Kontroversi melibatkan hangat seorang usahawan hangat diperkatakan baru-baru ini apabila secara terbuka menyusu anaknya ditempat awam.
Ramai yang melahirkan rasa tidak puas hati memandangkan perbuatan tersebut yang kurang sopan. Antara yang bersuara termasuklah penyanyi, Liza Hanim.
Menerusi perkongsiannya, jelas Liza Hanim, tidak salah jika ada ibu yang ingin menyusukan anak di tempat terbuka. Namun dalam masa yang sama perlu menjaga adab dan kehormatan sebagai seorang wanita Muslim.
Namun yang lebih penting lagi, soal penjagaan aurat kena diberikan keutamaan.
“Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat. Baru-baru ini ternampak gambar seorang usahawan menyusukan anak dikhalayak ramai dan ambil gambar.
“Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak-anak saya sepenuhnya, saya menyokong usahawan ini di dalam perjalanan menyusu badannya.
“Namun, sebagai seorang saudara di dalam Islam, saya memohon, tolonglah menjaga adab ketika breastfeeding in public. Saya sendiri breastfeed anak saya di mana-mana sahaja.
“Malah, pernah di tepi jalan di Kota Seoul dan ya saya merakam gambar juga. Tetapi kita harus menjaga adab. Aurat harus dijaga,” tulis Liza menerusi kapsyennya.
Ads
Jujur mengakui, teguran tersebut bukan sahaja untuk memberi peringatan kepada orang laain tetapi buat dirinya juga.
“Ini bukan masalah saya berhijab atau dia free hair. Either way, jaga kehormatan kita sebagai wanita dan ibu.
“Allahuakbar, sedangkan kita menutup dengan sesungguhnya ketika breastfeeding pun dipandang serong, apatah lagi di dalam keadaan yang saya lihat usahawan itu.
“Jaga kehormatan kita sebagai wanita. Jaga agama kita Islam. InsyaAllah berkat usaha kita. Murah rezeki kita. Saya bersuara untuk mengingatkan diri saya sendiri juga,” ujarnya lagi.
Satu rakaman video pendek tular di Twitter sehingga menarik perhatian ramai. Video yang memaparkan pengorbanan seorang isteri yang sanggup menunggang motosikal di atas lebuh raya, manakala suaminya yang mengikut rapat daripada belakang dengan menaiki kereta mengundang persoalan netizen.
Ada yang terharu tidak kurang juga yang mengecam tindakan suami wanita berkenaan. Namun, bagi sang suami, Muhamad Firdaus Ibrahim, dia punya alasannya sendiri.
Dia merupakan bekas atlet tenis paralimpik yang lumpuh kedua belah kakinya selepas terlibat dalam kemalangan ketika berusia 16 tahun. Sebelum ini bekerja di Kuala Lumpur, namun terpaksa berpindah ke Ipoh selepas mendapat pekerjaan baru.
“Jadi kami merancang untuk pindah bulan April lalu, namun disebabkan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) kami terpaksa tangguh.
“Now dah boleh rentas negeri jadi kami pun buatlah keputusan untuk pindah barang. Cuma motosikal tu isteri tawar untuk bawa balik sendiri.
“Isteri kata dia dah biasa ‘ride’ jauh-jauh waktu zaman belajar dulu. Selalu ulang alik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke kampungnya Marang,Terengganu. Orangnya kecil , tapi berjiwa besar,” katanya.
Jelas Firdaus, sepanjang di atas lebuh raya, dia memang mengikut isterinya daripada belakang.
“Saya follow dari mula hingga ke rumah. Kalau ikut meter kereta, saya pandu dalam 60 ke 70 kilometer sejam.
“Saya akan berada di belakang dia dalam jarak 100 meter . Kalau banyak sangat kereta beratur belakang, baru saya laju sikit. Lepas tu saya berhenti dan tunggu dia pintas saya semula,” katanya.
Sebagai suami, timbul rasa sebak dan terharu melihat isteri sanggup berkorban menunggang motosikal sehinggakan dia berulang kali meminta maaf pada isterinya.
“Saya rasa kesian dekat dia, banyak kali saya mintak maaf . Banyak kali saya ucap terima kasih kerana sanggup susah senang.
“Ada netizen yang tertanya mengapa tidak pos saja motosikal, namun memang isteri yang tawar daripada awal kami nak pindah barang.
“Cuma dia mintak saya follow dia dari belakang. Minta teman, kalau tak dia tak mahu,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bayangkan apabila masuk rumah aje, pemandangan rumah dengan lintang pukang dan berserabut dengan barang yang bersepah sana sini. Pijak lantai pula, rasa macam berpasir dan berminyak. Bukan itu aje, bilik air, jika tak basuh hari-hari memang berbau lah.
Biasanya kerja mengemas rumah ni ditujukan kepada para isteri. Jika isteri itu bekerja memang tak jadi hal, cuma bila isteri yang bekerjaya. Masa memang banyak di pejabat. Malam pula nak fokus kepada keluarga.
Memang tidak dinafikan ada segelintir isteri tak kisah jika rumah berserabut, tetapi ada isteri yang cerewat hal ini. Malah ada yang sanggup bangun empat pagi atau tidur lewat semata-mata nak kemas rumah. Siapa yang tak suka rumah cantik dan kemas!
Apa kata cuba petua ni. Mudah dan cepat untuk isteri-isteri yang super busy! Boleh cuba! Minta suami tolong sekali!
MUDAH AJE 4 PETUA!
1.Habuk Tak Melekat Pada Perabot Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kali. Ini petuanya. Bahan-Bahan: 1. Penutup pelembut fabrik 10 cawan air Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
2. Kilatkan Lantai Rumah Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang. Bahan-Bahan: 1 penutup pencuci lantai Cuka Air panas Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
3. Wangikan Rumah Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya. Bahan-Bahan: 1 penutup pelembut fabrik Cuka Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
4. Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan: 1 sudu kecil teh soda bikarbonat 1 sudu teh cuka 1 cawan air Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Pada bulan Ramadan ini, seperti sudah menjadi kebiasaan apabila pelayar sosial media suka berkongsi gambar makanan di laman sosial milik mereka.
Ada yang berkongsi gambar resipi, makanan yang dibeli dan juga hidangan yang akan dinikmati sewaktu berbuka nanti.
Walaupun ada yang menganggap ia sebagai perkongsian sahaja, namun harus kita ketahui hukumnya dari sudut syarak.
Menjawab persoalan ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Halim Wan Mohd Noor telah menasihati umat Islam supaya tidak memuat naik gambar-gambar makanan, minuman atau individu yang sedang menikmati juadah ke dalam media sosial sebelum waktu berbuka puasa.
Menurut beliau, tindakan berkongsi gambar makanan itu sendiri tidak membatalkan puasa namun perbuatan orang yang memuat naik gambar itu mungkin boleh menggalakkan orang lain untuk meninggalkan puasa mereka. Perkara ini sudah pasti bertentangan dengan ajaran Islam.
Oleh yang demikian, orang yang berkongsi gambar makanan dan minuman boleh jatuh hukum berdosa kerana mereka seolah-olah mendorong orang lain untuk meninggalkan puasa. Ibadah ini tidak boleh dipandang ringan memandangkan puasa merupakan salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan.
Justeru itu, beliau menasihati umat Islam untuk berhenti menggalakkan orang lain berbuat dosa dengan berkongsi gambar-gambar makanan ke dalam media sosial sebelum waktu berbuka.
Mungkin ramai di antara kita yang masih belum tahu akan hukumnya, namun diharapkan dengan penjelasan dari Mufti ini, kita semua jelas mengenai larangan ini.
Semoga Ramadan kali ini, setiap amalan kita diterima dan diberkati oleh-Nya.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...