“Saya Sudah Cuba Rawatan IVF 5 Kali, Cuma Tak Cerita Pada Orang.” Perkongsian Siti Lepas 4 Bulan Dapat Aafiyah.

Share

11 tahun menanti untuk mendukung dan memeluk zuriat sendiri bukanlah mudah. Pelbagai rintangan dan dugaan dihadapi. Itu belum termasuk kata-kata dan cercaan orang kononnya duit banyak tapi tidak berusaha.

Di sebaliknya, orang tidak tahu pelbagai kaedah dan rawatan yang Dato’ Sri Siti lakukan, namun tidak berjaya. Sebut sahaja baik tradisional seperti mengurut mahupun kaedah rawatam, segalanya dicuba namun kalau Dia kata belum masanya , usaha bagaimana sekalipun tidak berjaya.

Menerusi sedutan program terbaru #AbitWithEbit episod ke-3 dibawakan khas oleh #alfatehjunior menerusi saluran @114TvAlhijrah, Dato Sri Siti berkongsi cerita tentang dugaan yang dilalui dan penantian selama 10 tahun demi menimang cahaya mata.

Malah, inilah pertama kali  biduanita yang juga penyanyi nombor satu negara membuka mulut bercerita dengan masyarakat perjalanan rawatan yang dilakukan selama ini sebelum dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Siti Aafiyah.

Di dalam rancangan tersebut Dato Sri Siti mengakui 10 tahun bergelar isteri, dia tidak putus-putus berdoa agar dikurniakan zuriat.

“10 tahun itu adalah satu tempoh yang lama tapi saya dah kuat kerana saya dah positif dan fikirkan yang baik saja kepada Allah sebab saya dah cuba macam-macam rawatan.

“Pergi berurut, buat rawatan tradisional dan juga rawatan moden. Saya dah buat IVF lima kali tapi tak cerita pada orang kerana tak nak nanti orang kata itu pun nak cerita orang.

“Ada sesetengah cakap dan tulis, ada duit banyak pun tapi tak nak berusaha, padahal saya dah usaha cuma saya tak beritahu sahaja,” ujar Dato Sri Siti dengan nada penuh emosi.

Sabar dan cekalnya Dato’ Sri Siti dalam usaha mendapatkan zuriat sendiri.

Semoga kecekalan ibu Aafiyah ini menjadi inspirasi kepada bakal ibu di luar sana yang sedang dalam proses mendapatkan anak.

Malah, Penceramah dan juga pengacara bagi program tersebut, Ebit Lew pernah berkongsi cerita ketika menemu bual Dato’ Sri Siti sewaktu rakaman ini dilakukan Bulan Julai yang lalu.

Sumber: IG ebitlew