“Saya Percaya Kuasa Sedekah.” Impian Janna Nick Bina Pusat Tahfiz & Anak Yatim Bakal Jadi Kenyataan

Share

Pelakon dan penyanyi Janna Nick berkongsi cerita tentang hasratnya untuk membina sebuah pusat tahfiz.

Menurutnya, Pusat tersebut diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah bertempat di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.

Menurut pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner, dia memilih lokasi berkenaan untuk membina tahfiz kerana kawasan tersebut adalah tempatnya membesar.

Bagi merealisasikan impian tersebut, Janna memberi kepercayaan penuh kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid di kampung berkenaan yang merupakan ahli keluarganya sendiri.

“Semoga urusan pembinaan ini dipermudahkan. Saya dah lama pasang impian untuk memiliki rumah tahfiz dan anak yatim. Alhamdulillah tak sangka diberi peluang bersama dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Kampung Bukit Kechil, Simpor dan penduduk kampung untuk sama-sama bangunkan Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah.

Difahamkan, jumlah kos mendirikan pusat tahfiz berkenaan menelan kos hampir RM6 juta dan kini kos yang sudah dikeluarkan berkat sumbangan daripada orang ramai adalah RM400,000 meliputi pembelian tanah seluas 8,000 meter persegi.

“Jumlah keseluruhan pembinaan pusat tahfiz dan anak yatim ini adalah RM6 juta. Sekarang ini kami baru ada RM500,000 dan jika cukup RM2 juta kami akan mulakan pembinaan.

Menurut pelantun lagu Gatal ini lagi, sebaik sahaja kutipan mencukupi, pusat tahfiz dan anak yatim itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun. Meskipun kos untuk menyiapkan kompleks berkenaan agak besar, namun dia percaya dengan kuasa sedekah.

“Sekolah tahfiz ini khusus untuk pelajar sekolah rendah dari darjah satu hingga enam. Satu kelas mampu memuatkan 25 pelajar. Saya harap impian kecil ini mampu menjadi kenyataan InsyaAllah doakan semoga usaha kecil ini mendapat ganjaran di akhirat.

 

sumber: Harian Metro & Jannanick