula. Lebih-lebih lagi harganya jauh lebih murah berbanding susu formula.
Lebih-lebih lagi, susu pekat juga mudah disimpan dan tahan lebih lama.
Penat kaum ibu masak untuk bersahur, berbuka puasa untuk keluarga, pahala menanti. Waktu inilah mak-mak jadi 'wira' yang tak disanjung tapi tetap jadi tulang belakang seluruh keluarga.