Isu membabitkan selebriti ini hangat diperkatakan sebelum ini bila mana beliau memuat naik luahan hatinya terhadap layanan seorang jururawat ketika merawat ibunya, Rasimah Abd Rahman.
Nyata Tuhan lebih menyayangi ibu kepada Azlinda Rafar atau lebih dikenali sebagai Linda Rafar apabila dia meninggal dunia.
Bagaimanapun, Linda bersyukur kerana berkesempatan untuk menjaga arwah ibunya sehingga ke akhir hayatnya.
“Bagi saya ini adalah hak seorang emak. Saya cuma ingin mempertahankan satu-satunya emak saya. Saya percaya doa yang mustajab dan syurga itu berada di bawah telapak kaki seorang emak. Ketika itu saya fikir, kalau apa-apa jadi dekat mak, saya dah tak ada semua itu. Jadi ini adalah masanya untuk saya tolong dan balas jasa mak.”
“Antara semua adik-beradik, saya memang jenis yang tegas dan berani bersuara. Mak saya pun sedia maklum mengenainya. Dalam masa yang sama, mak tahu bahawa anaknya ini seorang yang kuat selain mendoakan yang terbaik buat saya.
“Sebelum ini saya cakap pada mak akan hal ini dan dia sempat berpesan supaya terus bersabar. Apapun saya bersyukur kerana kerana selama hayat arwah, saya berpeluang menjaga mak. Bahkan, rumah saya adalah persinggahan terakhir sebelum pergi buat selama-lamanya.
” Masa Linda call ambulans, mak tengok Linda dan Linda sempat cium dan mengajar mengucap. Dalam ambulans pula, mak sudah tak sedarkan diri dan iringa Linda ke ambulans seolah-olah macam mengiringinya pergi. Sehinggalah di hospital, doktor cakap mak awak dah tak ada apa-apa respons dan mungkin boleh panggil adik-beradik yang lain untuk bacakan Yasin Ketika itu mak dah tak sedar,” ujarnya lagi.
Berikut adalah perkongsian Linda Rafar saat-saat terakhir sebelum pemergian arwah ibunya.
saat-saat terakhir pemergian ibunda Linda Rafar
Linda Rafar menceritakan saat-saat terakhir pemergian ibunda tercinta. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. insyaAllah, amin… #Keluargamag
Posted by Keluarga on Tuesday, 29 January 2019
Dalam pada itu, Linda bersama ahli keluarganya baru-baru ini telah mengadakan satu sidang akhbar. Ia dibuat bagi menuntut lebih dari 100 individu pengguna laman sosial membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi platform media sosial yang digunakan sebelum pihaknya mengambil keputusan untuk memfailkan saman.
Menurut Linda, tuntutan tersebut adalah demi mahu menuntut hak Allahyarhamah ibunya, Rasimah Abd Rahman serta membersihkan nama baik keluarga.
Menurut Linda, sebelum ini dia dan adik beradiknya yang lain telah berbincang untuk selesaikan dengan cara baik. Namun, selepas kematian ibu, pihak-pihak tersebut masih terus mengecam mereka sekeluarga sehingga menjatuhkan reputasi nama dan perniagaan masing-masing.
“Sebenarnya saya dan adik-beradik ada berbincang sebelum mak meninggal untuk selesaikan cara yang baik. Tetapi selepas mak meninggal pada 11 Januari lalu,perkara ini semakin teruk sehingga ada yang memalukan kami. Oleh itu atas sokongan adik beradik dan nasihat peguam, saya teruskan notis tuntutan ini,” jelas Linda sambil mengakui selepas tuntutan tersebut dibuat ramai yang telah membuat permohonan maaf menerusi media sosial.