“Saya Seperti Tak Percaya. Kami Baru Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Pertama.” Anak Baru Berusia 62 Hari, Isteri Diuji Suami Maut Kemalangan.

Share

Penantian seorang isteri berakhir dengan kesedihan. Hanya jasad kaku suami yang tiba di depan mata.Bagi Nor Asilah Arahim, 29, dia tindak menyangka, mesej WhatApp diterima pada jam 1 pagi itu adalah yang terakhir buat dirinya daripada suami.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kehilangan suami tersayang buat selama-lamanya cukup perit untuk diterima. Apatah lagi dengan cara yang begitu mengejutkan.

Sementelah dia baru sahaja habis berpantang anak sulung mereka. Pasangan ini baru sahaja menyambut ulang tahun pertama mereka baru-baru ini. Lebih memilukan, Muhammad Faezuan Nor Izuddin, 27, juga baru bergelar bapa setelah dikurniakan seorang cahaya mata berusia 62 hari bernama Maryam Medina.

“ALLAH lebih sayangkannya,” kata Nor Asilah Arahim, 29, isteri Muhammad Faezuan yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berhampiran Kampung Jeram Besu, Raub.

Kemalangan itu turut mengorbankan pasangan suami isteri, Mohd Sajury Abdullah, 63, Sobariah Haron, 54, anak lelaki mereka Uwais AlQurney Abdullah, 6, dan seorang anak saudara mereka Nur Ilham Najwa Rahimi, 20.

Nor Asilah berkata, kali terakhir dia menerima mesej WhatsApp dari suaminya 1 pagi tadi yang memaklumkan dia baru melepasi Lebuhraya Karak.

Arwah suaminya  bersama empat lagi ahli keluarga dalam perjalanan pulang ke kampung untuk meraikan majlis perkahwinan adik dan mengambilnya pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai berpantang anak pertama.

Ketika kejadian, Nor Asilah  berada di rumah mentua bagi membantu persiapan perkahwinan adik iparnya, Dina Amira, 26.

 

“Ketika  lima jam kemudian, saya didatangi dengan kehadiran polis yang memaklumkan suami dan empat ahli keluarga lain maut dalam kemalangan. Saya seperti tidak percaya dan terus menangis teresak-esak kerana terlalu terkejut.

“Pakaian sedondon yang akan kami sekeluarga pakai di majlis perkahwinan esok juga sudah siap digosok.

“Malah, kami baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 23 Mac lalu dan sekarang mempunyai anak berusia 62 hari,” katanya ketika ditemui di rumah arwah Faezuan di Jelawat, di Bachok.

Sumber: Harian Metro & Bernama