Ibu bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia setahun empat bulan, yang maut dilanggar bas sekolah di Salak Tinggi, berharap agar polis tidak mengenakan tindakan undang-undang terhadap pemandu terbabit.
“Saya dan suami reda dengan pemergian anak kami, malah tidak berdendam dengan pemandu bas tersebut,” kata Zainab Mohideen Abdul Kadar, 37, ibu kepada kanak-kanak itu.
Mangsa, Zahida Mohammmad Kassim adalah anak bongsu daripada tujuh adik-beradik.
Menurut Zainab, dia sudah lama mendapatkan khidmat pemandu itu untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah.
Katanya, ketika hari kejadian dia dan suami sedang bekerja manakala anak-anak mereka dijaga oleh ibu mentuanya.
Dia dalam pada Itu mengakui belum berjumpa pemandu berkenaan. Namun lelaki berusia 50 tahun itu ada menelefon dan memohon maaf.
“Saya pun tak boleh nak salahkan abang bas itu sebab dia pun dah trauma sangat, lagi pun dia susah dan bas dia kena sita,” katanya.
Ads
Pembantu kantin itu dalam nada hiba berkata walaupun kehilangan anaknya itu meninggalkan kesan mendalam, dia rela hati memaafkan pemandu bas berkenaan.
Sementara itu, kakak kepada mangsa, Nurul Aishah, 13, berkata ketika kejadian, dia baru turun dari bas itu selepas memberikan duit belanja sekolah kepada adiknya yang berusia lapan tahun.
Katanya selepas turun dari bas dia ternampak Zahida di bawah kenderaan itu yang sedang bergerak.
Ads
“Saya cepat-cepat ambil dia sebelum tayar belakang bas melanggarnya lagi. Saya menjerit dan selepas itu terus bawa Zahida masuk ke dalam rumah.
“Kemudian ada jiran yang datang dan bawa saya serta nenek bersama Zahida menaiki kereta ke klinik kesihatan berdekatan,” katanya.
Nurul Aishah berkata selepas menyedari Zahida dilanggar, pemandu bas itu segera turun dan meminta maaf kepada neneknya, namun neneknya menyuruh pemandu itu menghantar budak-budak ke sekolah dahulu.
Ads
Pak cik datang semula selepas selesai hantar budak-budak. Pak cik cakap dia minta maaf, dia tak nampak (Zahida) dan tidak sengaja melanggarnya,” katanya.
Menurut Nurul Aishah adiknya itu seorang kanak-kanak yang ceria dan suka mengekori kakak-kakaknya, serta sangat manja dengan ayah dan nenek.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata pemandu bas itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis malam tadi selepas selesai memberi keterangan.
“Kita akan siapkan siasatan dan bawa kertas siasatan ke pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sumber: BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Umumnya, kita selalu minum air cincau berwarna hitam, pun begitu mungkin jarang-jarang terlihat adanya cincau berwarna hijau.
Melalui perkongsian daripada Ashraf Shuib, ada menunjukkan bagaimana dia menghasilkan cincau hijau daripada tumbuhan cincau untuk info bersama. Jom semak.
Akhirnya, berjaya juga saya buat cincau hijau.
Cincau hijau asal dari daun pokok cincau hijau.
Nama saintifik pokok ni Melasthoma polyanthum.
Pokok ni dibiakkan dengan keratan batang. Mudah hidup. Jenis pokok renek.
Boleh tanam dalam pasu ja.
Cincau hijau paling mudah nak buat.
Bahan-bahan hanya daun cincau hijau dengan air.Ramas daun dan biar beku sendiri.
Cara-caranya :
1. Petik 20 helai rain cincau.
2. Basuh setiap helai daun cincau dengan bersih.
3. Kemudian koyak kecil-kecil daun cincau untuk mudah diramas.
4. Masukkan 200ml air ke dalam bekas yang berisi daun cincau tadi.
5. Kemudian ramas-ramas hingga daun mengeluarkan lendir.
6. Kemudian ditapis dan perahkan sedikit limau nipis.
7. Setelah itu, biarkan beku selama 2 jam atau masukkan dalam chiller.
Tidak ada yang lebih berharga dibandingkan kebahagiaan dan kegembiraan buat anak tersayang yang sentiasa menjadi penguat jiwa.
Itulah yang dirasai oleh primadona Erra Fazira yang sentiasa menitipkan kata-kata indah serta doa buat anaknya, Engku Aleesya Engku Emra.
Terbaru menerusi posting terbaru di Instagram, Erra jauh di sudut hatinya meluahkan rasa bahagia seorang ibu apabila melihat kegembiraan yang dikecapi oleh anak.
Mom bahagia sgt bila tengok senyuman anakanda .. tak sempat nak surprise kan dia.. dia dah sambar dulu iphone tu dr dlm kotak!! 😆 Tgk dia happy.. Hilang segala penat lelah Mom..
Engku Aleesya yang sebelum ini dilihat sebagai seorang pemalu, telah menarik perhatian peminat apabila beraksi gembira sambil memegang hadiah hari jadinya.
Rata-rata teruja dengan gelagat Engku Aleesya yang kelihatan ceria di samping Erra.
“Dia dgn mom nampak ceria kalau tak pemalunya ya ampun.
“Cuba perhatikan picture dia dgn org lain…mcm tak nak senyum sangat…tapi kalau dgn mummy dia ni…wahhh ceria n sporting betul.
“Bila dengan bunda dia nampak senyum dia.
“Nampak ceria gembira betul bila dengan Mom kesayangan.
“Dekat 10 x kita ulang tengok.. comel sgt nampak happy je 2 beranak.
Terdahulu, yang memyambut ulang tahun kelahiran yang ke-12 pada 30 Mac lalu.
Pening kepala dibuatnya bila memikirkan bulu kucing kesayangan kita yang gugur dengan banyaknya setiap hari. Bimbang si comel kesayangan kita sakit atau mengalami kemurungan sehingga gugur bulunya.
Pelbagai persoalan yang membelenggu. Ditambah dengan terpaksa menguruskan bulu-bulu ini setiap hari, kita makin bertambah buntu.
Jangan buntu dan stress, dengarkan penjelasan daripada Dr Mazrul Fahmi Mahadzir, doktor vaterinar dari Nadia Veterinary Clinic ini.
KENAPA BULU KUCING SAYA GUGUR TERUK?
Ini adalah antara masalah common yang cat parent hadapi. Dan kat klinik pun, vet akan ditanya soalan ni, kenapa kucing saya bulu gugur teruk? Kenapa kucing saya bulu tak cantik?
Untuk masalah ni, macam biasa kita cari dari PUNCA. Jangan duk bagi supplement memacam tapi acik ankel tak kenal pasti punca, sudahnya duit habis melayang, anak bulus tak gebu gebas pon.
Dan antara punca yang boleh dikaitkan dengan bulu gugur ni ni:
1. PEMAKANAN
First thing, cek dulu makanan yang diberi kepada anak bulus. Banyak garam? No no nooo. Warna warni? No no no lagi. So acik ankel perlu bagi anak bulus makanan premium yang ada kandungan protein, omega dan zat lain yang lengkap tau. Nak anak bulus lawa memang perlu melabur sikit, untuk kesihatan berpanjangan.
2. HORMON IMBALANCE Adakah anak bulus acik ankel dah dimandulkan? Pemandulan pun membantu dalam mengurangkan keguguran bulu ni. Sebab bila hormone imbalance , contohnya dia nak mengawan, tapi acik ankel memilih nak menantu yang kerja majistrett, ahli music jalanan takmau, so acik ankel dah menghalang dia untuk mengawan. Lalu hormone dalam badan pun taktuang senang cerita. Oleh itu, sila hantar anak bulus anda untuk dimandulkan so takde dah hormone imbalance ni. Kucing happy kita pun happy kan?
3. KUTU
Kadang-kadang, ramai catparent terlepas pandang. Kucing acik ankel indoor, macam mana pulak nak dapat kutu ye dok? Tapi acik ankel perlu ingat, acik ankel bukan indoor tau, acik ankel kan pergi kerja, pergi shopping hehew. Tambah pulak ada kucing luar suka menempel depan pintu rumah acik ankel. Sila bawa anak bulus acik ankel ke klinik vet at least 2 bulan sekali untuk general checkup tau.
4. STRESS Kucing pun tahu stress tau. Jangan ingat kita je stress. Hehee. Walaupun anak bulus kita tak pergi kerja, tapi dorang ada banyak sebab boleh stress. Dari segi persekitaran mungkin boleh buat dia stress. Keadaan rumah yang bising? Ada anak acik yang suka buli kucing? Ataupun ada kucing lain yang suka buli dia? Acik ankel tak main pun ngan anak bulus? Pun boleh buat dia stress. So kita sebagai catparents ni perlu kurangkan stress dalam rumah. Kan ke kita nak kucing happy kan kita, so kita kenalah bekerja sama happykan anak bulus gak.
Harap dengan post ni dapat membantu catparents semua untuk faham masalah bulu gugur pada anak bulus ni. LION CUT bukanlah satu-satunye penyelesaian tau.
Sila bawa ke vet dan vet yang akan tentukan sama ada kucing anda perlu dilion cut atau tidak. Dan jangan lupa make sure anak bulus dan fully vaccine, dimandulkan dan bawa ke klinik vet untuk general health checkup setiap 2 bulan sekali tau.
Jangan tunggu sakit je baru nak bawak. Kucing sihat kita pun happy!
Kredit: Dr Mazrul Fahmi Mahadzir via Nadia Veterinary Clinic.
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan, “Tepat 14 tahun kita hidup bersama." Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.