Penantian seorang isteri berakhir dengan kesedihan. Hanya jasad kaku suami yang tiba di depan mata.Bagi Nor Asilah Arahim, 29, dia tindak menyangka, mesej WhatApp diterima pada jam 1 pagi itu adalah yang terakhir buat dirinya daripada suami.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kehilangan suami tersayang buat selama-lamanya cukup perit untuk diterima. Apatah lagi dengan cara yang begitu mengejutkan.
Sementelah dia baru sahaja habis berpantang anak sulung mereka. Pasangan ini baru sahaja menyambut ulang tahun pertama mereka baru-baru ini. Lebih memilukan, Muhammad Faezuan Nor Izuddin, 27, juga baru bergelar bapa setelah dikurniakan seorang cahaya mata berusia 62 hari bernama Maryam Medina.
“ALLAH lebih sayangkannya,” kata Nor Asilah Arahim, 29, isteri Muhammad Faezuan yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berhampiran Kampung Jeram Besu, Raub.
Kemalangan itu turut mengorbankan pasangan suami isteri, Mohd Sajury Abdullah, 63, Sobariah Haron, 54, anak lelaki mereka Uwais AlQurney Abdullah, 6, dan seorang anak saudara mereka Nur Ilham Najwa Rahimi, 20.
Ads
Nor Asilah berkata, kali terakhir dia menerima mesej WhatsApp dari suaminya 1 pagi tadi yang memaklumkan dia baru melepasi Lebuhraya Karak.
Arwah suaminya bersama empat lagi ahli keluarga dalam perjalanan pulang ke kampung untuk meraikan majlis perkahwinan adik dan mengambilnya pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai berpantang anak pertama.
Ketika kejadian, Nor Asilah berada di rumah mentua bagi membantu persiapan perkahwinan adik iparnya, Dina Amira, 26.
Ads
“Ketika lima jam kemudian, saya didatangi dengan kehadiran polis yang memaklumkan suami dan empat ahli keluarga lain maut dalam kemalangan. Saya seperti tidak percaya dan terus menangis teresak-esak kerana terlalu terkejut.
Ads
“Pakaian sedondon yang akan kami sekeluarga pakai di majlis perkahwinan esok juga sudah siap digosok.
“Malah, kami baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 23 Mac lalu dan sekarang mempunyai anak berusia 62 hari,” katanya ketika ditemui di rumah arwah Faezuan di Jelawat, di Bachok.
Sumber: Harian Metro & Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika ditanya semua orang, tentu inginkan sebuah rumah yang cantik dan kemas. Biarpun rumah itu, bukan milik tetap, namun tak salah untuk tatahias agar kelihatan cantik pandangan mata.
Begitulah prinsip bagi saudara Wan Mahassan yang berpendapat rumah perlu ditatahias dengan cantik agar memberi ketenangan.
Baginya biarpun duduk di berek PDRM iaitu kediaman sementara, ia tidak menjadi alasan untuk beliau dan isteri mencantikkan kediaman tersebut.
Nyata, hasil sentuhan kreatif pasangan ini, kediaman berek ini, kelihatan bagaikan kondo mewah!
Ikuti perkongsian beliau.
Saya kongsikan teratak sementara kami di Berek PDRM. Kebanyakkannya barang Ecoshop RM2.10. Saya pernah kongsikan sebelum ini. Ini hasil final kami.
BAHAGIAN DAPUR
RUMAH BERI KETENANGAN JIWA
“Bila ditanya tak membazir ke buat cantik-cantik? Kami senyum je, kami perlukan ketenangan dan keselesaan. Kalau hidup sekadar hidup, babi dihutan pun hidup. Jika suatu hari kami diarah berpindah, itu adalah rezeki penghuni baru. Insya Allah kami akan sedekahkan kepada siapa yang bertuah”.
Balik kerja penat-penat, tengok rumah kemas, hilang rasa penat.
Sekarang musim covid, banyak masa dirumah. Kalau rumah bersepah dan tak kemas, tak tenang wey….
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tanam apa pun kalau masih tak berputik dan menunjukkan hasil nak berbuah memang buat kita rasa stress. Mungkin kita akan terfikir adalah salah cara kita menanamnya atau tersalah memilih baja. Semua ini pasti ligat bermain di fikiran kita.
Pening kepala guna macam-macam petua untuk buat pokok limau kita berputik tetapi masih tak nampakkan hasilnya? Petua yang dikongsikan oleh Aisyah Othaman dari #abuNummuulfahminikebun ini pasti sangat-sangat membantu. Paling menarik langsung tak gunakan kos!
Hanya menggunakan daun-daun kering? Hebatnya! Hasilnya pula boleh dilihat dalam masa hanya dua minggu.
“Pokok limau dari #abuNummuulfahminikebun sedang membesar dan mengeluarkan hasil dengan banyaknya selepas setahun lebih ditanam…Alhamdulillah..
Sepanjang setahun lebih ni ada sekali letak baja masa awal-awal ditanam…Selepas itu tak letak apa-apa.
Dalam bulan Februari baru-baru ni, baru teringat satu petua daripada mak, yang dilakukan pada pokok bunga kantan yang ditanam.
Caranya:
Hanya letak daun-daun kering atau daun rumput kering pada pangkal pokok.
2. Selepas dua minggu dengan izinNya, pokok limau mula berputik dengan banyaknya.
22 Februari 2017 iaitu selepas 2 minggu cubaan petua iaitu dengan meletakkan daun kering, pokok limau mula keluarkan banyak putik.
15 Mac 2017 iaitu selepas bunga gugur, pokok limau mula berbuah.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deknah.solehah yang memuat naik momen gelagat anak lelakinya yang masih kecil mengikuti suaminya solat secara berjemaah.
Dalam video tersebut, kanak-kanak berkenaan secara tiba-tiba mendongak sewaktu bapanya sedang rukuk sebelum menyanyikan lagi siri popular, Squid Games.
Tindakan comelnya itu sudah pastilah bapanya gagal menahan diri dari tersenyum dan menyelesaikan tawanya selepas terbatal dari solat yang dikerjakan.
“Pandai dok amek sejadah p sembahyang tepi pak dia. Pastu dia boleh pulak nyanyi lagu Squid Game.
“Last-last dia kena la dengan pak dia tu sebab pak dia kena sembahyang lagi sekali,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas dengan menyatakan terhibur melihat gelagat dua beranak tersebut.
Kredit: Tik Tok @dekna.solehah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.