“Saya Perlu Kuat Teruskan Survival Membesarkan Dua Cahaya Mata” Nad Zainal Umum Bercerai

Share

Selepas tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga, aktres Nad Zainal mengesahkan ikatan perkahwinan dengan Muhammad Faliq Amiruddin terlerai, baru-baru ini.

Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin mengakui, ikatan perkahwinan sudah terlerai, namun, enggan mendedahkan tarikh berpisah. Spekulasi mula tercetus apabila semakan dalam Instagram milik Nad mendapati tiada lagi foto bersama Muhammad Faliq.

Dalam nada tenang dengan penuh emosi, Nad berkata, keputusan berpisah bukan perkara mudah.

“Iya, kami sudah bercerai, baru-baru ini. Keputusan berpisah ini juga dicapai dengan kata sepakat.

“Kami masih berkawan baik demi anak-anak,” katanya pada BH Online.

Diasak bila dan punca bercerai, Pelakon Drama Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2018 itu enggan mengulas lanjut.

“Cukup dikongsi status terkini. Saya perlu menjelaskannya agar tidak mengundang fitnah.

“Apa yang lebih utama, saya perlu kuat untuk meneruskan survival membesarkan dua cahaya mata serta membiasakan diri dengan status ibu tunggal,” katanya.

Terdahulu, Nad dan Muhammad Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015.

Sepanjang perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1.

Sumber : BH Online, Nad Zainal 

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini