Anak yang baik pastinya sanggup lakukan apa saja demi melihat kesenangan ibunya. Begitulah seperti yang dilakukan pemuda ini, Naazrie Ali atau Naaz apabila dia sanggup menjual motosikal jenama Yamaha Y15 miliknya demi melihat ibunya yang sakit sembuh seperti sedia kala.
Naaz melepaskan motosikal kesayangannya itu yang baru dibeli tahun lepas untuk menampung kos rawatan ibunya. Pemuda berusia 22 tahun itu memberitahu ibunya memerlukan RM15,000 untuk melakukan pembedahan membuang benjolan lemak yang tumbuh dalam kulit atau dipanggil sebagai lipoma.
Tonton video ini;
@naazstar.55Terlihat raut sedih diwajahnya♬ End of Beginning – Djo
Menurutnya, dia bekerja sebagai runner menghantar barang tetapi terpaksa menjual motosikal itu untuk mengumpul duit pembedahan ibunya.
“Duit yang terkumpul sekarang ada sekitar RM6,000 jadi ini saja yang saya nampak untuk dapatkan duit segera.”
Rakaman video yang dikongsikan di akaun TikTok Naaz telah menarik perhatian apabila orang ramai merasa simpati melihat dirinya yang sedang duduk merenung motosikalnya sebelum dijual.
Rata-rata orang yang menonton video tersebut melahirkan hasrat untuk menyalurkan sumbngan tetapi ditolak dengan rendah hati oleh Naaz di atas alasannya sendiri.
Tambah pemuda itu lagi, dia akan membawa ibunya untuk membut pemeriksaan MRI (Magnetic Resonance Imaging) pada hari Isnin dan seterusnya mendapatkan tarikh pembedahan.
Dia menggangap semua ini sebagai satu ujian buat dirinya dan merancang untuk mengusahakan perniagaan di platform TikTok serta mengharapkan sokongan dari orang ramai.
“Alasan saya kenapa tak buka untuk sumbangan kerana masih ramai yang lebih susah dan layak terima bantuan. Saya cuma nak minta tolong untuk cukupkan 1k followers, nak menjual dan LIVE untuk cukupkan duit pembedahan ibu.”
Turut memberitahu kewangan merek sekeluarga tidak begitu stabil dan bapanya merupakan seorang buruh binaan tanpa pendapatan tetap.
Katanya lagi, motosikal itu akan dijual pada kawanya sendiri dengan harga RM4,000 dan hanya dicagarkan sahaja. Jika sudah mampu dan ada rezeki, Naaz akan mengambil semula motosikal tersebut.
Biarpun dia sangat sayangkan motosikal itu, nmun menurut Naaz kasih sayang untuk ibunya lebih lagi. Sama-sama kita doakan agar Naaz dapat mengusahakan wang pembedahan buat ibu tersayang dan anak muda ini akan terus dilimpahi rezeki kerana kebaikannya.
Sumber: TikTok @naazstar.55
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my