“Saya Seorang Wanita Yang Sangat Kuat Cemburu” Ustazah Asma’ Harun Tolak Poligami

Share

Sedangkan barang pun nak berkongsi dengan orang lain kadangkala rasa berat, antara adik beradik iri hati anggap ibu ayah ‘berat sebelah’ untuk melayani antara satu sama lain. Inikan pula suami yang kita nak sehidup semati perlu berkongsi kasih dengan yang lain. Sudut kecil hati seorang wanita, pasti akan terhiris bila berhadapan situasi ini.

Sama juga buat pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun yang tetap dengan pendiriannya serta memberitahu bahawa dia enggan menerima kehadiran wanita lain sekiranya suaminya hendak berkahwin lain meskipun soalan tersebut tidak pernah ditanya suami.

“Saya jawab terus terang saya tak nak. Saya tak boleh terima. Saya daripada dulu sampai sekarang saya cakap benda yang sama.

“Tapi suami saya tak pernah tanya pendapat tu. Sebelum dia berniat nak tanya, saya dah bagitahu yang saya tak nak,” katanya dalam perkongsiannya di aplikasi Tiktok.

Dalam pada itu, dia juga mengatakan bahawa dia juga insan biasa yang memiliki sifat kuat cemburu sama seperti wanita lain. Malah, dia bimbang kegagalan mengawal diri akan mendatangkan keburukan kepada dirinya.

“Saya seorang wanita yang sangat kuat cemburu. Saya sangat bimbang saya tidak boleh mengawal cemburu saya dan akhirnya hilang akhlak saya, hilang diri saya.

“Saya tak boleh kawal emosi saya, akan jadi mudarat pada diri saya,” tambahnya.

@ustazahasmaharun USTAZAH KALAU SUAMI USTAZAH NAK KAWIN LAIN?#ustazahasmaharun
#UAHSahabatDuniaAkhirat #fyp ♬ original sound – Ustazah Asma’ Harun

Meninjau di ruangan komen rata-rata bersetuju dengan jawapan yang diberikan oleh Ustazah terutamanya golongan wanita yang menganggap sifat cemburu merupakan lumrah perempuan terutama jika pasangan tidak dapat berlaku adil.

Sumber: TikTok @ustazahasmaharun