“Saya Sakit Tidak Mengapa, Asalkan Anak Bahagia.” Dedah Kisah Hidup Zaman Kecil Hingga Bercerai, Luahan Erra Fazira Menyentuh Hati.

Share

Penceraian menyebabkan ibu bapanya tidak berhubung dan bekas ratu cantik Malaysia ini membesar tanpa kasih sayang dan sentuhan seorang bapa.

Sehinggalah bapanya meninggal dunia ketika usianya 8 tahun.  Waktu itu barulah dia tahu itulah bapanya manakala ibunya sibuk dengan urusan kerja.

Itu antara sebahagian picisan kisah hidup primadona filem, Erra Fazira atau nama sebenar, Fazira Wan Chek.

Memori sedih ketika zaman kecilnya itu tidak pernah padam, sebaliknya terkunci kemas di sanubari hingga tiada siapa mampu menebaknya.

Kasar tapi terselit ‘gegirl’

“Sebagai anak sulung dalam keluarga, mak saya terpaksa membesarkan adik-beradik yang lain. Jadi, saya terpaksa tinggal di kampung dan dibesarkan oleh nenek. Sehinggalah umur 4 tahun saya di ambil oleh mak dan dibawa ke Kuala Lumpur.

“Bayangkan usia saya begitu saya tinggal keseorangan bila mak keluar bekerja hanya jiran yang melihat sesekali. Dari umur 4 tahun sehingga menginjak ke usia 19 tahun, saya  dibesarkan sebagai anak tunggal. Tidak ada adik dan bayangkan mak tiada, semua kerja saya lakukan sendiri. Memang sangat ‘tough’ waktu itu.

 

“Semua urusan saya lakukan sendiri. Mak tak pernah memanjakan saya. Jadi saya membesar sebagai seorang wanita yang kasar tapi ada juga terselit ‘gegirl’. Sebelum jadi Miss Malaysia, ramai yang nak jadikan saya penyanyi dan saya pun teringin tapi mak tak benarkan. Memang mak ‘bantai’  memang dia buat betul-betul. Paling hebat saya pernah kena adalah dipukul dengan papan dinding rumah kayu.

‘Selain itu, dengan tali paip akibat kesalahan yang saya lakukan. Saya ni jenis yang suka tolong orang. Ibaratnya saya ‘robin hood’ sehinggakan salah orang saya yang kena. Walaupun waktu itu saya agak nakal dan tidak siapkan kerja rumah. Tapi pelajaran saya okey,” ungkap Erra Fazira yang membuka bicara dalam program di Balik Idola.

Jadi penyanyi

Tawaran sebagai penyanyi diterima dan ibunya setuju dengan syarat tamat sekolah terlebih dahulu. Pertama kali dapat duit usai menyanyi, Erra meminta ibunya berhenti kerja.

“Waktu itu mak cakap boleh ke saya tanggung semuanya, rupanya tanggung jawab sangat berat. Bukan hanya wang ringgit tapi masa harus dikorbankan pada usia muda. Kemudian, datang pula tawaran berlakon.

“Pertama kali berlakon filem Sembilu. Daripada orang yang tiada apa-apa membawa kepada saya dikenali ramai apabila filem itu Box Office,” ujar Erra lagi yang mengakui setiap lagu yang menjadi siulan dan filem yang box office adalah hadiah terindah dalam hidupnya.

Anak anugerah terindah

Selain berkongsi mengenai kisah zaman kecilnya, Erra Fazira secara eksklusif turut bercerita mengenai fasa sukar bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya usai perceraiannya bersama Engku Emran

“Tiada orang yang berkahwin nak jodohnya pendek. Tapi itu semua aturan Allah. Alhamdulillah dengan jejaka E saya dianugerahkan Allah anugerah terindah, iaitu anakanda saya Engku Aleesya. Pertama kali dia berada di dalam dakapan saya, pertama kali mata bertentang mata mengalir air mata saya. Tapi perkahwinan saya sekali lagi kecundang.

“Paling sedih bila terpisah dengan anak. Rasanya ini dugaan Allah sebab apa yang saya suka, Allah ambil. Bukan sesuatu yang sangat mudah untuk saya terima berpisah dengan anak.  Orang tak tahu, ingat saya tak anak ambil anak. Ada kisah di sebaliknya. Tidak ada ibu yang berpisah dengan anak, berkongsi. Biarlah…orang kata kita berkorban untuk kebahagiaan anak bersama bapanya.

Sanggup sakit demi anak

Dibesarkan oleh ibu tunggal tanpa mengenal erti kasih sayang seorang ayah, membuatkan Primadona filem melayu ini tidak mahu anaknya mengalami nasib yang sama.

“Saya tak boleh dengar, sangat sensitif bila orang bercerai kemudian bergaduh rebutkan anak. Saya sensitif sebab saya dah lalui ketika kecil, saya dipisahkan dari bapa. Jadi bila jadi pada saya, saya berazam tidak mahu lalukan itu pada anak saya.

“Anak saya wajib terima kasih sayang daripada kedua-duanya. Walaupun salah seorang akan sakit. Jadi dalam hal ini saya sakit tidak mengapa, asalkan anak saya bahagia. Alhamdulillah sehingga ke hari ini, anak saya bahagia dan matang dari usianya dalam menerima keadaan ini,” katanya lagi sambil mengalir air mata.

Allah itu Adil

Akuinya, dia hanya dapat bersama anak dalam seminggu tu dua hari. Sehingga ke hari ini bila terpisah dengan anak, dia menangis.

“Ia bukan suatu yang mudah. Tetapi demi kebahagiaanmu anak, mom korbankan. Biar dia terima kasih sayang yang secukupnya. Saya yakin Allah itu adil. Saya yakin aturan Allah itu baik. Mungkin tak baik untuk saya tapi baik di masa hadapan,” ujar pelantun lagu Yang terindah Hanyalah Sementara ini.

Nak jadi anak terbaik

Erra berpegang pada prinsip sesusah mana pun kita, ada orang lain yang lebih sakit dan susah. Itu yang membantu Erra dalam mencari kekuatan diri.

“Ada orang lain yang lebih sakit dan susah dan selalu cakap pada diri ada orang lain yang lebih susah dari saya. Macam mana pun dalam hidup, jangan mudaratkan orang lain.

“Untuk Alesya, awak tahu mom sangat sayangkan kami. Mom nak kamu besar jadi anak solehah berjaya di dunia dan di akhirat. Mom cakap selalu pray to Allah. Susah pun Pray, rindu Mom pun pray.

“Untuk mak, Erra cuba jadi anak yang terbaik, nak jadi anak yang dibanggakan. Doakan Erra diberi kesihatan yang baik dan jaga mak sehingga ke akhir hayat. Erra sayangkan mak,”ungkap Erra.

Sumber gambar: IG errafazira