“Saya Pilih Didik Anak Cara Lama..” Ini Pendirian Aliff Syukri Mengenai Cara Didikan Anak-Anaknya

Share

Anak adalah cerminan ibu bapa. Setiap tindak tanduk anak-anak akan mengambarkan didikan ibu bapa kepada anak-anaknya. Nyata, anak adalah anugerah Tuhan dan sebagai amanah kepada ibu bapa untuk mendidik anak itu menjadi seorang khalifah yang soleh dan solehah.

Menyedari akan peranan ibu bapa dalam mendidik anak itu amat penting dalam hala tuju kehidupan anak-anaknya, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menyatakan dirinya mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anaknya.

Menurut Aliff di laman sosial instagramnya baru-baru ini, beliau menyatakan pendiriannya dalam mendidik anak-anaknya terutama anak perempuannya.

Saya ni mmg lah mulut laser kuat membebel tapi saya ni x bodoh tau sy syg anak sy sendiri…sy buat mesti ada sebab…jaga anak perempuan zaman skrg kena lebih takut tngok keadaan semasa……dalam mendidik anak saya ada cara saya..kadang2 pelik la org yg sibuk cara kita didik anak…saya ni dah la jahil…jahat…..bukan orang baik,sekolah pun bodoh…takkan saya nak anak saya ikut perangai buruk saya….saya nak anak yg terbaik..

Mak saya jauh lebih garang

kalau lah korang nak tau mak saya jauh lebih garang… Dulu mak saya ni pukul sgn getah paip, pijak,lepang, semua ckup pakej… sbb tu sy jadi sampai hari ni menghargai erti kehidupan… orang2 dulu ni mmg didik anak ada cara mereka,saya pilih didik anak cara lama,yg nak ikut zaman terpulang la…..sebab esok2 kalau anak saya tak elok saya juga yg dipersalahkan bukan korang.

Setiap ibu bapa punya cara terdiri dalam mendidik anak 

Berikut video lima hari lalu yang mengundang kecaman netizen yang menyifatkan tindakan itu keterlaluan untuk mengajar anak yang masih kecil.  Menerusi video tersebut, kelihatan anak perempuan Aliff, Qadejah menahan kesakitan kerana dirotan ikeh usahawan  akibat membuka aurat dengan tidak berhijab.

Saya nak anak perempuan saya jadi yg terbaik,pandai agama dan tahu jaga kehormatan. diri…Harap2 dia dapat pengajaran dan belajar dari kesilapan.

Instagram: aliffsyukriterlajaklaris