Sejak petang tadi, seluruh warga maya seakan dapat melepaskan kerinduan kepada negarawan Malaysia dan juga bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhammad atau lebih mesra di panggil Tun M.
Sejak gagal mempertahankan kerusi di Parlimen Langkasi, Tun Dr Mahathir Mohamad seakan sepi daripada arena politik negara. Namun menerusi hantaran terbaharunya di laman sosial, rata-rata seluruh warga maya seakan dapat melepaskan kerinduan kepada insan yang banyak berjasa dalam pentadbiran serta pembangunan negara sewaktu kepimpinannya dulu.
Menerusi hantaran Tun M di laman sosialnya itu menceritakan mengenai seorang kanak-kanak cilik bernama Umar Amirul Shakur Haiccal atau mesra dipanggil Umar yang telah mewawancara negarawan ini untuk sebuah saluran Youtube.
[TRENDING] Wawa Zainal Hadiahkan Rumah Buat Mak Dan Ayah Di Semenanjung
[LAYAN SELERA] Buat Tauhu Sendiri. Mudah Dan Jimat. Yang Penting HALAL
Jika sebelum ini subjek utama yang akan dikongsikan di laman sosial milik Tun M adalah aktiviti yang berkaitan dengan tugasannya atau perkembangan parti yang dinaungi namun untuk hantaran kali ini amat berbeza.
Seakan teruja menceritakan mengenai Umar, warga maya dapat dilihat kemesraan mereka walaupun pertama kali berjumpa.
“Dalam temuramah tadi, saya cukup seronok dengar celoteh Umar dan dia begitu petah bercakap.”
Untungnya Umar apabila dipuji oleh lagenda negarawan yang menjadi idola ramai itu.
“Umar baru berusia 12 tahun dan minat bolasepak.”
“Tanya Umar, macam mana nak capai umur 97 tahun. Saya jawab kena tunggu lagi 85 tahun lagi baru tahu macam mana boleh capai.”
“Banyaklah soalan ditanya umpamanya bagaimana saya di zaman bersekolah, apa pesanan ibu saya, kenapa bina KLCC, Putrajaya, KLIA, pandangan bolehkah jadi influencer saja tanpa belajar dan banyak lagi,” kongsi Tun M mengenai wawancara bersama kanak-kanak cilik itu.
Apa yang paling menarik perhatian warga maya adalah Umar sempat ajar Tun M buat mini love.
“Sengaja saya usik minta jelaskan apa itu ‘mini love’. Yang saya faham, rapatkan ibu jari dan jari telunjuk tu.. itu simbol minta duit!
“Umar terangkan simbol love asalnya besar, kena guna dua tangan untuk cantum jadikan love, tapi ada orang cipta pula simbol love dengan dua jari. Pandai dia menjawab. “ Cerita Tun M lagi mengenai Umar.
@bintangkecilmy Siapa sangka Tun M dah boleh buat mini love untuk semua #TunMahathir #TunM #MiniLove #BintangKecil #kids #Fyp #foryou #foryoupage ♬ Buah Hati – Armada
Patutlah Tun M teruja bercerita tentag Umar ini, memang petah orangnya. Anda boleh melihat sendiri Umar menerangkan mengenai Mini Love dalam sat hantaran video di TikTok Bintang Kecil.
Rupanya Umar adalah salah seorang kanak-kanak yang terpilih untuk bertemu dengan idola dan menjadikan Tun M sebagai tokoh yang ingin ditemui.
Umar juga pernah menjadi host dalam program Pa&Ma TV melalui segmen Adik Tanya terbitan Nu Ideaktiv Sdn Bhd.
Dalam sebuah segmen khas, saluran Bintang Kecil yang aktif di Youtube telah merealisasikan impian Umar untuk bertemu legenda iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad.
Di akhir hantaran, Tun M sempat menitipkan pesanan buat Umar.
“Saya pesan kepada Umar, rajin-rajinlah belajar supaya masa depan lebih terjamin. Semoga impiannya tercapai suatu hari nanti. InsyaAllah.” Tulisnya mengakhiri hantaran tersebut.
Sementara itu, menjengah di ruangan komen ramai yang memuji tokoh negarawan itu kerana begitu ‘sporting’ melayan ketelah Umar.
Malah Tun M sempat memakai helmet Star Wars apabila ditanya ‘Kenapa ada helmet Star Wars dalam pejabat saya – The Mandalorian dan Darth Vader.’
@bintangkecilmy Replying to @bende sia 😂 Tun M memang sporting habis lahh #bintangkecil #tunmahathirmohammad #fyp ♬ Tiba-tiba (Speed Up) – Quinn Salman
“Tun tetap idola dan jadi inspirasi untuk anak-anak dan generasi akan datang. Semoga satu haru nanti lahir seorang great leader seperti Tun untuk Malaysia.” – Robin Labu
@chedetofficialSaya ditemuramah Umar Amirul Shakur Haiccal untuk satu rancangan di YouTube. Umar baru berusia 12 tahun dan minat bolasepak. Tanya Umar, macam mana nak capai umur 97 tahun. Saya jawab kena tunggu lagi 85 tahun lagi lah baru tahu macam mana boleh capai. Dalam temuramah tadi, saya cukup seronok dengar celoteh Umar dan dia begitu petah bercakap. Banyaklah soalan ditanya umpamanya bagaimana saya di zaman bersekolah, apa pesanan ibu saya, kenapa bina KLCC, Putrajaya, KLIA, pandangan bolehkah jadi influencer saja tanpa belajar dan banyak lagi. Umar tanya saya, kenapa ada helmet Star Wars dalam pejabat saya – The Mandalorian dan Darth Vader. Sebenarnya helmet ini dicetak mengguna 3D-printer. Saya berminat dan beli printer ini untuk buat sendiri beberapa barang, cumanya perlu belajar program dan sabar tunggu hingga siap. Kalau dahulu saya ukir kayu guna pisau dan tangan, sekarang semuanya pakai mesin. Lebih mudah. Cuma perlu faham dan mahir untuk program mesin saja. Semasa bergambar di hujung temuramah, Umar minta posing dengan “mini love”. Sengaja saya usik minta jelaskan apa itu “mini love”. Yang saya faham, rapatkan ibu jari dan jari telunjuk tu itu simbol minta duit! Umar terangkan simbol love asalnya besar, kena guna dua tangan untuk cantum jadikan love, tapi ada orang cipta pula simbol love dengan dua jari. Pandai dia menjawab. Saya pesan kepada Umar, rajin-rajinlah belajar supaya masa depan lebih terjamin. Semoga impiannya tercapai suatu hari nanti. InsyaAllah.♬ Full Senyum Sayang – Evan Loss
[TIP KEWANGAN]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club