Momen paling indah bagi seorang wanita apabila berpeluang  mendukung anak sendiri. Hilang segala rasa sakit waktu bersalin bila menatap wajah si kecil yang menjadi tanda cinta antara suami isteri.

Namun, kesakitan melahirkan belum hilang, wanita ini dikejutkan dengan berita yang cukup mengejutkan. Selepas tiga bulan melahirkan anak keduanya, Siti Mastura 35 tahun disahkan menghidap kanser payudara.

Empunya diri mengakui cukup sedih dengan berita tersebut kerana terpaksa melupakan hasrat untuk terus menyusukan anak keduanya itu.

Namun sebagai hamba-Nya dia hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah kini sudah hampir dua tahun berjuang sebagai pesakit kanser walaupun ia sudah sampai ke tahap empat.

“Saya Sedih Bukan Sebab Tahu Hidap Kanser Tahap 4, Tapi Kerana Tak Dapat Lagi Susukan Anak.” Sebaknya Baca Kisah Ibu Ini.

Kerap alami demam

Mengimbau detik ketika tahu dirinya menghidap kanser payudara berkenaan, sebelum itu dia kerap mengalami demam dan ketika hamil dua bulan pula mengalami sakit belakang.

Sebaik melahirkan anak, Siti Mastura turut mengalami bengkak susu yang sangat menyakitkan. Setelah dibuat pemeriksaan MRI dan ujian biopsi dilakukan, barulah dia diberitahu penghidap penyakit yang sakit digeruni semua wanita.

Selepas tiga bulan melahirkan anak kedua baru disahkan hidap kanser.
“Kanser ini sudah melarat ke bahagian tulang. Malah saya sebenarnya sudah berada di tahap empat, tetapi syukurlah sehingga hari ini saya masih mampu bernafas dan mengucap syukur kepada Tuhan.

Ads

“Setakat ini, saya sudah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak lapan sesi.Bukan itu sahaja setiap bulan saya akan menjalani rawatan untuk tulang dengan doktor pakar. Dan sebagai rakyat yang tinggal di Brunei saya sangat beruntung kerana Sultan Brunei menampung keseluruhan kos rawatan kanser di hospital.

Walaupun berdepan sakit yang getir, namun Siti Mastura tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Biarpun kadang kala agak penat, namun tugasnya sebagai guru yang bertanggungjawab mendidik pelajarnya digalas cukup baik.

“Saya Sedih Bukan Sebab Tahu Hidap Kanser Tahap 4, Tapi Kerana Tak Dapat Lagi Susukan Anak.” Sebaknya Baca Kisah Ibu Ini.

Kini cancer survivor tahap empat.
Sepanjang sesi temu bual dengan penulis mulutnya tidak lepas mengucapkan zikir pada Allah. Melihat akan dirinya yang cukup tenang dsan positif membuatkan penulis jatuh kagum kepada ibu ini.

Tatkala ditanya apakah yang membuatkan dirinya setenang itu sedangkan dia sedang menghadapi satu penyakit yang digeruni. Sementelah sudah ditahap empat.

Ads

Akuinya, segalanya sudah ketentuan Sang Pencipta. Sebagai umatNya, dia reda. Dalam masa yang sama, Siti Mastura turut mengamalkan doa dengan membaca surah Al-Mulk sebagai penawar kepada kesakitan di tanggung.

“Sebenarnya jika kita ditimpa sakit itu mendekatkan diri kita dengan Allah. Sejak saya tahu disahkan kanser, saya tidak pernah putus semangat. Saya sentiasa berdoa, memperbanyakkan selawat dan zikir kepada Allah SWT. Dalam banyak-banyak doa, ada satu yang saya pilih.

“Saya ada mendengar seorang Sheikh berkata amalkan satu doa/surah yang kita suka jika berdepan dengan sebarang kesulitan. Dan saya memilih Surah Al-Mulk untuk dibaca setiap hari selepas mengerjakan solat,” ujarnya

“Saya Sedih Bukan Sebab Tahu Hidap Kanser Tahap 4, Tapi Kerana Tak Dapat Lagi Susukan Anak.” Sebaknya Baca Kisah Ibu Ini.

Malah, dia juga tidak bersendirian menyimpan cerita ini sebaliknya berkongsi dengan teman-teman baik dan saling memberi sokongan satu sama lain.

Ads

“Bukan itu sahaja,suami serta anak-anak banyak memberi sokongan kepada saya. Mereka adalah sumber kekuatan untuk saya melawan penyakit ini.

“Saya selalu ingatkan diri ini tidak sakit. Saya reda dengan ujian yang Tuhan berikan pada saya. Cuma memang saya sedih kerana anak saya hanya sempat menyusu badan sebulan sahaja,” tambah Siti Mastura lagi.

“Saya Sedih Bukan Sebab Tahu Hidap Kanser Tahap 4, Tapi Kerana Tak Dapat Lagi Susukan Anak.” Sebaknya Baca Kisah Ibu Ini.
Suami penguat semangat Siti Mastura selain anak-anak dan ahli keluarga lain.

Buat Pemeriksaan segera

Menyedari kekurangan dirinya, namun Siti Mastura seorang yang positif dan menasihati wanita di luar supaya mengambil tindakan yang cepat jika menyedari ada yang tidak kena pada diri.

“Payudara itu adalah mahkota kita paling berharga. Bagaimana perasaan jika kita kehilangannya. Saya melihat perkara ini dari sudut positif dan tidak pernah merasakan diri serba kekurangan.

“Jadi pesan saya kepada hijabi di luar sana jika ada perasan kehadiran lump di bahagian payudara segeralah membuat pemeriksaan dengan pakar. Jangan bertangguh kerana sakit ini tidak ada tanda sakit. Macam saya bila periksa terus tahu sudah sampai stage membahayakan.

“Saya Sedih Bukan Sebab Tahu Hidap Kanser Tahap 4, Tapi Kerana Tak Dapat Lagi Susukan Anak.” Sebaknya Baca Kisah Ibu Ini.
Kesayangan Siti Mastura.

“Ujian ini boleh menimpa sesiapa sahaja. Apa yang penting kita perlu jaga kesihatan. Dan sepanjang pengalaman saya berjuang sebagai pesakit kanser ini saya anggap sebagai beautiful journey,” tambahnya yang mengingatkan tidak perlu risau dengan anak-anak (jika sakit) kerana tahu Allah akan menjaga anak-anak kita.

Siti Mastura ditemui ketika majlis ‘Styling Series Warriors Makeover Cancer Awarness’ anjuran @hashtagsrihartamas di Styleannexe dan Coffe Bay, Publika Shopping Gallery. Dalam majlis berkenaan seramai 20 ‘cancer survivor’ lain juga turut hadir untuk sama-sama menjayakan sesi yang cukup bemakna buat mereka.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI