“Saya Pernah Jadi Pelajar, Jangan Malu.” Viral Sedekah 10 Pek Nasi Lemak, Kisah Peniaga Ni Bikin Ramai Sebak

Share

Sambil berniaga nasi lemak, sambil bantu golongan yang memerlukan dan bersedekah. Besar ganjaran pahala wanita ini peroleh sehinggakan tular kisahnya di media sosial.

“Saya pun pernah jadi pelajar, jangan malu”,  Itu antara kata-kata peniaga  yang mesra disapa Kak Chah.

Usai kisah tersebut diviralkan, kelihatan barisan panjang di mana ramai beratur membanjiri gerai tersebut.

Alhamdulillah harini makin ramai adik adik pelajar datang ambik nasi lemak sumbangan penginfak.

Sesetengah tu malu malu datang bisik tanya di sini ke boleh makan nasi percuma?😅

Masih belum ada yang ambik kesempatan. Alhamdulillah. Yang mampu tetap hulurkan duit. Pensyarah staff juga makin ramai yang beli dan tinggalkan baki untuk pelajar.

Usaha ni kecil. Tapi menjadi besar kerana wujudnya rakyat Malaysia yang berjiwa besar.

Kalau sebelum tular saya hanya mampu peruntukkan 10 pek setiap hari untuk sedekah. Lepas tular saya sendiri dah tak berpeluang untuk teruskan sedekah 10 pek tu…sebab ramai rakyat Malaysia pemurah dan minta saya buat sedekah bagi pihak mereka.

Setakat ni setiap hari hanya mampu selesaikan amanah seorang penginfak sahaja. Sebab sendiri masak sendiri pandu ke gerai dan sendiri jual . kudrat terhad.

Terima kasih semua rakyat Malaysia ❤️✊ Moga usaha ni akan menjalar di tempat lain juga. Tiada lagi pelajar yang perlu belajar dalam keadaan perut lapar.

– Peniaga Nasi Lemak Kak Chah N24 UTM –

Sumber: FB Siti Aishah


ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai

ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya

BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club