“Saya Pun Suka Berhibur, Tapi Dengan Suami” Prof Muhaya Pesan Fikir 5 Pilihan Sebelum Berhibur

Share

Pakar motivasi Prof Datuk Dr Muhaya Mohamad tampil nengulas mengenai penganjuran konsert penyanyi luar negara di Malaysia yang menjadi polemik sesetengah pihak kerana didakwa menjadi sebab penularan budaya hedonisme.

Jelas doktor pakar mata itu, umat Islam mempunyai lima pilihan untuk membuat
keputusan dalam mencari keseronokan dengan memilih jalan yang diredai Allah.

“Apa-apa yang Allah tidak reda, saya tidak setuju dan salah satu tanda Allah sayangkan seseorang ialah apabila kita tidak menghabiskan masa dengan perkara sia-sia.

“Apakah perkara yang sia-sia itu? Ia tidak memberatkan timbangan di Padang Mahsyar dan malaikat sentiasa mencatat perbuatan kita.

“Kita sendiri ada pilihan setiap saat. Sebelum buat sesuatu perkara, kita harus fikirkan lima pilihan iaitu iman atau nafsu, syurga atau neraka, taat atau maksiat, dosa atau pahala dan Allah reda atau Allah murka.

“Jika ada yang bertanyakan mengenai konsert artis luar negara kepada saya, letak dahulu lima pilihan itu, barulah bertindak membuat keputusan. Saya pun suka berhibur, tetapi saya berhibur dengan suami. Saya menyanyi di rumah sahaja.

“Saya tak menghukum atau menghakimi sesiapa, saya hanya memberikan pandangan peribadi. Berkenaan dengan hukum, saya tak boleh komen, itu saya serahkan kepada ustaz atau yang lebih arif” katanya.

Sumber : Gempak

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini