Sejak petang tadi, seluruh warga maya seakan dapat melepaskan kerinduan kepada negarawan Malaysia dan juga bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhammad atau lebih mesra di panggil Tun M.
Sejak gagal mempertahankan kerusi di Parlimen Langkasi, Tun Dr Mahathir Mohamad seakan sepi daripada arena politik negara. Namun menerusi hantaran terbaharunya di laman sosial, rata-rata seluruh warga maya seakan dapat melepaskan kerinduan kepada insan yang banyak berjasa dalam pentadbiran serta pembangunan negara sewaktu kepimpinannya dulu.
Menerusi hantaran Tun M di laman sosialnya itu menceritakan mengenai seorang kanak-kanak cilik bernama Umar Amirul Shakur Haiccal atau mesra dipanggil Umar yang telah mewawancara negarawan ini untuk sebuah saluran Youtube.
Inilah Umar. Kanak-kanak cilik yang telah menambat hati Tun M.
Jika sebelum ini subjek utama yang akan dikongsikan di laman sosial milik Tun M adalah aktiviti yang berkaitan dengan tugasannya atau perkembangan parti yang dinaungi namun untuk hantaran kali ini amat berbeza.
Seakan teruja menceritakan mengenai Umar, warga maya dapat dilihat kemesraan mereka walaupun pertama kali berjumpa.
“Dalam temuramah tadi, saya cukup seronok dengar celoteh Umar dan dia begitu petah bercakap.”
Kepetahan Umar telah menambat hati Tun M.
Untungnya Umar apabila dipuji oleh lagenda negarawan yang menjadi idola ramai itu.
Ads
“Umar baru berusia 12 tahun dan minat bolasepak.”
“Tanya Umar, macam mana nak capai umur 97 tahun. Saya jawab kena tunggu lagi 85 tahun lagi baru tahu macam mana boleh capai.”
“Banyaklah soalan ditanya umpamanya bagaimana saya di zaman bersekolah, apa pesanan ibu saya, kenapa bina KLCC, Putrajaya, KLIA, pandangan bolehkah jadi influencer saja tanpa belajar dan banyak lagi,” kongsi Tun M mengenai wawancara bersama kanak-kanak cilik itu.
Apa yang paling menarik perhatian warga maya adalah Umar sempat ajar Tun M buat mini love.
Amboi Umar, pandai ajar atuk buat mini love yeh. Manalah Tun M tak tertarik.
“Sengaja saya usik minta jelaskan apa itu ‘mini love’. Yang saya faham, rapatkan ibu jari dan jari telunjuk tu.. itu simbol minta duit!
“Umar terangkan simbol love asalnya besar, kena guna dua tangan untuk cantum jadikan love, tapi ada orang cipta pula simbol love dengan dua jari. Pandai dia menjawab. “ Cerita Tun M lagi mengenai Umar.
Ads
Patutlah Tun M teruja bercerita tentag Umar ini, memang petah orangnya. Anda boleh melihat sendiri Umar menerangkan mengenai Mini Love dalam sat hantaran video di TikTok Bintang Kecil.
Rupanya Umar adalah salah seorang kanak-kanak yang terpilih untuk bertemu dengan idola dan menjadikan Tun M sebagai tokoh yang ingin ditemui.
Umar juga pernah menjadi host dalam program Pa&Ma TV melalui segmen Adik Tanya terbitan Nu Ideaktiv Sdn Bhd.
Dalam sebuah segmen khas, saluran Bintang Kecil yang aktif di Youtube telah merealisasikan impian Umar untuk bertemu legenda iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad.
Team Bintang Kecil yang telah merealisasikan impian Umar untuk bertemu tokoh negarawan, Tun Dr Mahathir Mohammad.
Di akhir hantaran, Tun M sempat menitipkan pesanan buat Umar.
Ads
“Saya pesan kepada Umar, rajin-rajinlah belajar supaya masa depan lebih terjamin. Semoga impiannya tercapai suatu hari nanti. InsyaAllah.” Tulisnya mengakhiri hantaran tersebut.
Sementara itu, menjengah di ruangan komen ramai yang memuji tokoh negarawan itu kerana begitu ‘sporting’ melayan ketelah Umar.
Malah Tun M sempat memakai helmet Star Wars apabila ditanya ‘Kenapa ada helmet Star Wars dalam pejabat saya – The Mandalorian dan Darth Vader.’
“Tun tetap idola dan jadi inspirasi untuk anak-anak dan generasi akan datang. Semoga satu haru nanti lahir seorang great leader seperti Tun untuk Malaysia.” – Robin Labu
Setiap suami isteri ada cara tersendiri dalam menyantuni pasangan masing-masing. Justeru, sebagai orang luar, tidak wajar untuk mengadili cara yang mereka praktikkan. Sebaliknya, cuba untuk lebih menghormati. Kerana mereka lebih mengetahui apa yang terbaik dalam rumah tangga. Usah mengecam atau melemparkan kata-kata yang kurang enak.
Demikian yang berlaku baru-baru ini, tular kisah pelawak Shuib digelar sebagai suami dayus hanya kerana dia meminta izin kepada isterinya, Siti Sarah untuk membeli motorsikal impian.
Menjelaskan isu berkenaan, Siti Sarah menerusi perkongsian Instagramnnya tampil mempertahan suaminya. menurut pelantun lagu Semakin ini , dia cukup kagum dengan sikap Shuib yang jujur dan menghormatinya sebagai isteri.
Menurutnya, Shuib boleh sahaja membeli apa sahaja mengikut keinginannya tanpa perlu meminta izin, namun atas dasar tanggungjawab menjadi satu kebiasaan buat suaminya meminta kebenarannya dulu.
“Tak sangka pulak citer mintak izin isteri utk beli motor jadi isu yg besar. Yg peliknya, ramai lelaki meganggap berterus terang dgn isteri atau menghormati isteri adalah sesuatu yang dayus.
“Alhamdulillah saya bersyukur pada Allah kerana pinjamkan saya seorang suami yg baik dan bertanggungjawab walhal dia boleh beli lebih dari moto tanpa bertanya pun pada saya.
Dalam perkongsian tersebut, Siti Sarah turut memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan komen negatif dari netizen berkenaan hal tersebut.
Siti Sarah meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang melabel suaminya yang jujur sebagai dayus, sedangkan lelaki yang sanggup menipu isteri pula dianggap sebagai berani.
“Yang saya tak faham, lelaki2 ni menganggap menipu isteri tu lebih berani dari berterus terang yang dianggap dayus. Ya Allah, ampunilah dosa2 mereka sekiranya kata2 mereka meyakiti suami ku… Amin ❤️,” tulisnya di kapsyen.
Perkongsian Siti Sarah mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Rata-rata bersetuju dengan pandangan isteri kesayangan Shuib itu. Malah turut melahirkan rasa kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan kepada Shuib.
missliana111 Tahh skit2 dayus. Elok ler tny isteri dl. Time ssh pandai plak ngn isteri. Time sng xkn xleh nk tny isteri dl.. tmpang hangin gak kt org ckp dayus kalau suami mntk izin isteri pape..
azleen_ismail Komen netizen tu yg dayus bodo x reti mintak izin isteri x reti nak hormat wanita. Macm kita hormat mak kita. For me tak salah pun mintak izin apa2 daripada isteri sbb harta bersama. Siti Sarah dan Syuib semoga mahligai dibina kekal hingga ke jannah. Amin
arifothmann Saya lebih suka bertanya kpd isteri sebab itu salah satu kongsi kebahgiaan asbab satunya kami suami ni menghormati isteri , abaikan komen negatif sbb dia xhadapi atau dia mempunyai masalah emosi dgn isteri dia mungkin siapa tahu.
kojieyama Jgn dilayan. Nanti jadi sama level. Dalam agama, suami yg membahagiakan isteri ni sgt mulia, sebagaimana Rasulullah saw membahagia S.A Khadijah dan SA Aisyah. Kita skrg ni lebih terikut dengan adat yg mana isteri umpama hamba. Padahal Islam letak wanita, ibu dan isteri di tahap tertinggi.
akmalaqil18 Sbb tu lah pintu rezeki shuib sentiasa terbuka..sbb dia utamakan isteri dia dulu…mmg berkat hidup dia..?
adeqlina Tak de istilah dayus .. Berterus terang lagu bagus dari menipu isteri. Lelaki yang konon Kate x yah mintak izin isteri tu, better x yah kawin. Bila dah kawin ni semua boleh bincang, gurau senda dlm perkahwinan..kalau rase menipu bini tu lagi bagus.. Satu Je aku nak ckp, #silameninggal
Beberapa selebriti turut memberi komen berkenaan hal tersebut.
catrionabrianross Lelaki tipikal akan sorok dan menipu, lelaki bertanggubgjawab akan sit down and berbincang dgn isteri ?
umieaida9 Alhamdulilah..contoh suami yang baik.. ?
Anak sulung Shuib Sepahtu, Uwais Alqarni sememangnya cukup meminati sukan golf. Bahkan Allahyarham Siti Sarah sewaktu hayatnya masih ada sangat memberi galakan.
Baru-baru ini juga Shuib ada berkongsikan kejayaan Uwais yang dinobatkan sebagai juara pada kejuaraan pertama yang disertainya.
Terbaru, Shuib Sepahtu, memuatnaik video yang mempamerkan aksi hebat Uwais pada kejuaraan Palm Resort Junior Open Golf Championship. Berjaya mengakhiri tournament ini dengan jayanya, Shuib dan Raissuddin bersorak riang melihat aksi anak sulung ini.
Rata-rata melahirkan Rasa terharu dan sebak melihat Shuib memeluk erat dan mengucup Uwais.
Anak yang hebat hasil didikan Shuib dan bapa mertuanya ini tidak mustahil boleh menjadi seorang yang ternama dalam sukan termasyur ini.
Siapa yang tak kenal dengan Mohamad Sufian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank yang merupakan pereka kandungan digital yang sedang meningkat naik kerana video-video yang dihasilkan sangat mengagumkan.
Apa yang lebih membanggakan, Sofyank telah bekerjasama dengan Zack King yang merupakan pereka kandungan digital terkenal di seluruh dunia.
Selepas memenangi ‘Ultimate VFX Challeng- ‘Magic Of The Month di Los Angeles beberapa bulan lalu, karya Sofyank terus menjadi bualan dan menjadi inspirasi kepada bidang kandungan digital.
Baru-baru ini, dalam program Luncheon Talk: VFX Designer Sofyank, di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) telah mengatakan hasrat untuk menubuhkan sebuah syarikat poduksi di ibu negara menjelang akhir tahun ini.
Beliau berharap penubuhan syarikat itu diharap dapat membuka peluang kepada lebih ramai bakat tempatan untuk menceburi bidang berkenaan.
“Saya mahukan sebuah pasukan yang ramai dan penuh dengan individu yang kreatif seperti pasukan Zach King, sehingga boleh menghasilkan pelbagai video menarik dan hebat.”
“Ini kerana, buat masa ini, saya hanya bergerak sendiri terutama dalam membuat kerja-kerja suntingan. Jadi, apabila sudah ada syarikat produksi, saya fikir mungkin akan ada lebih banyak masa untuk diri sendiri.”
Pada masa sama, anak kelahiran Wakaf Bharu, Kelantan ini bersikap terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana individu atau syarikat dalam menghasilkan karya video kreatif.
Sofyank sebelum ini telah beberapa kali berkolaborasi dengan selebriti antarabangsa antaranya Paul Ruud (Ant-Man) dan Jonathan Majors (Kang The Conqueror) selain pernah menarik perhatian antarabangsa apabila pelakon terkenal, Will Smith memuat naik semula video yang disuntingnya, malah sehingga kini, video ciptaan beliau ditonton oleh jutaan pelayar media sosial.
Stesen minyak bina rumah untuk kucing jalanan, semua anak bulus comel, gebu dan sihat. Seorang wanita meluahkan rasa gembira apabila melihat sebuah stesen minyak yang mengambil inisiatif luar biasa dengan menyediakan sangkar khas untuk kucing jalanan di kawasan Setia Alam, Selangor.